Ci:bu 19

8.3K 62 2
                                    

PAGI-PAGI lagi aku sudah siap berkemas. Beberapa helai baju telah ku masukkan ke dalam beg sandang. Aku termangu sejenak, sekejap lagi aku bakal berangkat kembali ke Kuala Lumpur. Kembali membuat pemanduan selama 7-8jam membelah jalan raya dari Kota Bharu-Gua Musang- Kuala Lipis- Karak- Subang. Rasa ralat masih menebat di dalam hatiku. Hampa tidak dapat bertemu dengan seseorang yang amat ku rindui. Betul-betul hasrat hati tidak kesampaian.

"Eh, adik dah siap pack! Pukul berapa nak bertolak," sapa mamaku di sebalik pintu bilik.

"Kejap lagi mama.. dalam pukul 10. Mama masak apa pagi ni?" aku memalingkan wajah ke arah mama.

"Nasi goreng.. Mama dah siap hidang. Boleh kita makan sama-sama. Lama kita tak makan bersama." Ulah mama sedikit sayu. Aku sedar bahawa mama kesunyian, tatkala aku kini berada di Kuala Lumpur, Kak Lin pula lebih selesa berada di rumah suaminya. Iyerlahh.. seorang isteri sepatutnya berada di sisi seorang suami. Seorang suami yer.. huhuhu..

"Adik.. tak pergi jumpa papa ke?" soal Mama sambil menyeduk nasi ke pinggan.

"Malas lah mama.. lagipun adik balik sekejap je. Jumpa mama buat terubat rindu."

"Kenapa camtu dik? Tak baik." Tingkah mama dengan nada yang cukup perlahan. Bunyi yang agak sayu.

"Eh, bila Kak Lin dan Abang Amar balik dari Korea?" soalku seperti melarikan topik papa. Sebenarnya aku tahu bahawa Kak Lin baru sahaja berangkat ke Seoul- berselisih masa dengan kepulanganku.

"Adik tak call papa? Kadang-kadang telefonlah papa. Tanya khabar dia. Walaupun apa yang terjadi antara mama dengan papa. Dia tetap papa adik. Hubungan darah yang tak mungkin terputus." Mama tetap tegar menasihatiku.

"Baiklah mama, adik akan call papa selepas ini," Aku sekadar berjanji, namun berat untuk dilaksanakan. Entah kenapa kini nama papa agak asing buatku.

Aku risau akan tercetus perbalahan sekiranya aku bertemu papa. Pernah dahulu aku meradang terhadapnya, yang menyakit hatiku- tika itulah buat kali pertama dalam hidupku telapak tangan papa hinggap ke wajahku yang handsome ini. Sejak dari itu, aku bagaikan menyingkirkan diri dari papa. Aku tak mahu menambah perit dalam hubungan papa-mama.

"Kalau boleh singgah sekejap di pejabat papa sebelum balik KL." Cadang mama. Aku sekadar mengangguk. Aku tidak mahu mama menjeruk rasa terhadap hubungan aku dengan papa. Dia tahu, namun sebagai ibu dia tak pernah mengajar aku memusuhi ayah sendiri.

Walaupun berat hati, aku terpaksa berangkat pergi- kembali meninggalkan mamaku bersendirian... Ermmm... tak kisahlah mama ada 'teman ganti' buat menghiburkan hati dan tubuhnya. Nakal mama masih lagi belum bertepi. Selajurnya, aku akan mendoakan mamaku akan berubah- meninggalkan maksiat demi agama- bukan demi papa atau anak-anak. Sesungguhnya niat yang ikhlas "lillahi taala" lebih afdal dan mempunyai magisnya berbanding niat di atas nama makhluk.

Hari Rabu, aku kembali ke tempat kerja setelah bercuti rehat seketika. Ingatan pada Nurul Huda. Laila malah pada Aimi sekadar lajuran lintang yang menghiasi memori-memori di dalam lipatan fikiranku. Tumpuan harus ku berikan pada kerjaya yang menjadi sumber pendapatan hidupku. Namun aku sedar, bahawa papa masih lagi bank in sebanyak RM500 sebulan ke dalam akaunku tanpa putus. Jumlah itu meningkat kerana langsung tidak diusik olehku. Pertemuan terakhir dengan papa, ketika mula-mula aku akan berhijrah ke bandaraya ini. Tampak senyuman kebanggaan dari bibir papa seolah-olah melindungi garit calar di hatinya.

"Hai.. Ernie.. Mimie dah masuk opis?" tanyaku pada gadis receiptionist yang memakai tudung ala turban. Tudung yang menjadi produk artis wanita yang tersohor di Negara. Tudung yang pernah menjadi viral dek tercalit dengan kontroversi yang melampau.

"Rasanya dah masuk... ermmm, mungkin kat pantry kot." Jawab Ernie sambil menilik wajahnya pada cermin kecil pada pegangan tangannya.

"Iskk.. you ni dah cantik dah.. Macam Neelofa.. tak payahlah dok tilik lama-lama.. Nanti pecah berderai cermin tu." Aku mengusik Ernie bercampur sindiran sinis.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now