TGL▸04

150 15 0
                                    

(❁'◡'❁)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(❁'◡'❁)

mereka semua tiba di saat desa Doori itu sedang sunyi kerana jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.agar tidak membangunkan warga desa,mereka turun dari kuda dan berjalan kaki ke kediaman Ketua Desa.

"pelayan Han.panggilkan tabib Desa bersama beberapa orang jururawat."arah Tuan Moon.

"baik tuan."

Iris yang sudah merasa tenang terus membantu Jenderal Huang untuk duduk. Jaemin yang tahu bahawa tenaga Jenderal Huang masih ada itu hanya melihat sahaja sang jenderal dibantu oleh gadis bertubuh kecil itu.

"Tuan Jenderal, tentera yang terluka boleh pergi ke bilik rawatan untuk dirawat. sebentar lagi tabib desa akan datang."ujar Puan Moon.

"Iris, Iris pun perlukan rawatan."ujarnya lagi

"baik Puan Moon."

"Jenderal Huang,silakan.."

mereka pun pergi ke bilik rawatan.usai membuka baju,Jenderal duduk sahaja di ruang rawatan peribadi sambil melihat luka di bahunya.Dia cuba untuk menggerakkan tangan kirinya tetapi tangannya terasa pedih.

"Tuan muda..tuan muda tak apa apa?"tanya Jaemin.

Jenderal Huang melihat tangan Jaemin yang sudah terbalut kemas.dia terus menarik tangan itu dengan kasar sehingga Jaemin mengerang kecil.

"semoga cepat sembuh?siapa yang buat ni?"tanyanya tatkala melihat ada tulisan di kain kasa itu.

"Cik Iris."

"panggil Cik Iris ke sini."arahnya.

"baik Jenderal."

baru sahaja Jaemin ingin pergi,tabib desa dengan Iris pun masuk.sepanjang Iris masuk ke ruang itu, dia hanya tunduk kerana tidak berani melihat luka di bahu Jenderal Huang.

"Tuan Jenderal..luka tuan ni nampak dalam.s..saya.."

"cakap je."

"saya minta maaf.saya tak berani untuk ubati luka ni."

"Tuan muda tengah luka parah.awak nak bertanggungjawab kalau dia kena apa apa sebab awak enggan bantu?"marah Jaemin.

"maafkan saya."

Iris diam.dia akhirnya mengangkat wajahnya untuk melihat luka itu.

'Iris fokus..mata tu jangan meliar.'

"saya boleh bantu.tapi saya perlukan benang yang kuat untuk tarik anak panah ni."ujarnya.

The General's Lover [HuangRenjun]Where stories live. Discover now