MALAM mula melabuhkan tirainya. Jam tangan sudah menunjukkan angka 9.05 malam. Aku tercegat di sisi Toyota Vios 'secondhand' menunggu ketibaan Laila yang belum lagi nampak batang hidungnya yang mancung itu.
"Cepat benar minah ni balik raya di kampong.. Dia tak pergi jumpa anak-anak di Gombak ke? Kalau aku sebut tanya anak-anak dia, sure-lah malam ni bakal banjir besar sekali lagi." Aku hanya mampu berkata-kata di dalam hati sedangkan pelbagai persoalaan yang ingin aku utarakan pada Laila.
Hampir lima belas minit menjadi sang penunggu di tepi lot kedai- barulah muncul Honda Jazz merah menyusur ke sebelah tempat aku berdiri.
"Jom.. kita gerak dengan satu kereta je." Cermin tingkap diturunkan, Laila menjongolkan kepalanya yang sudah tidak berlapik. Ini kali pertama aku melihat Laila tanpa tudung kepala kecuali di bilik hotel tempoh hari.
"Kita nak ke mana?" Haruman pewangi bauan lemon menusuk hidungku tatkala aku memasuki ruang sebelah pemandu.
Laila menoleh ke arahku dan berkata, "Do you miss me, honey? Kita pergi makan tomyam nak? Perut I dah sebu dengan ketupat, lontong, biskut raya bagai..."
"Steering at your hand.. Sure!" Aku memakai seat belt ketika kereta Jazz mula meluncur keluar dari perkarangan lot kedai.
"Actually, kita nak ke mana?" Soalan yang sama aku ulangi apabila mataku melihat papan tanda Rantau Panjang di bahu jalan.
"Kita ke seberang," balas Laila tanpa menoleh ke arahku. Kereta yang dipandu membelok ke satu kawasan kedai di pecan tersebut.
"Maksud you, kita masuk Golok? Eh, I tak bawa passportlah."
"Tak perlu passport atau boarder pass, honey!! Kita seberang guna sampan je." Laila mengundurkan kereta memasuki satu slot parking di tepi sebuah rumah batu separa batu. Dia seperti telah biasa mengunjungi tempat ini.
"Jom, Honey...let's go to party!" Laila mula melangkah turun dari perut kereta.
Eh, parti apa pula kat sana? Parti buih ke? Wah, bestnya!! Tercetus mimpi nakal di benakku. Aku membontoti langkah yang diaturkan Laila. Sungguh aku kekok walaupun lebih 15 tahun aku bermastautin di negeri yang bersempadanan dengan Thailand ini- hakikatnya aku tidak pernah menjejak kaki ke Pekan Golok.
Kelihatan Laila bercakap dengan seorang pemuda bertubuh kurus- pemuda itu mengangguk-anggukkan kepalanya dan menunding jari ke satu arah. Aku turut memicingkan pandangan mengikut arah jari telunjuk pemuda itu.
Sebuah sampan telah tersedia- Laila membawa aku menaiki sampan yang dikemudikan oleh seorang pemuda lain. Hanya lima minit masa di ambil- kami telah tiba di tebing sungai sebelah Thailand. Aku sebenarnya agak cuak kerana inilah kali pertama aku memasuki Negara Thai secara 'haram'.
Laila bagaikan bertindak sebagai 'tourist guide' membawa aku ke satu pondok. Di situ, terdapat 3 orang anggota tentera yang beruniform lengkap dengan machine gun. Alahai, boleh kecut perut dibuatnya. Seorang anggota meminta kad pengenalan kami berdua- dan satu keping kertas dihulurkan kepada kami. Ermmm.. tidak lupa wang sebagai 'yuran kemasukan' disertakan.
Dari pengkalan haram- kami membonceng motorsikal yang dipandu oleh warga Siam dengan bayaran tiga ringgit menuju ke Pekan Golok atau Kolok yang berjarak dalam lebih-kurang 2km.
Aku agak kekok dan canggung manakala Laila mula tersenyum lebar.
"You tak pernah datang sini?"
Aku menggelengkan kepala, "This is my first time." Mataku ralit memandang suasana pekan Golok yang tak kurang meriah. Masih lagi dikunjungi oleh pelancong asing terutamanya dari Malaysia walaupun sering dimomokkan dengan berita adegan tembak-menembak dan letupan bom. Sebenarnya hatiku begitu gusar... tiba-tiba berlakunya.....Arghhh, tak perlu difikirkan dan didoakan kejadian buruk itu.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomansaBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...