Ci:bu 37

5.7K 63 1
                                    

"You dah sampai rumah?" Aku membuat panggilan telefon demi memastikan Safiyya tiba ke rumahnya dengan selamat. Siapa bilang aku tidak risau apabila Safiyya memandu berseorangan pada dinihari sebegini. Lagipun, banyak jenayah yang berlaku di dalam Bandaraya lewat kebelakangan ini.

"Yes... about 15 minute ago! You tak tidur lagi? Esok you kerja kan?"

"I call just nak tahu yang you dah sampai rumah. Hati I lega bila dapat comfirm you balik dengan selamat." Aku menarik nafas lega.

"Thanks sayang... that's why I too crazy about you. I know you care about me." Aku mengagak bahawa gadis itu mengukir senyuman di kala ini.

"Okaylah Fiya.. I nak tidur. You pun tidurlah...you kena jaga waktu tidur juga." Aku sekadar berpesan padanya.

"Thanks sayang.. I miss you so much!" suaranya semakin mendayu.

Aku tersenyum sendirian, bayangan wajah Safiyya kembali meniti di ruang mata. Biar lamunan bakal mencorakkan mimpi indah di kala malam ini.

Aku menuju Mid Valley Megamall tepat jam 12.00 tengahari dengan hati yang berbunga-bunga. Hari Ahad, agak sukar untuk mendapatkan ruang parkir. Jenuh aku berpusing-pusing mencari ruang dan akhirnya berjaya. Hatiku semakin berdebar-debar apabila memikirkan yang aku bakal menghadapi janji temu dengan seseorang yang cukup istimewa.

Aku melangkah memasuki ruang dalam Midvaley Megamall dengan cukup teratur. Sambil tanganku mengenggam telefon bimbit, sesekali aku menoleh pada skrin untuk melihat mesej-mesej yang masuk. Aku begitu teruja bila mendapat pesanan bahawa si dia telah pun berada di ruang legar Mid Valley ini. Dari pesanan yang diterima, si dia memaklumkan sedang menungguku di hadapan Starbuck. Aku semakin berdebar untuk berhadapan dengan si dia itu.

Dari kejauhan bola mataku menangkap susuk tubuh si dia yang berdiri yang menanti akan kehadiranku. Nurul Huda dengan mengenakan blouse longgar berlengan lebar berwarna light chocolate dan skirt kembang berwarna krim berserta shawl chiffon yang juga berwarna krim. Penampilan Huda tampak sedikit berbeza dengan sebelum ini, nampak moden dan bergaya namun tetap sopan dan anggun.

Aku terpegun dengan kejelitaan wajah Huda yang bersolek tipis. Mengenakan gincu berwarna merah jambu, menyapu blusher di pipinya yang gebu, bersama bulu mata lentik yang seakan Che Ta. Eh, bila masa pula yang ustazah ni pandai mengenakan bulu mata palsu? Sungguh berbeza sekali.

"Huda nampak cantik?" Aku memuji ketika dia mula berada di sisiku.

"Terima kasih." Ujarnya sambil tersenyum.

"So, kita minum or makan dahulu, lepas tu kita tengok wayang." Aku memberi cadangan sambil mengerling ke dalam ruangan Starbuck.

"Hishh... seumur hidup saya tak pernah masuk panggung wayang."

"Laa.. iye ke!! Kalau begitu, buat pertama kali dalam hidup awak akan memasuki panggung wayang bersama saya." Aku tersengih menampakkan gigi.

"Eh, saya tak kata yang saya setuju nak menonton wayang dengan awak hari ni!!" Huda meningkah.

"Benda yang tak pernah buat.. tak salah untuk mencuba. Lagipun sekadar menonton wayang.. Bukan buat apa-apa pun!"

"Iye ke tak buat apa-apa? Biasanya dalam panggung wayanglah orang lelaki akan buat apa-apa dengan perempuan." Huda mengangkat tangan kanan sedikit ke atas. Aku perasaan bahawa tubuh Huda sedikit berisi berbanding setahun yang lalu. Jelas lengan tangannya begitu gebu di sebalik kain yang disarungnya.

"Iskkk.. itu style zaman Jepun lah.. Saya tak suka buat apa-apa selain menonton. Kalau nak buat apa-apa kita cari hotel aje!" Aku mengenyitkan mata.

"Hah, nakal awak tak pernah habis kan?" kelihatan Huda mengetip bibirnya. Adakah dia berasa geram? Aku juga semakin geram terutamanya pada bibirnya.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now