Setiap cinta memerlukan pengorbanan......
Masa berlalu pantas... sedar tak sedar aku telah berhijrah ke Kuala Lumpur lebih lapan bulan.. Ini bermakna lapan bulan Huda pergi meninggalkan diriku.. Namun sisa-sisa cinta ini masih lagi utuh bersemadi di hati. Andainya takdir, aku disemadikan biarlah aku membawa cinta ini bersama.
Cinta baru? Oh..mungkin tidak! Buat masa ini aku perlu tumpukan perhatian kepada kerjayaku. Biar poket aku penuh dahulu. cinta itu bisa datang kemudian.. Eh, kalau ada duit, nanti ada yang datang menempel.. Ada uang abang sayang..tak ada uang abang melayang... konon!!
Gymnasium : satu tempat yang mula menjadi kegemaranku... sekurang-kurangnya aku akan cuba meluangkan masa satu hari di dalam seminggu. Selain mendapatkan kecergasan badan, aktiviti-aktiviti di gym membantu aku melupakan si dia. Menjalani latihan kecergasan kadang-kala memenatkan namun memberikan kepuasan.
Kebiasaannya, selepas waktu pejabat aku akan berada di gym.. melakukan rutin work out yang biasa-biasa.. agak lemas untuk aku membina otot-otot badan seperti ahli bina badan... Sekadar berlari-lari anak di atas threadmill machine atau mengayuh mesin basikal, atau kadangkala melayan mesin-mesin untuk menguat otot-otot biceps, triceps dan chest.
Waktu menunjukkan hampir 6.10 petang... Hari rabu minggu kedua dalam bulan Jun. Aku memanjat anak tangga ke tingkat satu. Kebiasaanya aku bersama Zali, kawan sepejabat namun hari ini aku keseorangan.
Seraya sampai ke pintu utama, dua orang gadis bertudung hitam muncul dari arah bertentangan denganku.. Aku sempat melirikkan mata terhadap wajah-wajah gadis itu yang telah bermandikan peluh.
Lirikan mataku mendapat perhatian dari salah seorang dari mereka. Senyuman berbalas. Namun anak mataku lebih tertumpu kepada kawan yang disebelahnya. Walaupun raut wajahnya hanya sekilas pandang, namun ia telah membuatkan jantung bergetar kuat.
"Siapakah dia?" hatiku mula berbisik.
Getaran hatiku makin berdetak. Wajahnya telah memukau pandanganku. Walaupun hanya sedetik aku memandangnya.
Sekilas pandang, wajah gadis yang seorang lagi hampir seiras seseorang yang amat aku rindui. Mungkin pelanduk dua serupa. Orang kata ada tujuh orang di dunia ini hampir menyerupai kita. Itu tak mustahil.
Sedikit kesal aku tak sempat bertegur sapa dengan mereka berdua... Mungkin suatu hari kita pasti bertemu. Itupun kalau ada jodoh takkan ke mana. Jodoh pertemuan dan perpisahan di tangan Tuhan. Begitu juga ajal dan maut.
Aku sekadar melepaskan pandangan melihat kelibat mereka hilang dari pandangan. Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku mengejar mereka untuk berkenalan.. arghhh...hatiku amat berat untuk bertindak. Malah kakiku langsung tidak berganjak.
"Hai..bro... sorang saje.. mana Zali?" Seorang lelaki yang bertindak sebagai jurulatih gym datang menyapaku.
"Amboi.. kemain bro ushar awek tu..sampai tak sedar aku kat belakang ni. Berkenan ke?" sambung Rafael lagi.
"Hisshh.. tak adalah bro... sepanjang aku ke sini, jarang aku tengok gadis bertudung." tingkahku tanpa menjawab soalan pertama Rafael.
"Ye ke? Dorang tu kekadang datang sini... Kalau kau nak berkenalan..aku boleh cari maklumat kat registration book."
"Tak apalah... kalau aku nak..aku usaha sendiri bro." balasku sambil tersengih. Bukan aku tak sudi untuk menerima tawaran pertolongan daripada Rafael, namun rasanya lebih afdal sekiranya aku yang berusaha sendiri daripada tuan punya badan. Bukan nak bersikap gentleman namun ia lebih kepada kepuasan dalam usaha memikat.
Petang ini, tak ramai pengunjung yang berada di dalam ruang latihan gymnasium. Hanya empat orang brader-brader yang bertubuh sado sedang berlatih untuk membina otot-otot tubuh. Di sudut mesin threadmill kelihatan dua orang gadis sedang tekun berlari di atasnya. Aku berdiri di sebelah gadis yang berbaju hitam, dia masih tekun berlari tanpa pedulikan kehadiranku. Sebelahnya seorang gadis berbaju kuning sesekali memandang ke arahku. Aku memberikan senyuman dan menganggukkan kepala. Sekadar menyapa. Aku cuba tidak dianggap sombong oleh orang lain.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomansBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...