TEACHER Laila berkeras untuk pulang ke Kota Bharu pada malam itu juga. Aku memujuk sekadarnya- tidak berlebih-lebihan dan bersungguh-sungguh. Dia mungkin sedar bahawa aku juga tidak bersungguh untuk 'bermalam' bersamanya. Entahlah, setelah apa yang terjadi di Phuket- tiba-tiba nafsuku menjadi tawar. Malah, niatku untuk bertanyakan perihal Huda turut terbantut. Berat mulut ini tidak seberat hati yang menanggung seksa.
Aku nampak keberatan dari pihak Laila- mungkin kepalanya yang berserabut dengan perintah mahkamah yang membenarkan hak penjagaan anak-anak sementara kepada bekas suaminya. Faktor Teacher Laila yang merantau dan kesibukan tugasnya di negeri orang telah dijadikan alasan yang mendapat pertimbangan oleh pihak mahkamah. Walaubagaimanapun, perbicaraan ini masih lagi berlarutan sehingga sebutan kes akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Aku membawa Teacher Laila menuju ke KLIA2, dia telah menempah penerbangan terakhir dari KLIA2 – Kota Bharu, menggunakan Air Asia jam 9.35 malam.
"Thanks Hariz.." setelah bibirnya mengucup pipiku. Itu sahaja hadiah yang kudapat dari Laila. Tiada adegan lain. Lagipun, lusa seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa. Ramadhan bakal muncul membawa seribu berkah.
Aku tidak keberatan menemani 'cikgu hot' hingga ke ruang perlepasan. Boleh juga bersiar-siar di sekitar airport- manalah tahu kot-kota ada stewardess yang akan tersangkut denganku. Bolehlah author karang cerita Girlfriendku Miss Stewardess Sengal pulak. Hishh.. hishh..
Setelah Teacher Laila yang berjalan lenggok-lenggok hilang – fuh...Bontotnya yang bulat dan tonggek begitu mengocangkan jiwaku yang lara- hilang dicelah manusia-manusia yang meluru masuk ke 'boarding area'.
Aku mula melilau ke bahagian kedai-kedai sehingga memasuki 'International departure area' Sambil mata ini tak jemu-jemu memandang manusia-manusia yang berkeliaran dengan tujuan dan urusan yang tersendiri. Syok juga melilau tak tentu arah dia airport.
Dengan leka aku merayau-rayau, tidak semena-mena dapat menangkap kelibat seseorang yang amat ku kenali dan disegani..
"Alamak!! Mak Tiri Cinderella buat apa pula kat sini?? Aduh, harap-harap dia tak perasan. Dahla seharian aku ponteng kerja." Aku baru teringat yang Puan Su mencari aku di pejabat pada siang tadi. Sepantas arnab berlari aku memusingkan badan sambil menutup kepalaku dengan hoodie jaketku, kononnya berharap yang Puan Su tidak dapat melihat kelibatku di sini.
Ketika aku memusingkan badan... Aduh!! Kali ini aku terlanggar satu objek yang keras. Sumpah aku tak perasan kerana aku terlalu gabra untuk melarikan diri. Siang tadi aku nyaris dilanggar oleh motorsikal besar, tapi kini aku telah dilanggar troli. Walaupun objek berbeza tapi tetap sakit!! Sungguh aku bernasib malang hari ini.
"Sorry, awak okay ke? Saya tak sengaja!" telingaku dapat menangkap suara seorang perempuan tatkala aku separa membongkok memegang betisku. Suaranya cukup merdu membuatkan aku tidak jadi meradang.
Aku menjeling pandang ke atas... melihat seorang gadis yang memakai snowcap. Eh, apa jadah pakai snowcap kat Malaysia!!! Dia menolak troli yang penuh muatan beberapa beg pakaian dan kotak ke tepi selajur dia menghampiriku.
"Sakit ke awak?" soal gadis itu seperti menunjukkan simpati. Wajahnya berkerut sambil memandang ke arahku. Sempat juga pandangan mata kami bertautan walaupun sedetik cuma.
"Sakitlah ni...kalau tak sakit aku tak pegang betisku..Adoi..." gumamku perlahan..hanya telingaku sahaja yang dapat mendengarnya.
Aku memalingkan wajah kembali mencari Puan Su- Kelihatan Mak Tiri Cinderella kini berjalan ke arahku...semakin hampir... Alamak!!
"I'm fine...!" aku bangkit dan bergegas walaupun dengan berjalan terhincut-hincut
beredar dari situ. Salah aku juga yang kalut memusingkan badan tanpa signal.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...