(❁'◡'❁)
Iris duduk di bilik kerja Jenderal Huang membaca buku manakala Jenderal Huang duduk di mejanya dan mengerjakan buku log tenteranya..sudah tiga jam mereka melakukan hal masing masing dan Iris juga sudah bosan asyik membaca je..dalam diam,dia melirik ke arah tunangnya yang masih fokus itu.
'ish dia ni..sampai bila nak hadap buku tu?aku ni dah bosan duduk kat sini.kalau kat rumah, aku sekarang mesti tengah berbual dengan Eunsoo di taman'
Iris meletakkan buku itu di atas meja dengan posisi berdiri lalu mendagu dan memandang Jenderal Huang dari tepi.wajah serius Jenderal Huang itu terlihat begitu memukau saat sedang fokus melakukan kerjanya.
Jenderal Huang yang saat itu sedar Iris curi curi memandangnya perlahan lahan menutup bukunya.dipandangnya Iris yang berpura pura fokus membaca itu.
"awak.."
"hmm?kenapa?"
"sini."
Iris tersenyum..dia terus pergi ke hadapan Jenderal Huang.Jenderal Huang berdiri dan mengangkat Iris duduk di atas meja lalu dia duduk semula di kerusinya.Iris yang terkejut saat itu hanya mampu diam sahaja.
"bosan ke?"
"ermm..sikit."
"nak pergi istana tak?"
"buat?"
"teman saya pergi kediaman latihan tentera."
"boleh ke?"
"awak lupa ke tunang awak ni siapa?"
"kalau macam tu jom.."ujarnya penuh semangat.
Sedang mereka berdua berjalan jalan disekitar lapangan latihan, Jenderal Huang dipanggil oleh putera Jeno.
"Iris,awak jalanlah dulu.hati hati tau.."Iris mengangguk.
"Cik Muda Iris?"
Iris memandang dua orang tentera yang memanggilnya.
"Cik tak ingat kami ke?"
"yang saya rawat kat desa Doori tu?"
"yelah."
"arhh..ingat ingat.kamu berdua apa khabar?"
"baik..Cik Iris kenapa sendirian kat sini?Jenderal Huang mana?"
"ouh.dia ada urusan kat markas utama."
"tak sangka Cik Iris jadi kakak ipar kami.."Iris tersenyum sahaja..
"patutlah setiap kali tahu Cik Iris dalam bahaya, mesti tuan jenderal tu terus panik semacam.rupanya memang dah ada hati dekat Cik Iris."
"tu lah..saya pun tak sangka jenderal yang berhati dingin tu boleh sukakan saya.ye lah,saya ni apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan puteri menteri yang lain."
YOU ARE READING
The General's Lover [HuangRenjun]
FanfictionHuang Renjun malay romance historical fanfic✍️(◔◡◔) Iris terperangkap dalam sebuah cerita bergenre historical romance hasil karya sahabatnya sendiri.Dalam dunia tersebut, dia telah bertemu dengan Jenderal Huang yang merupakan jenderal kerajaan Hera...