BAB 1

75 6 0
                                    

Angel terbangun dari tidurnya yang lena. Mimpi itu datang lagi. Tak itu bukan mimpi tapi itulah yang terjadi secara nyata 20 tahun yang lepas. Dia ingat.

Ingatannya entah bagaimana boleh mengingati peristiwa kelam itu. Peristiwa yang membawa memori pahit baginya. 20 tahun sudah berlalu tapi kejadian itu masih terakam jelas diingatannya.

Masih jelas bagaimana senyuman si iblis itu. Bagaimana dia diperlakukan sebegitu kejam diusia mudanya. Tapi Angel memilih untuk melupakan dan memaafkan bahkan merahsiakan dari segala manusia yang ada.

Susah baginya untuk berdendam dengan darah daging sendiri. Lagi pula lelaki itu sudah mempunyai keluarga sendiri dan bersikap seperti tiada apa yang pernah berlaku. Sakit itu biarlah dia yang tanggung.

Pedih itu biarlah dia sendiri yang rasa. Biarlah rasa itu yang menjadikannya tegar sehingga menjadi benteng baginya yang rapuh di dalam.

Angel membawa kakinya melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Lagi pula tiada gunanya untuk sambung tidur dengan matanya yang sudah celik sepenuhnya.

.
.
.
.

Angel melangkah menuruni tangga dan menuju ke dapur. Mummy dan daddynya sudah pun menantinya di meja makan untk sarapan bersama


"Angel hari ni pergi check-up kan?"

"Erm..." Hanya itu sahutnya kerana mulutnya yang penuh dengan makanan.

"Angel nak mummy temankan tak?' Tanya mummynya.

"Takpa lah mum. Lagi pun jumpa doctor je bukan jumpa malaikat maut pun" Jawabnya sambil tersengih. Jelingan dari mummynya yang dia terima.

Mummynya tidak lagi bekerja dengan daddynya setelah dia memaksa mummynya untuk berhenti bekerja dan menemaninya di rumah.

"Angel bila nak masuk kerja?" Tanya daddynya pula.

"Nanti-nantilah daddy. Angel belum puas lagi nak tanam anggur ni."

"Hmm.. Tanamlah lah banyak-banyak bukannya laku pun malah takda orang pun nak beli" Perli daddynya dan hanya disambut oleh tawanya.

"Okaylahh Angel nak naik atas dulu nak bersiap." Katanya seraya bangun dari tempat duduknya.

"Eh, terus bangun macam tu je ke cik kak? Pinggan tak cuci?" Mummynya mula membebel sudah.

"Alaaaa...Mummy je la yang cuci ehhh. Angel naik dulu. Cau" Terus saja dia berlari ke arah tingkat atas menuju ke biliknya.

Puan Hanna dan Encik Faris hanya menggeleng kepala melihat telatah anak tunggal mereka.

.
.
.
.

"ANGEL IMANI" Panggilan dari jururawat itu menyentakkannya dari lamunan yang panjang. Segera dia mengatur langkah menuju ke bilik itu.

"Tahan sikit ya. Saya nak ambil sample darah." Ujar jururawat itu. Angel hanya menganggukkan kepalanya.

Hal ini bukanlah pertama kali baginya. Namun inilah rutinnya bagi setiap bulan sejak dia berumur 15 tahun.

Siapa sangka gadis cantik itu merupakan seorang penderita anemia sejak usianya belasan tahun. Zaman remajanya banyak dia habiskan check up di hospital dan klinik.

Mummynya juga mempunyai penyakit yang sama namun tidaklah seteruk dia yang memerlukan pemeriksaan setiap bulan.
Angel menunggu lagi di ruangan menunggu setelah selesai sample darahnya diambil.

Setelah menanti selama 30 minit, akhirnya dia duduk dihadapan seorang doktor pada saat ini.

"Angel apa khabar? Okay hari ni?" Tanya doktor itu sekadar berbasa basi.

"Okay"

Doktor itu hanya menyemak laporan makmal darah Angel yang diserahkan padanya. Setelah meneliti laporan darah itu untuk beberapa detik, dia mula bersuara.

"Angel ada makan tak ubat tambah darah yang diberikan itu?"

Angel hanya menganggukkan kepalanya walhal ubat-ubatan itu semuanya selamat di dalam tong sampah di biliknya.

"Paras hemoglobin Angel ini berada pada 7.5g/dL sahaja. Ini sangat rendah dari paras normal iaitu antara 11.5g/dL hingga 15.5g/dL bagi wanita dewasa." Jelas doktor itu. Doktor Alia.

"Angel ada makan tak ubat yang dibekalkan?"Tanya doktor itu sekali lagi.

Angel geleng kepala. Kalau tadi dia menipu, sekarang ini dia terpaksa jujur. Eww makan ubat? Bluerkk.

"Sekiranya terus begini pihak kami mencadangkan agar Angel menjalankan transfusi darah. Sebab kadar tekanan hemoglobin pada darah Angel adalah sangat-sangat rendah. It's a miracle yang Angel boleh bergerak seperti biasa dengan tekanan darah serendah ini." Terus saja Angel geleng kepala.

"Takpa doktor. Saya percaya nanti darah saya kembali normal." Ujarnya dalam senyum.

"Angel... Angel tak boleh macam ni. Jika berterusan macam ni nanti masa Angel mengandung nanti susah untuk melahirkan sebab banyak risiko yang Angel kena tanggung." Balas Doktor Alia.

Mengenali Angel yang keras kepala, dia cuba untuk memujuk dengan cara lain.

'Erk! Sapa yang nak kawin?' Desis hati kecilnya. Namun diluar dia hanya tersenyum.

"Takpa doktor lambert lagi kalau saya nak mengandung. Nanti-nanti aje la." Ujarnya separuh bergurau.

Melihat akan kekerasan penolakkan dari Angel, Doktor Alia hanya menghela nafas pasrah. Dia kemudiannya menulis preskripi ubat bagi Angel.

Langkah Angel terhenti ketika dia mendengar jeritan dari seseorang dari bilik yang dilaluinya.

"DOKTOR YAKIN KE YANG TU SAYA PUNYA CT SCAN?!"

"Bertenang Encik Ivan." Doktor itu cuba untuk menenangkan lelaki yang dipanggil Ivan itu.

Angel melihat ke arah pintu yang sedikit terselak itu. 'Hensem tapi sayang sakit,hmm.' Desis hatinya.

Dia ingin mendengarkan lagi perbualan yang sepertinya menarik perhatiannya namun deringan dari Iphonenya itu mematikan niatnya.

"Ya. Aku datang la ni. On the way." Ujarnya dan dia terus melangkah ke arah keretanya.

.
.
.
.

orite cukup sampai yang ini utk hari ni.

stay young, stay happy and babai😘
p/s: kalau ada yg bermurah hati tu kan, sumbangkan la vote anda🙈

MEMORY (C)Where stories live. Discover now