(❁'◡'❁)
Tuan Muda Yeolsu masuk ke ruang belajar tempat dia selalu mengajar anak Jenderal Manwol.dilihatnya Iris tertidur di meja dengan pensel di tangannya.perlahan lahan, dia duduk di hadapan Iris untuk melihat wajah Iris dari jarak dekat.usai puas memandang wajah innocent itu,dia pun membangunkan Iris kerana tidak ingin leher Iris sakit kerana tidur dengan posisi yang tidak menyenangkan itu.
"Iris?"
"Cik Iris.."
"hmm?"
"bangun..saya dah datang ni.."
"ouh Tuan Muda Yeolsu..maaflah..saya terlelap masa nak berlatih tulis sajak ni.."
"dah siap?"
"dah..periksalah.."
"abang abang awak mana?"
"tak tau..tadi kitorang sama sama kat sini."
"ponteng kelas lah tu..tak pe lah.esok saya akan bagi hukuman pada mereka berdua.hari ni, saya ajar awak sorang je."
"baiklah.."
Seperti kebiasannya, semua ahli mensyuarat istana akan berkumpul di dewan utama untuk membincangkan hal hal yang terjadi di kerajaan Hera.Jenderal Huang,putera mahkota Jeno,putera Haechan ,putera Eunkwang dan putera Jaemin juga ikut terlibat dalam mesyuarat itu.saat membuka surat laporan yang kesikian kalinya, Yang Mulia tiba tiba sahaja ketawa.
"nampaknya diorang dah tak sabar nak makan jamuan perkahwinan kamu berempat..apa pendapat kamu?."keempat empat anak teruna itu saling berpandangan.
"Ayahanda,apa kata kita tetapkan giliran perkahwinan mengikut umur.putera Eunkwang dah kahwin..sekarang giliran Jenderal Huang pulak.lepas tu putera mahkota Jeno,haechan dan akhir sekali putera Jaemin."ujar putera Haechan.
Jenderal Huang dan putera Jeno terus memandang Haechan dengan pandangan maut.Haechan pula tersenyum dengan Jaemin.
"Jenderal Huang?macam mana sekarang?masa depan ketiga tiga putera ni bergantung pada kamu.dengan aura jenderal kamu tu, ada ke wanita yang sudi kahwin dengan kamu?"
Jenderal Huang diam sahaja.
"hmm..saya nak tanya pada kamu semua,ada sesiapa yang bercadang nak satukan anak gadis dia dengan Jenderal Huang?"ujar Raja.
Raja ingin memberi peluang kepada Jenderal Manwol untuk menawarkan Iris.sekiranya hal itu terjadi, senanglah kerja Raja nak satukan dua orang itu.Sudah hampir dua bulan dia menunggu perkembangan hubungan Jenderal Huang dan Cik Iris tetapi nampaknya masih sama..Permaisuri dan Gundik Park juga tidak dapat berbuat apa apa.
"Yang Mulia,anak gadis saya,Ra In ialah teman sepermainan Jenderal Huang masa kecil..Ra In juga mempelajari ilmu pedang kerana minatnya pada Jenderal Huang.."ujar menteri Ling.
YOU ARE READING
The General's Lover [HuangRenjun]
FanficHuang Renjun malay romance historical fanfic✍️(◔◡◔) Iris terperangkap dalam sebuah cerita bergenre historical romance hasil karya sahabatnya sendiri.Dalam dunia tersebut, dia telah bertemu dengan Jenderal Huang yang merupakan jenderal kerajaan Hera...