"Ihklaskan pemergiannya Ivan." Ujar Encik Faris sambil menepuk bahu Ivan yang termenung dihadapan pusara isterinya. Orang lain telah beranjak meninggalkan kawasan perkuburan.
Hanya tinggal mereka disitu. Puan Salwa dan besannya tidak ikut serta kerana menjaga cucu mereka.
"Ivan tak boleh terus bersedih macam ni. Mari kita balik. Kalau Ivan lemah macam ni, kesian kat Imary di rumah nanti. Angel pun tak nak Ivan terus lemah macam ni." Ujar papanya pula.
"Terima dengan terbuka hati nak. Ivan hilang seorang isteri tapi nanti mungkin Ivan akan dapat seorang pengganti. Tapi daddy hilang seorang anak yang tak mungkin dapat daddy ganti." Tambah Encik Faris pula. Siapa yang tidak sedih anak yang ditatangnya bagai minyak yang penuh telah pergi takkan kembali.
"Tak daddy. Takda siapa pun yang dapat gantikan tempat Angel." Ujar Ivan sambil mengusap batu nisan isterinya. "Hubby balik dulu kesian Imary tinggal seorang di rumah. Nanti hubby bawa Imary datang melawat sayang." Ujarnya dengan sebak yang tertahan-tahan namun air matanya mengalir juga.
"Ivan tak kuat pa." Ujarnya lalu menangis dipelukkan papanya. Encik Faris pula hanya mengusap belakang menantunya.
"Kitaorang balik dulu beb." Pamit Geisha sambil mengemaskan taburan bunga di pusara temannya.
"Sampai hati kau kan tinggalkan kitaorang. Mesti nanti aku rindu nak dengar gelak tawa kau. Kau kan selalu ketawa tak ingat dunia." Natasha cuba menahan sebaknya. Dia pandang Geisha yang juga sudah merah kembali matanya.
Perlahan-lahan mereka mulai meninggalkan kawasan perkuburan itu. Suasana hari yang juga mendung ketika itu seakan mengerti apa yang dialami oleh mereka.
.
.
.
.Ivan menapak menghampiri baby cot yang terletak di biliknya. Perlahan-lahan dia mengusap pipi bayinya yang masih merah.
Tergerak seketika dia tatkala merasakan ada yang menganggu tidurnya. Daniel Imary nama diberi. Dia meletakkan nama Imary dibelakang nama anaknya kerana itu juga merupakan permintaan terakhir dari isterinya.
Seketika Ivan mengimbau kembali perbualannya bersama Angel pada bulan yang lalu.
"Janji dengan sayang yang hubby akan jaga dan sayangkan Imary dengan sepenuh hati hubby." Jari kelingkingnya disuakan pada suaminya.
"Hubby janji. Sayang tak cakap pun memang hubby akan jaga baik-baik anak hubby yang seorang ni." Ujar Ivan sambil mengusap perut isterinya.
"Walaupun nanti Angel dah takda lagi." Seketika berkerut dahi Ivan mendengarnya.
"Kenapa cakap macam tu? Hubby tak nak Angel cakap yang bukan-bukan okay."
"Janji dulu." Dengan terpaksa Ivan mengangguk. Satu senyuman terbit di bibir Angel.
"Dah tidur. Lepas ni no more cakap yang pelik-pelik lagikan nonsense macam ni." Ivan kemudiannya menyelimuti isterinya.
Rengekkan si kecil mematikan lamunan Ivan. Dengan pantas dia menidurkan kembali hero ciliknya. Wajah anaknya memiliki perpaduan antara dia dan Angel.
Namun, Daniel Imary memiliki sepasang mata seiras dengan Angel. Warna hazel pada mata Daniel Imary itulah yang menjadi pengubat rindunya terhadap Angel.
"Nanti Imary dah besar sikit papa bawa lawat mama ya." Ujarnya sambil mengusap pipi anaknya.
.
.
.
.kering idea sudahhh😩
😘
YOU ARE READING
MEMORY (C)
Romance"Sial. Kalau macam ni buat apa aku hidup. Baik mati je."- Ivan Zachary "Jadilah kuat untuk orang-orang yang tersayang."- Angel Imani "Kau ni biar betul, Ivan. Tu anak orang tu. Bukan anak patung. Masih ada mak bapak tu." - Adam Fakri "Sakit tu bukan...