"Alamak!! Mana pula aku letak kertas tu? Cuai betul... sepatutnya aku terus salin nombor telefon ke dalam phonebook."
Puas aku mencari cebisan kertas yang ditulis nombor telefon Huda. Aku baru je dapat nombor Huda hasil dengan pertemuan yang tak diduga petang semalam. Semua kocek seluar tak kira yang mana ada habis aku selongkar, malah beg sandang, beg laptop turut menjadi mangsa. Barang-barang yang telah siap dipack kini bertaburan.
Aku mendengus kuat. Mungkin cebisan kertas itu dikeronyok bersama bank slip dan di buang terus ke dalam tong sampah jenis stainless steel di dalam ruang premis bank. Arghhh!! Takkan aku nak pergi selongkar tong sampah pulak!!!
Sial!!! Tak habis-habis menyumpah seranah diri sendiri. Aku menyalahkan diriku disebabkan kecuaian diri sendiri yang menyebabkan cebisan kertas itu tercicir. Hilang entah ke mana!
Huh!! Tension!!
Telefon Samsung 'out of date' milikku berdering beberapa kali. Tercetus di minda, berharap agar Huda segera menghubungiku. Aku tahu bahawa dia masih menyimpan nomborku. Hanya mampu berdoa sahaja.
"Sayang! Mentang-mentang balik raya kat kampung. Terus lupakan I yer. Sampai hati you," suara seorang gadis gemersik ke telingaku.
"Sorry Fiya.. bukan I tak nak call you.. I segan nak kacau mood raya pula." Aku berdalih. Logik tak alasanku – memang tak logik aku rasa. Eh, lantaklah!!!
"You ni kan.... I takde mood bila sehari tak dengar suara you. Ni dah lima hari tahu tak!! You ni saje yer nak larikan diri dari I kan!!" suaranya sayu kedengaran di hujung talian.
"Bukan macam tu Fiya! Hari-hari I teringat nak call you... tapi I juga sibuk. Mama I ajak pergi open house kawan dia.. papa I ajak jumpa sedara-mara. Kawan-kawan kat kampung ramai nak jumpa I. I rasa I ni seperti wakil rakyat pula.. Boleh jadi YB kot I ni." Aku sengaja berseloroh- agaknya dengan melawak dapat menghiburkan gadis yang berada di sana. To cheer her up- kononnya..Sebenarnya, aku tiada ramai kawan yang ramai di kampung. Sementelah keluarga aku berpindah ke sini ketika umurku 10 tahun dan selepas itu aku banyak menghabiskan usia remaja di sekolah berasrama penuh di Selangor.
"Ermm.. kalau dah selalu pergi open house tu.. Tentu saja ramai awek-awek nak ngorat you. Ataupun you pun sama gatal nak mengorat mereka semua." Nada suaranya agak mendatar
"Eh.. I mana reti nak ngorat perempuan lah.. Gelilah!" Aku menafikan. Pembohongan yang menjerat aku kembali.
"Iye ker tak reti ngorat pompuan!! Lelaki semuanya sama!!!"
Ungkitan Safiyya sebijik dengan kata-kata Huda- perempuan memang terlalu pesimis!!
"Amboi... Err, I tengah packing nak balik KL.. Sekejap lagi I nak drive."
"Oh... Okaylah, drive safely... I miss you to much!!!" Namun ungkapan itu hambar padaku. Sekadar menyapu gegendang telinga. Kosong tiada makna.
Hari Terbuka Aidilfitri
One Avenue Holdings Berhad
11 Syawal.....
Ground Floor (Lobby & Mini Hall)
"Wah Inspektor Shahab Perdana Rafael!!! Tum kya kare dil to pagal hei, phil bil dil hei Bombay Police Station!!" Zali melalut apabila menjabat tangan dengan Rafael yang segak memakai uniform sang saka biru. Kemunculan Rafael atas undangan rakan sejawat yang sering berurusan dengan pihak PDRM yang di antara pihak-pihak berkuasa yang sering berurusan dengan syarikat kami.
Majlis sambutan hari raya aidilfitri tidak kurang meriah dengan kehadiran tetamu yang dijemput dari pelbagai agensi kerajaan ataupun swasta.
"Wah.. siapa abam polis yang macho tu?" Bisik Mimie ketika menguis lenganku. Minah sengal ni tetiba muncul terkedek-kedek. Langkahnya dituruti oleh bestienya Ernie. Mereka sama-sama melaram dengan kebaya coklat bersulam dengan kain pareo satin berlukis bunga tulip.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...