Ci:bu 16

10.2K 81 5
                                    

"Hariz... Kalau you tak boleh balik Kelantan esok.. I akan ikhtiar cara lain. I tak mau susahkan you." ujar Laila sambil meletakkan sudu dan garfu di sebelah pinggan. Sedikit sahaja nasi goreng yang terusik. Nampak seperti dia tidak berselera.

"Eh, langsung tak susahkan saya. Lagipun, saya ingin balik kampung. Dah lama saya tak balik.. Iyerlah, sejak saya kerja kat sini.. Kebetulan busy memanjang." jawabku. Sempat juga aku melahap sepinggan nasi goreng USA.

"Kalau dah habis makan.. Jom saya hantar Kak Ila balik hotel." aku bingkas bangun dari kerusi dan berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Laila hanya mengangguk kecil. Aku sempat merenung ke matanya. Dalam firasat, perempuan ini sedang dirundung masalah. Cuma aku masih sukar untuk mengetahui masalahnya malah berita tentang Nurul Huda juga sukar diperolehi dari mulutnya.

"So... kita try cari hotel dulu ye... Tengahari esok, saya pick up Kak Ila then kita sama-sama balik kampung petang esok" di saat itu lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad mula berlagu-lagu di telingaku.

"I harap tak menyusahkan you Hariz." ujar Laila sambil berjalan seiringan denganku. Banyak perkara ingin aku ajukan padanya, namun melihat wajahnya yang sugul membuatkan niatku semakin pudar.

Aku menghantar Teacher Laila ke perkarangan hotel. Walaupun hati nakal telah berbisik sesuatu namun aku sedaya untuk menghindari perkara itu. Memang hasutan nakal itu sentiasa berbisik untuk mendorong ke arah perhubungan intim, Namun, bagi aku sekarang cukuplah aku telah 'bersama' Nurul Huda.

Aku berjanji akan menjemputnya setelah urusan di pejabat selesai. Kebiasaan pada hari sabtu, waktu pejabat sehingga jam 1.00 petang. Selepas itu, aku bercadang akan terus mengambil Laila dan bergerak pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan yang memakan masa sehingga lapan jam boleh dimanfaat untuk kami bersembang panjang lebar nanti.

"Kak Ila tengok dulu ada bilik kosong.. Saya tunggu kat sini dulu. Kalau takde bilik Kak Ila datang balik sini. Kalau dah ada bilik, call saya ye." kami sempat bertukar nombor telefon sebelum dia melangkah masuk ke dalam hotel tiga bintang.

Beberapa minit kemudian, aku mendapat panggilan telefon daripada Laila yang memberitahu dia sudah memperolehi bilik. Aku menghidupkan enjin kereta dan mula bergerak meninggalkan perkarangan hotel tersebut.

"Hello, Hariz dah balik ke?" aku menerima panggilan telefon daripada Laila.

"A'ah..kenapa kak?"

"Alaa...I tertinggal beg pakaian dalam kereta you.. Boleh you tolong hantar ke bilik I. Nombor bilik 3008. I betul-betul terlupa, sorry eekk." suara manja milik perempuan itu menyusup ke telingaku. Tanpa berlengah, aku membuat u-turn dan kembali memasuki perkarangan hotel tersebut. Nasib baik, aku belum bergerak jauh lagi. "Iskk.. boleh pula dia tertinggal beg dalam kereta.." gumamku sendirian.

Entah kenapa dadaku mula berdebar-debar seraya aku menghampiri pintu bilik yang tertera nombor '3008'. Aku mengetuk pintu bilik dan ketika itu debaran di dalam dadaku semakin berantakan. Aku menarik nafas sedalamnya dan cuba berfikir perkara-perkara yang positif. "Selepas aku hantar beg dia..aku terus blah!" hatiku berbisik.

Aku mengetuk pintu itu lagi.. Beberapa kali..Langsung tiada jawapan, malah pintu tidak dibuka. Aku mula keliru dan melihat betul-betul nombor bilik itu. Sah ini biliknya. Tetapi kenapa tiada sebarang jawaban. Aku meraba kocek seluar untuk mencari telefon selular.

"Ohhh..sorry buat you tunggu lama.. I tengah mandi." wajah Laila terjongol dari sebalik pintu bilik yang separa terbuka. Hanya separuh wajahnya terlihat.

Lalu aku menghulurkan beg pakaian ke arah Laila. Dia hanya memandang sahaja tanpa berusaha untuk mengambilnya.

"You tunggu apa lagi. Mari masuk cepat!" Laila mula menggesa.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now