AKU memecut kenderaan ke lebuh raya utara-selatan dari arah Sungai Besi dan akan keluar di tol Kajang. Sepanjang tiga hari keberadaan Huda di Bangi, dia melarang aku untuk bertemunya sehingga kursusnya berakhir pada tengahari khamis.. Aku terpaksa akur dengan kehendaknya walaupun naluri hati ini membuak-buak ingin bertemu dengan dia.
Tepat jam 2.00 petang aku tercongok di hadapan keretaku di sebelah pondok pengawal Institut yang mana Huda menghadiri kursusnya. Dengan Rayban made in China yang menutup kornea mata, aku memerhati kelibat gadis-gadis yang lalu -lalang dengan pelbagai gaya tersendiri. Dengan bersahaja aku duduk menunggu bagaikan seorang jejaka yang menanti sang kekasih yang telah lama berpisah tanpa menghiraukan jelingan daripada para gadis yang melintasi ruang mata ini.
Beberapa minit, muncul susuk tubuh yang aku nantikan- menghayun langkah dengan lemah gemalai. Dalam getaran rasaaku melemparkan sebuah senyuman terhadapnya. Senyuman yang aku layangkan disambut dengan senyuman menawan dari bibirnya. Dia tampak begitu ayu dengan berbaju kurung ungu mengatur langkah menghampiri tempat aku berdiri.
Ucapan salam darinya ku sambut ikhlas. Senyuman yang terukir dibibirnya membuatkan hatiku semakin berbunga-bunga. Cukup untuk menghilangkan sebuah kerinduan. Di kala ini, percikan firasat hatiku mengatakan bahawa huluran cintaku telah disambut olehnya.
"Maaf sebab sepanjang saya di sini. Saya tak ada peluang untuk bertemu dengan awak. Saya harap awak tak marah ye!" Ujarnya lembut seraya melabuhkan punggung di kerusi penumpang sebelahku.
"Tak mengapa. Lagipun awak datang sebab nak belajar kan! Hari ni kita dah berjumpa.. So, terubat sikit rindu saya pada awak!" Aku berterus-terang sambil menjeling akan wajahnya. Mencari riak wajahnya.
Jeda.
Aku diam dalam menanti tutur kata dari mulutnya. Tanpa berlengah aku memacu kereta meluncur di jalan raya. Aku beranggapan dia masih lagi berat untuk berterus-terang tentang kata hatinya. Biarlah, yang penting aku telah meluahkan kerinduan padanya. Tidak perlu ku simpan sendirian.
"Awak.. kita pergi KLCC nak? Kita naik LRT." Huda memberi saranan. "Awak nak shopping ke? Kenapa nak naik LRT" Soalku.
"Saje je.. Lagipun dah lama tak naik LRT.. Lagipun tentu jalan jammed teruk kan."
Biarlah aku melayan kehendak gadis ini. Walaupun aku agak kekok menggunakan pengangkutan awam di bandaraya ini. Hanya sesekali sahaja aku terpaksa menggunakan perkhidmatan itu, selebihnya aku selesa memandu sendiri walapun terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang menggila.
Aku membuat keputusan untuk meninggalkan kereta di Hentian Rapid KL Sungai Besi dan mengambil tren menuju ke KLCC. Huda sekadar mengikuti langkahku, dan aku tidak mahu bersoal-jawab tentang keinginannya mengunjungi KLCC. Layan ajerla.. Orang kata bila datang KL tak singgah kat KLCC tak sah! Itu orang kata..Kan?
Tak mengapa walau terpaksa menaiki LRT atau berjalan kaki kerana melayan kehendak si gadis. Aku yakin akan wujud kemesraan dalam dirinya terhadap aku. Aku cuba menjadi terbaik padanya- ketika ruang dan peluang yang sedang terhidang luas.
"Huda... saya bukan orang yang suka bersumpah setia, berjanji bulan bintang. Cuma saya nak beritahu.. saya akan berusaha untuk menyayangi seikhlas hati. Saya harap Huda beri satu peluang untuk saya untuk mengisi ruang di dalam hati awak." Aku berusaha untuk menyakinkan Huda tentang perasaanku terhadapnya.
"Hariz.. Jujur saya katakan pada awak. Saya selesa bila bersama awak. Tapi kekadang awak membuatkan saya takut. Awak terlalu menaruh harapan yang tinggi pada saya. Tak salahkan kita berkawan."
"Tapi Huda... Kita bukan sekadar kawan lagi. Kita dah terlanjur Huda.."
Huda menundukkan wajahnya. Nampak dia menghela nafas semasa wajahnya terpunduk ke bawah. "Saya tahu Hariz... Saya dah tak suci.. saya bukan perempuan yang baik!" Huda menghela nafas seolah-olah mencari kekuatan dalaman untuk bertutur.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...