"Sorry bro, pasal semalam!" ujar Rafael ketika aku sedang menggunakan shoulder press machine. Aku mengetap bibir bukan kerana marah tapi disebabkan otot-ototku mula fatigue dek kerana bebanan sudah melebihi keupayaan untuk aku menggalasnya.
"Kau marah pada aku ke?" Sambung Rafael lagi. Lelaki itu berdiri di hadapanku membuat riak wajah bersalah. Dia merupakan dalang utama yang berjaya memerangkap aku dalam permainan yang sungguh tak aku menduga.
"Ceh!! Aku tak marah cuma cuak la juga...Kau tu polis. Nyaris-nyaris aku tak pengsan bro! Tapi pandai juga kau berlakon." Balasku sambil ketawa. Akhirnya aku terpaksa redha dengan 'permainan' mereka semalam. Dalam kepahitan tersembunyinya akan kemanisan.
"Itu semua rancangan Fiya. Bukan idea aku yer.. Dia yang bersungguh-sungguh untuk prank kau. Mungkin dia sengaja nak bergurau ataupun nak menguji kau."
"Gila... " Aku mendengus seraya melepaskan pegangan pada pemegang palang besi.
"Tapi kau jangan report pada pihak atasan aku. Nanti tak pasal-pasal aku kena gantung tugas! Habislah aku!!" Dia berseloroh namun jujur.
"Hah, tau pun takut!" Aku menempelak.
"Aku tengok muka kau dah pucat lesi. Betul ke kau tak pernah apa-apa perempuan? Atau dengan Safiyya?" Dia tersenyum sambil menjongket sebelah keningnya beberapa kali. Seperti ingin mendugaku.
"Iskk.. gila! Mau aku tak cuak!! Macam real lakonan korang berdua. Nasib baik aku tak terkencing!" Aku mengaku jujur akan situasi yang aku alami itu yang membuatkan aku kecut perut. "Wei, aku tak pernah sentuh Fiya!" sambungku lagi untuk menjawab persoalan nakal Rafael.
"Kalau kau tak pernah sentuh dia..t akkanlah dia meroyan teruk pada kau! Habis tu kau buat apa dengan dia!" Rafael sengaja ingin mendugaku.
"Ceh!! Aku tak pernah pun... aku pun pelik juga dengan peragai si Safiyya tu."
"Bro, perempuan ni sangat misteri.. Sungguh misteri sampai diorang sendiri tak paham apa yang diorang nak lakukan. So far, aku rasa memang Safiyya tu tangkap cintan habis dengan kau." Ujar Rafael sambil ketawa.
Aku menarik nafas. Aku harus mengakui akan kebenaran kata-kata Rafael itu. Perempuan memang makhluk yang pelik dan aneh. Perasaan mereka terlalu complicated untuk difahami. Terutamanya manusia yang bernama Huda. Antara Huda dan Safiyya- dua-dua memang misteri bagiku.
"Eh, kekasih hati kau dah muncul. Aku gerak dulu..Apa-apa roger!" Rafael meminta diri untuk meninggalkan aku bersendirian.
SAFIYYA mengatur langkah menuju ke arahku. Dengan rambutnya dilepaskan berjuraian ke belakang menampakkan keanggunan si pemilik wajah yang putih kemerah-merahan ini. Lenggok tubuhnya bagaikan indah dimataku kini. Di tangannya terdapat sebotol air mineral lalu dihulurkan kepadaku.
"Sorry sayang pasal prank tu! Tapi best juga dapat kenakan you malam tadi. Tak sangka rancangan I menjadi kan!" Safiyya tersenyum lebar. Kemunculannya bukan semata-mata untuk terus mengusik aku.
"Seronoklah you tengok I dikerjakan oleh Rafael dan Koperal tu. Ketawalah puas-puas. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas!" Aku cuba mengugut dia. Sebenarnya aku harus berterima kasih juga dengan Safiyya kerana bersusah-payah dalam merancang sambutan hari lahirku. Sedikit-sebanyak aku juga terharu dengan sifat ambil beratnya terhadap diriku. Dan inilah pertama kali aku mendapat meraikan sambutan hari lahir yang sungguh unik danmendebarkan. Pertama kali di prank oleh kawan-kawan sendiri.
"Alaa... sayang birthday boy mana boleh marah-marah... Janganlah you prank I pula. Nanti I nangis... Tapi you boleh pujuk I kan?" Rengek Safiyya dengan menggoda.
"Huh! Sendiri nangis... sendiri pujuklah. Tak kuasa I nak layan you." Aku mencebik. Sengaja aku mempermainkannya lagi. Walaupun dasar hatiku bahawa dia telah banyak mencuba untuk membuatkan aku bahagia.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...