AKU menghantar Huda ke rumah mak su kerana aku perlu bergegas ke pejabat. Menurut Huda, dia akan pulang ke Kelantan sebelum tengahari. Huda sekadar tersenyum apabila aku mengucup pipinya. Malah masih sempat dia meraba dadaku yang berlapik kemeja.
"Huda.. I'm sorry.. tapi saya ikhlas untuk menjadikan awak sebagai suri hati saya." ujarku supaya dapat meraih hatinya.
"Hariz... berikan saya masa. Bukan saya tak sudi.. lebih baik rasanya kita saling mengenali dahulu.." tutur suaranya lembut. Kemudian, meminta izin untuk beredar buat kali kedua. Berat nampak langkah kakinya untuk keluar dari perut kereta.
Aku terdiam. Lidahku kelu. 'Mungkin dia berat hati untuk menerima lamaranku lagi.' Hati kecilku terdetik. Aku melihat Huda berjalan dengan sedikit mengangkang- mungkin kepedihan akibat 'bersama' pagi tadi masih belum hilang sepenuhnya. Dapat memeluk tubuhnya bukan bermakna bisa memiliki hatinya. Cerita semalam masih lagi segar di benakku.
"Huda, saya nak minta maaf atas keterlanjuran kita ini." Aku meraih tangan Huda. Wajahnya berpaling dariku buat beberapa ketika.
"Awak menyesal?" Soal Huda yang kembali berkalih mengiring ke arah tubuhku. Matanya yang bulat semakin layu. Sementalah waktu sudah menginjak ke melewati waktu subuh. Aku mengelus lembut rambutnya yang berjuraian di hadapan wajahnya. Biar aku tenung wajah ini tanpa sebarang gangguan.
"Saya tak pernah menyesal bertemu dengan awak Huda. Walaupun kita telah terlanjur. Tetapi saya akan bertanggungjawab. Saya tak akan lepas tangan walaupun suatu masa dulu awak nak saya lupakan awak."
"Saya ada sebab kenapa saya tinggalkan awak Hariz." Huda mengeluh.
"Sebab apa?" aku menginjak semakin rapat padanya. Tanganku mengelus lembut sekitar lehernya.
Huda terdiam... matanya menatap ke arah tingkap bilik yang langsirnya telah disingkap ke tepi. Membenarkan cahaya matahari pagi menerjah masuk ke ruang bilik. Aku tahu Huda tak mahu memberi jawapan yang sebenar. Dengan itu, aku semakin galak untuk menggodanya lagi. Aku mencium sekitar leher dan payudaranya sambil jariku semakin nakal meneroka segitiga emasnya.
"Hurmmm.. You are getting wet Huda." Bisikku sambil menjilat cuping telinganya.
"Eh..dahla...tak pasal-pasal dapat round ketiga.. bangun..bangun ..mandi wajib.." Huda menolak tubuhku dari memeluk tubuhnya. Beberapa kali dia memukul badanku dengan penuh kelembutan.
"Kita mandi sama-sama." aku mengusiknya.
"Ahhhh...tak boleh ..nanti jadi round ketiga." Huda mencuit hidungku.
"Huda nak?" aku mengenyitkan mata.
"Errr...susah nak saya tolak...." Huda menggigit bibirnya.
"Nakal!!!" Sedetik aku melumatkan bibirnya dengan pagutan berahi bibirku...
Kedengaran bunyi 'hon' mematikan lamunanku. Memang tidak salah aku melamarnya, daripada hidup bergelumangkan maksiat lebih baik dia menjadi halal bagiku. Wanita sebaik Huda tidak harus hidup dalam maksiat lagi. Tidak salah detik di dalam hati untuk aku memperisterikan dirinya. Huda ada rupa malah boleh dikatakan cantik dan menawan, berpendidikan juga dan bonus layanan di atas ranjang yang begitu mengujakan. Tidak salah untuk aku menjadikan dia sebagai teman hidupku yang halal. Sebolehnya aku mahu bertanggungjawab ke atas dirinya dan berharap dia dapat menerima akan lamaranku kelak.
"You.. kenapa lewat masuk opis? Pagi-pagi mak tiri dah cari you!" kedengaran suara Ernie berbisik sambil matanya menjeling-jeling ke arah dalam ruang pejabat. Bibirnya terherot-herot dan kelihatan begitu lucu sekali.
"Apsal bibir kau herot semacam! dah kena stroke!" Aku cuba berlawak. Ernie menjengilkan mata sambil mengangkat penumbuk ke arahku. Aku tertawa. Ketawa sebagai terapi untuk menghalau kegusaran.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...