"Kita nak pergi mana?" soalku pada Safiyya yang sedang bersenam di sebelahku. Rajin pula dia datang ke gym demi mendapatkan bentuk badan yang menarik. Bagi aku senaman untuk menjaga kesihatan disamping cuba mengekal bentuk tubuh badan.
"So, you setuju nak pergi holiday dengan I?" soalnya. Aku melihat bola matanya bersinar-sinar.
Aku sekadar mengangguk kepala."Kita ke Langkawi?"
"Hurm, kita keluar dari Malaysia. Phuket atau Bali?"
"Err..kat nak pergi oversea, I kena check dulu.. takut kena blacklist dengan Imigresen." aku tergelak.
"Your tak bayar PTPTN ke?"
"Iskkk.. I got scholarship-lah" tingkahku sedikit bangga.
"Untunglah you, tapi I tak pernah miss bayar tau, tu yang boleh pergi melaram sampai oversea." balas Safiyya sempat lagi dia mengenyitkan mata terhadapku.
***
"Zali, Safiyya ajak aku pergi Phuket, kau nak ikut tak?" bisik aku padanya.
"Jauhnya bro, tentu besar gak belanja. Err... aku takleh janji la boleh ikut korang atau tak."
"Ala... sekali-sekala Zali.. Jomlah.. Kalau kau tak join, rasa bosan juga.. Takde mangsa nak aku bahan." Ujarku sambil ketawa mengekek.
"Kau tu lainlah.. Gaji besar.. Gaji aku ciput aje... Aku rasa takleh spend money for holiday bagai."
Aku faham situasi Zali, gajinya taklah seberapa dengan jawatan sebagai Technical Assistant merangkap sidekick aku. Namun aku tak pernah melayan dia sebagai pekerja bawahan namun lebih kepada sahabat.
"Alaa... Kau jangan camtu.. takkan aku sorang je pergi. dah tentulah Fiya bawa geng dia.. Kalau semua pompuan.. Takde sapa nak borak ngan aku weh."
"Baguslah, masa tulah kau boleh berkepit dengan Fiya.. Untung-untung boleh tidur sebilik." usik Zali.
"Hisshh... kesitu pulak kau ni."
"Phuket bro... Bukan Kota Bharu bro.." balas Zali.
"Cehh.. betul ke kau tak nak join. Rugi tahu..mana tahu kau berkenan dengan kawan-kawan Fiya." aku terus memujuk sidekick aku. Aku dapat bayangkan betapa canggungnya aku dikelilingi awek-awek memakai bikini di tepi pantai Phatong, Phuket.
"Bila korang nak pergi?"
"Next month, before puasa." Aku dapat rasakan bahawa Zali juga berkeinginan untuk turut serta namun mungkin dia ada sedikit masalah- faktor kewangan. Nantilah aku cuba pujuk dia lagi. Bosannya aku nanti!
Entah kenapa boleh pula aku bersetuju untuk ber-holiday bersama Fira. Nasib baik dia ajak sekali kawan-kawannya. Kalau berdua, mungkin tak kot!!
****
"Bro, sorrylah aku tak dapat ikut korang."
"Bro, lusa kita nak bertolak. Kalau pasal duit.. Aku dah cakap.. tiket flight and hotel kau aku tanggung... No problem lah bro, janji kau dapat teman aku." pujukku supaya Zali menarik balik keputusan untuk tidak turut serta.
"Aku tahu...kau nak sponsor aku. Tapi, aku berul-betul tak dapat pergi kali ini. Sorry bro, nanti aku join bila ada trip lain kali." Zali masih berkeras.
"Kalau begitu, nampaknya aku lone ranger-lah kat sana. Tapi... kau jangan beritahu Mimie dan Ernie aku pergi Phuket dengan Safiyya.. Aku cakap yang aku ada family trip." sempat aku buat pesanan. Aku percaya pada Zali yang dia tidak akan 'membawang' pasal holiday aku bersama kumpulan gadis-gadis tersebut.
"Hei.. dengan aweks-aweks tu.. takkanlah lone ranger.. Mesti sedap bergumbira di sana. Anyway, have nice holiday bro." Zali menepuk-nepuk lenganku berkali-kali sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...