"Harus bagaimanakah lagi yang aku mahu!"
Rajuk Safiyya sudah menghilang. Huda sudah kembali. Antara dua gadis yang dekat padaku. Perlukah aku memilih salah seorang untuk bertakhta di singgahsana hati ini. Namun ketika ini masih lagi tiada sekelumit rasa cinta yang kunjung ke hati ini. Memang aku pernah jatuh cinta pada Huda. Perasaan itu umpama pelangi, indah tapi wujudnya hanya sementara. Kemudian beransur-ansur menghilang dek penahan cahaya sang suria. Adakah pelangi bisa kembali setelah dirundung mega. Setelah lama dipancari panas terik matahari.
Bagaimana dengan Safiyya? Tak!! Aku tak bisa jatuh cinta pada orang yang telah aku anggap sahabat baik. Dari dahulu lagi aku anggap gadis itu sebagai bestfriend. Boleh bergurau mesra, bertepuk tampar malah boleh tumbuk-menumbuk. Hadirnya tidak lebih dari seorang kawan, Rasa cinta belum pernah tumbuh terhadap dia kecuali rasa suka sebagai sahabat.
Cinta terhadap Huda telah membuatkan aku hanyut dalam gelora asmara. Aku takut cinta tehadap Safiyya bisa menenggelamkan aku terus ke dasar. Aku tidak mahu terus hanyut dalam gejolak nafsu. Cinta ini bisa menjadi cinta serakah sekiranya aku tidak mampu mengawalnya. Aku cuba untuk mengecapi cinta suci seperti mana telah kuhulurkan kepada Riena dahulu. Biarpun sakit dikhianati namun aku tidak menodai cinta itu.
"Hariz, Puan Suhana nak jumpa you sekarang!" Ernie menelefonku ketika berada di perjalanan ke site di Shah Alam. Mematikan segala khayalan buat Huda dan Safiyya.
"Give me one hour babe! I di Shah Alam ni." Aku mengeluh. Dari Shah Alam nak ke balik ke pejabat di Damansara Utama.. silap-silap dua jam sekiranya keadaan aliran trafik sesak.
"Boleh cepat sikit. Katanya urgent." Ernie menekan. Apa pulak ni? Aku menggerutu.
Aku dapat rasakan yang aura tidak elok menyerbu ke wajahku tatkala kaki melangkah masuk ke dalam discussion room. Aku nampak enam biji anak mata menghala ke wajahku. Pandangan mereka tajam menikam.
"What are you have done Hariz?!!" Jerkah En. Fuad, Senior Manager yang berada di sebelah kiri Puan Suhana.
"Saya.. saya telah buat apa?" aku menyoal balik. Sumpah aku tak tahu apa salahku. Tidak semena-mena ditengking oleh Encik Fuad.
"Tentang projek di Melaka!" suara Puan Suhana sedikit kendur berbanding En. Fuad.
"Hai, budak! Kalau tak reti handle projek.. Kau boleh surrender awal-awal. Ramai lagi orang lain yang layak lagi. You are not competent enough!!!" En. Fuad masih menyerangku. Aku terpinga-pinga tak ketahuan.
"Fuad, please mind your word." Tingkah Puan Su. Dia menjengilkan mata ke arah En. Fuad. Wajah Fuad masih selamba sambil jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja.
Mr. Steven hanya terkebil-kebil memandang wajah Puan Su dan Fuad. Manakala aku makin terpunduk- wajah hanya memandang ke lantai.
"Puan, syarikat kita hampir tak dapat projek tu. Puan masih lagi nak bela budak hingusan ini lagi." Ujar Fuad sambil menegakkan badannya.
"Correction En. Fuad, they haven't said which this project was cancelled. But they want to revise again." Mr. Steven mencelah.
"For me Steven, revise means cancel. Furthermore, we don't accomplish whatever they want." Fuad masih lagi bertegas.
"Sorry sir. May I know what a real problem is? I thought, everything which they need I have done. I had sent all reports, EIA, projection's cost, market values and so on." Aku perlukan perjelasan yang apa yang sebenarnya berlaku. Sungguh aku tak faham!!
"Did you do that? Huh, I have never seen all the kind of report. Fucking liar!!" En. Fuad membentak kuat.
Aku menjeling sekilas ke arah lelaki yang berkepala licin... Eiii, nak je aku conteng dengan marker pen di atas kepalanya yang berkilat itu. Aku nak lukis kartun Hagemaru atas kepalanya. Tak pun gambar gajah.. arghh beruk lagi sesuai kot!! Biar padan muka. Ataupun nak je aku tarik tali tie biar dia tercekik. Mentang-mentanglah dia pangkat besar sikit dah eksyen!! Poyo betul!! Aku hanya berani mengumam di dalam hati. Secara lahiriahnya mulutku mula terkunci rapat.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...