TGL▸36

113 13 14
                                    

(❁'◡'❁)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(❁'◡'❁)

Jenderal Huang,putera Jeno,putera Haechan dan 150 orang tentera sudah bersedia di posisi mengelilingi sebuah kediaman bekas markas tentera.

Jenderal Huang,putera Jeno dan putera Haechan masing masing mengetuai 50 orang tentera dan bersembunyi di semak samun yang panjang di kiri dan kanan pintu utama kediaman.

"Jenderal,memang betul di dalam ada penghuni..dan masing masing membawa pedang."lapor tentera yang diarahkan untuk mengintai keadaan.

'Iris..Jaemin..saya datang.'

seorang tentera yang berpakaian lusuh dan penuh dengan darah perlahan lahan berjalan ke arah pintu utama sambil berpura pura seolah olah lemah.di jalan,dia terus pengsan.salah seorang dari empat pengawal di pintu itu terus pergi ke arahnya.

"panah."ujar Jenderal Huang dan tiga orang terus mengarahkan busur panah ke arah tiga pengawal di pintu utama yang masih tertutup rapat.

"oi..bangun.."dia perlahan lahan menampar pipi tentera itu.

pengawal itu mencium bau yang tidak enak..dia pun mengesat darah di baju tentera yang pengsan itu.saat tersedar yang itu adalah darah anjing dan bukan darah manusia,tiga panah tepat menusuk tiga orang lagi pengawal pintu.

dalam masa yang sama,Jenderal Huang terus keluar dari semak samun dan mengarahkan pedang ke lehernya sambil menyuruhnya untuk diam.tentera yang berpura pura pengsan itu terus bangun dan mengoyak baju berdarah anjing itu lalu sama sama mengarahkan pedang di leher pengawal itu.

"suruh diorang bukak pintu..jangan berani berani bagi isyarat tentang kedatangan kami."ujar Jenderal Huang dengan dingin.

"b..baik."

mereka bertiga pun perlahan lahan maju ke arah pintu.Jenderal Huang sempat memeriksa lengan pengawal yang sudah tumbang itu.

"kumpulan Chi."ujarnya.

"bukak pintu!"arah lelaki itu.

pintu pun terbuka.belum sempat pintu itu terbuka penuh,Jenderal Huang tanpa ragu ragu terus mengelar leher pengawal itu.

semua pengawal yang berada di dalam terkejut melihat kedatangannya.mereka yang pada mulanya duduk dengan santai terus berdiri dan mengeluarkan pedang masing masing.Jenderal Huang pula bersiul dan keluarlah tentera tentera yang lain bersama dua orang putera kerajaan itu.

walaupun jumlah tentera Jenderal Huang lebih sedikit berbanding jumlah orang di dalam kediaman,tetapi Jenderal Huang tidak gentar dan teragak agak sedikitpun.

"mana ketua kamu?"

"nak jumpa ketua kami?jangan harap.serang!"


Iris menangis nangis melihat Jaemin disiksa dengan dipukul menggunakan ekor pari.luka pukulan semalam belum pulih lagi,tapi dia kena pukul lagi.

"aku tanya ni!!jawab lah!"tengking Jenderal Hong.

The General's Lover [HuangRenjun]Where stories live. Discover now