BAB 4

50 6 0
                                    

"Angel."

"Ya daddy. Ada apa?" Sahut Angel tapi matanya tak lepas dari novel yang dia pegang.

"Esok Angel masuk kerja ya. Boleh lah belajar cara nak uruskan syarikat kita tu." Pujuk Encik Faris.

Keluarga Angel mempunyai sebuah syarikat interior design. Syarikat itu tidaklah segah syarikat-syarikat yang ada di Malaysia tapi bolehlah untuk cari makan. Walaupun syarikat itu hanyalah sederhana tapi hasil dari syarikat itulah yang membawa kesenangan di dalam hidup Angel dan keluarganya.

Angel mengangkat mukanya. Seketika dia berfikir.

"Hmm..okay." Simple saja jawapannya. "Angel naik dulu. Nak habiskan buku ni takut lepas kerja nanti takda masa pula." Ujarnya sambil tersenyum ke arah orang tuanya. Kakinya kemudian diatur menuju ke biliknya.

.
.
.
.

Hari pertama bekerja sangatlah huru-hara bagi Angel. Mana taknya setelah Encik Faris menjelaskan secara ringkas jalan kerjanya, dia terus meninggalkan Angel terkontang-kanting seorang diri di officenya.

Jam yang ada di meja dikerling. 'Dah pukul 2 patut lah aku lapar.' Detik hatinya.

Beg tangan dicapai dan dia melangkahkan kakinya keluar. Meja Wani dituju.

"Kak Wani. Lepas lunch nanti ada tak apa-apa perkara lagi pada jadual Angel?" Tanyanya. Wani segera mengambil notanya. Kalau dulu dia adalah PA kepada ayahnya, sekarang dia adalah PA kepada anaknya pula.

"Lepas lunch nanti Cik Angel ada appointment dengan RueZach. Syarikat perabot yang akan bekerjasama dengan kita nanti." Angel hanya menganggukkan kepalanya.

"Okay lahh. Angel turun makan dulu. Oh ya kak Wani. Tak payahlah bercik-cik dengan Angel. Pelik Angel dengar. Panggil Angel je." Ujarnya.

"Baiklah Angel. Nanti kak Wani sendkan location untuk meeting. Sebab tempat meeting belum lagi ada kata putus dari pihak sebelah sana." Jawab Wani.

Setelah itu, Angel mengatur langkahnya menuju ke restoran.

.
.
.
.

"Ivan! Woi! Makan jom! Laparlah." Tanpa mengetuk pintu, Adam terus terjah masuk.

"Kau tak nampak ke aku ada banyak kerja ni. Lepas ni aku ada meeting lagi. Tempat pun belum aku setkan." Tanpa angkat muka Ivan bersuara.

"Alah. Nanti-nanti aje lah kau siapkan. Nanti aku tolong kau. Tempat meeting tu pun nanti kau fikirkan." Ujarnya kemudian terus di tariknya tangan Ivan dan menapak ke luar.

"Kau betul ehh nak tolong aku buat kerja nanti?" Ivan mengeluarkan suara setelah mereka sampai di restoran.

"Aku tolong yang ringan-ringan je."

"Ada ke kerja yang ringan-ringan kat dunia ni? Takda-takda kau tolong yang beratnya melampaui batas kekuatanku."

"Menyesal aku cakap aku nak tolong kau." Pelayan yang datang mematikan perbualan mereka.

Tidak lama selepas itu makanan pesanan mereka sampai. Keduanya makan tanpa suara. Depan makanan terus bisu.

Suara tawa dari penjuru restoran menarik perhatian Ivan. Pantas dia angkat muka. Warna rambut itu menarik perhatiannya. Gadis rambut perang itu diperhati. 'Macam pernah nampak. tapi dimana ya?' Dia bermonolog sendiri. Seketika dia teringat. Hospital!

"Kau tengok apa tu?" Soal Adam lantas berpaling ke arah yang sama.

"Walaweh! Tengok anak dara tak berkelip eh mata." Sakat Adam. "Tapi cun doh."

"Aku at least sekadar tengok je dari kau tu puji-puji anak orang. Gatal." Sindir Ivan. Jam dipergelangan tangan dilirik.

Lantas dia menghantar pesanan. Tidak lama kemudian di bangun.

"Kau nak pergi mana?" Soal Adam melihat Ivan bangun dari duduknya.

"Pergi jumpa client lah. Balik office nanti atas meja aku tu ada file kuning. Kau pergi settlekan projek tu ehh. Tadi kata nak tolong." Ujar Ivan sambil tersengih.

"Oh ya jangan lupa bayar ehh makanan ni." Kemudian terus sahaja dia melangkah pergi.

"Celaka punya kawan." Adam hanya melihat kelibat Ivan yang kian menghilang.

.
.
.
.

Satu pesanan masuk di Iphonenya mengalihkan perhatiannya.

'RueZach atur meeting di kafe Tealive.' - Kak Wani.

'Okay. Thanks kak.' - Angel.

"Weh, geng aku cau dulu. Ada meeting nanti." Katanya sambil mengambil tasnya.

"Jomlah gerak sama. Kita orang pun nak masuk kerja balik." Ujar Natasha pula. Kemudian tiga sekawan itu melangkah ke luar.

"Eh, Tealive? Tealive banyak woii kat Malaysia ni." Angel berkata sendirian di dalam keretanya. "Tealive mana dia nak jumpa ni?"

"Hello Kak Wani. Boleh tak kak Wani bagi Angel nombor wakil RueZach tu?"

"Okay thank you kak Wani." Ujarnya setelah mendengar balasan dari Wani.

Tidak lama kemudian, mesej masuk di Iphonenya. Segera di menghubungi nombor yang dikirimkan oleh Wani. Setelah mendapat informasi lokasi secara tepatnya, dia terus menuju ke situ.

Ivan yang menunggu memilih untuk membuat pesanan minuman. Seketika matanya tertuju ke arah pintu kedai yang terbuka.

"Encik Ivan?" Tanya gadis itu. Tak susah pun nak jumpa sebab pelanggan yang masih kurang dan hanya Ivan saja yang mengenakan pakain korperat. Ivan hanya mengangguk.

"Saya Angel. Wakil dari Angel's Design." Angel memperkenalkan diri.

Ivan hanya tersenyum. Kecil sungguh dunia ini. Ini kali ketiga di bertemu dengan gadis ini.
Mungkin bagi gadis itu, ini adalah pertemuan pertama mereka tapi tidak baginya.

"Ohh. Bukan uncle Faris ke yang sepatutnya datang?" Tanya Ivan sekadar basa-basi meskipun dia dapat mengagak jawapan yang akan diberikan.

"Daddy? Dia dah pencen dah." Sahut Angel sambil tersenyum.

"Ohh okay. Saya orderkan sekali untuk awak." Ivan menolak air perisa coklat itu kepada Angel dan dibalas dengan ucapan terima kasih dari gadis itu.

Perbincangan yang mereka lakukan itu tidak memakan masa yang lama kerana syarat yang ditetapkan itu memenuhi citarasa kedua belah pihak. Win-win situation kata orang.

"Saya harap kita dapat jalankan Kerjasama dengan baik, Cik Angel." Ivan menghulur tangannya.

"Saya juga begitu. By the way, just Angel. No need bercik-cik." Angel menyambut huluran tangan Ivan.

"Angel." Ulang Ivan dan di sambut dengan senyuman oleh Angel.

.
.
.
.

singkat sampai sini jerr 〜(꒪꒳꒪)〜

anyways, stay young, stay happy and babai
( ˘ ³˘)♥

MEMORY (C)Where stories live. Discover now