"Hotel yang sama... bilik yang sama...." cehh.. terngiang-ngiang di telingaku akan suara Dahlia Syazwan.. betul-betul berhantu suara awek tu setelah kakiku melangkah memasuki ruang penginapan yang telah ditempah oleh Safiyya.
AKU melepaskan lelah dengan terlentang di atas katil yang cukup empuk. Walaupun hotel bertaraf 3 bintang, namun fasiliti di dalam bilik agak bagus.
Ada tv flat screen, 2 katil single, ada peti ais, minuman ringan dan chang, bathroom pun agak selesa.. Wah, aku macam travelblog pulak.. hahaha... Aku meninggikan suhu penghawa dingin... Lalu melucutkan baju T di badanku.
"Eeeh... Cantiknya badan you Hariz.. jeles I tau.. Dah lama I ingin badan like you." muncul Chad dari bilik air dan terus menepuk-nepuk bahu dan dadaku dengan dua jarinya.
"Kau tak lapar ke Chad?" soalku tanpa pedulikan renungan mata Chad pada badan aku. Biasalah, kekadang ada lelaki yang impikan tubuh yang kekar, namun tak sanggup nak mengharungi kepayahan. Aku rasa Chad antara golongan berikut.
"Lapar sangaaat!!" balas Chad. Aku rasa pelik dengan intonasi suara mamat yang duduk di birai katil berhampiran dengan tingkap. Aku memilih sebuah katil yang bersebelahan dengan bilik air. ah...janji boleh tidur tanpa gangguan.. Kalau katil berkembar...kan naya!!
"Hariz ,do you smoke?" sambung Chad sambil mengeluarkan sekotak rokok Mevius.
"No Chad."
"Well, I'll smoke outside."
Chad bangun lalu keluar dari bilik. Lagipun bilik yang ditempah adalah bebas asap rokok. Padan muka.. nak hisap rokok sangat so, dia kena hisap kat luar.
Aku melucutkan jeans dan membalutkan tubuhku dengan selembar tuala putih. Belum sempat aku memasuki ruang bathroom, pintu bilik diketuk berkali-kali..
"Eh, cepat betul Chad isap rokok.." aku menggerutu.
Tanpa berlengah aku terus membuka pintu yang secara automatik akan terkunci apabila terkatup rapat.
"Wow, you look so sexy. What a lucky day!" Suara perempuan separuh menjerit tatkala aku membuka pintu dengan luasnya. Aku terkejut. Safiyya juga turut terkejut dengan matanya yang terbuntang.
"Weh, kau Safiyya!!" Aku cuba menolak pintu namun ditahan oleh Safiyya. Ruang pintu menjadi sempit muat-muat muka sahaja sebagai medan komunikasi antara aku dengan Safiyya. Sengaja aku tahan supaya gadis itu tidak terus-menerus memandang badanku yang hanya bertuala. Membuka pintu seperti membenarkan Safiyya menerobos masuk ke dalam. Minah ni bukan boleh pakai sangat, otaknya gila-gila sedikit sejak dari zaman uni lagi.
"Kau nak apa Safiyya, aku tak pakai baju.. ni nak mandi."
"Kalau camtu, boleh kita mandi sama-sama." Safiyya menjongketkan keningnya seraya ketawa mengekek.
"Nonsense!! Jangan mengarut boleh. Apa kau nak hah?" Aku bersuara keras. Langsung tidak memberi peluang untuk Safiyya yang semakin ingin merenyam.
"You ni kan!.. I gurau sikit dah cuak.. I syok kacau you.. Pemalu tak berubah!! Selepas siap mandi I nak ajak makan.. I give you 15 minute then kita jumpa di lobi." Aku dengar intonasi suara Safiyya berubah, derai ketawanya menghilang.
Iskk.... Agak-agaklah nak bergurau pun, aku menggerutu seraya menutup pintu.
Kami berenam singgah di sebuah restoran makanan muslim yang tidak jauh dari lokasi penginapan. Safiyya tidak jemu-jemu mengendeng di sebelahku. Siap nak suap nasi ke dalam mulutku. Beberapa kali aku menolak, akhirnya aku mengalah dengan kesungguhan Safiyya. Gelagatku menjadi bahan gelak ketawa Sandra dan Lily.
Masa mula menginjak ke petang, kami berpakat menyusuri pantai Patong yang mula dibanjiri dengan manusia-manusia yang pelbagai bangsa dan kulit. Kebanyakan adalah warga kulit putih.. Adalah terserempak dengan pelancong-pelancong yang bermuka melayu seperti kami.
YOU ARE READING
Cinta Buta
RomanceBaca dengan tenang. Jangan kelam kabut. Cerita yang ditulis adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jangan tiru aksi yang ditulis. Jaga tingkah laku dan diri. Jangan harrass perempuan atau lelaki tanpa izin rela mereka...