TGL▸32

103 13 3
                                    

(❁'◡'❁)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(❁'◡'❁)

Awal pagi lagi,Jenderal Huang dan Jaemin sudah terpacak di hadapan kilang yang sudah habis dijilat api semalam.kebakaran semalam tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian tetapi telah menelan 5 buah mesin pembuatan wang yang sepatutnya dibawa ke ibu kota hari itu.

Jenderal Huang tersenyum puas melihat tapak itu.

"utus surat ke istana Hera untuk memberitahu tentang kejadian ini.masukkan maklumat yang Raja Kecil Meso memberontak dan sengaja bertindak membakar kilang kerana tidak ingin menyerahkan mesin kepada Raja."

"baik."Jaemin pun pergi ke kediaman mereka untuk melaksanakan tugas itu secepat yang mungkin.

Jenderal Huang pula berjalan di sekeliling Kota Meso.tujuannya keluar kali ini bukan untuk mengambil angin melainkan untuk memerhatikan tingkah penduduk Kota dan ingin memastikan bahawa tekaannya tentang Dong Si Cheng lah ketua kumpulan Chi adalah betul atau tidak.

saat berjalan,dia melihat ada kedai barang kemas yang kecil.Jenderal Huang masuk untuk melihat lihat..

"Tuan Muda,silakan lihat.."

pandangannya tertarik pada sebuah gelang tangan.melihat gelang tangan itu,dia tersenyum kerana sudah membayangkan betapa cantiknya gelang itu sekiranya dipakai oleh tunangnya,Iris.

melihat gelang tangan itu,dia tersenyum kerana sudah membayangkan betapa cantiknya gelang itu sekiranya dipakai oleh tunangnya,Iris

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"boleh saya tengok gelang ni?"

"boleh boleh..tuan muda nak bagi kekasih hati ke?"Jenderal Huang mengangguk kecil.

lama dia perhatikan gelang itu sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.usai membuat pembayaran,Jenderal Huang keluar dari kedai itu dan meneruskan perjalanannya.

semasa berjalan,dia perasan ada yang mengekorinya dari sebelah kiri.Jenderal Huang tetap tenang dan bertingkah seolah olah tidak perasan.dia terus berjalan ke ke arah tempat yang sunyi.semakin dia melajukan langkahnya,orang itu juga ikut di belakang.

Jenderal Huang terus berlari laju lalu bersembunyi di tepi kediaman kosong.saat lelaki yang mengekorinya itu lalu di hadapannya,Jenderal Huang terus mengarahkan pedangnya pada leher lelaki itu.

The General's Lover [HuangRenjun]Where stories live. Discover now