Sakit kepala yang amat sangat itu membantutkan dia untuk bangun dari tempat tidurnya. Sudah beberapa hari dia mengalami pening kepala dan rasa mual serta muntah-muntah.
Dan hari ini dia mencemarkan duli menjejakkan kaki ke hospital ini. Semuanya juga kerana paksaan dari orang tuanya.
Jika tak, memang takda maknanya dia nak menghidu bau ubat-ubatan di hospital ini. Naik loya menghidu bau ubat.
"ANGEL IMAN." Dia menoleh ketika mendengar nama itu dan terlihatlah seorang gadis yang bangun dari tempat duduknya.
Gadis itu hanya mengenakan floral dress berwarna kuning. Wajahnya sedikit tertutup oleh rambutnya yang panjang mengurai.
Lamunannya terhenti apabila namanya dipanggil untuk masuk melakukan CT scan. Entah untuk apa pun dia tak tahu.
Penjelasan doktor berkenaan dengan keputusan CT scannya tidak dapat didengar dengan jelas.
"Cu-cuba doktor ulang balik apa yang doktor cakapkan." Pintanya.
"Berdasarkan keputusan CT scan ini, kami mengesahkan bahawa Encik Ivan menghidap kanser otak tahap 2." Hanya senafas saja doktor itu memberitahunya.
Doktor Hakim tahu bahawa bukan mudah bagi seseorang yang muda seperti Ivan menerima kenyataan yang pahit itu.
"DOKTOR YAKIN KE YANG TU SAYA PUNYA CT SCAN?!" Tanpa sengaja suaranya naik seoktaf. Tertekan mungkin.
"Bertenang Encik Ivan." Ujar Doktor Hakim. Dia tahu bahawa dia perlu bijak mengawal keadaan. "Saya tahu bukan mudah untuk Encik Ivan menerima berita ini. Tapi pihak kami amat berharap agar Encik Ivan bertenang dan menerima berita ini dengan hati yang terbuka." Ivan sudah pun tersandar di kerusinya.
Berat baginya untuk menerima kenyataan ini. Mati di usia yang sangat muda. Begitu cepat Ivan Zachary mengalah.
"Disebabkan kanser Encik Ivan masih berada di tahap 2, masih ada kemungkinan untuk Encik Ivan sembuh." Kata-kata doktor itu bagai membawa sinar untuknya.
Melihat kebisuan Ivan, Doktor Hakim meneruskan bicaranya. "Rawatan chemotherapy dan radiotherapy boleh kita jalankan untuk membuang sel-sel kanser." Sinar pengharapan itu masih ada untuknya.
.
.
.
."Ivan. Macam mana? Apa yang doktor cakap?" Tanya mamanya apabila melihat anaknya pulang.
Ivan berusaha sehabis mungkin memaniskan senyumannya.
"Doktor cakap Ivan cuma letih dan kurang rehat je. Takda yang teruk pun." Tak sampai hatinya untuk memberitahu mamanya hal yang sebenarnya. Tak sanggup dia melihat kerisauan pada wajah tua mamanya itu.
"Papa mana ma?" Dia tukar topik. Dia takut nanti dia terlepas kata didepan mamanya.
"Huh! Jangan dicari orang tua tu. Sudah petang pun masih tak balik lagi dari memancing. Tua-tua pun masih lagi nak memancing. Entah menancing ikan atau memancing perempuan pun mama tak tau lah." Sakit hatinya mengenangkan suaminya masih belum pulang dari memancing sejak pagi tadi.
"Hahahahahahaha..Mama jangan cakap macam tu. Nanti kalau betul papa tu memancing perempuan lain, frust mama nanti." Dia pula galak mengusik mamanya. Terus dia terlupa seketika beban yang dipikulnya.
"Cubalah dia buat kalau nak kena dengan mama." Ujar Puan Salwa dengan geram.
"Yalah tu ma. Ivan masuk dalam dulu." Pamitnya seraya bangun dari tempat duduknya dan menapak ke dalam rumah meninggalkan mamanya yang asyik mengubah bunga di taman.
.
.
.
."ARGHHH!!!" Jeritnya sambil menumbuk cermin dinding bilik air. Darah yang mengalir pada buku limanya tidak dia hiraukan.
Hatinya galau mengingat tentang pertemuan dia dengan Doktor Hakim sebentar tadi. Meski pun ada peluang untuknya sembuh, namun dia tahu peluang untuk dia tidak dapat survive juga ada.
"Sial. Kalau macam ni buat apa aku hidup. Baik mati je." Gumamnya. Kemudian dia tertawa. Ketawa mengenangkan hidupnya yang malang itu.
Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor itu dipandang sepi olehnya.
"Kalau aku makan sekalipun ubat ni, ada beza ke? Tak enn..." Hanya ubat tahan sakit saja yang dia telan. 'Cukup la sekadar untuk tahan sakit di depan mama dan papa.' Desis hatinya.
Mata dia pejamkan. Ingin keluar dari kesesakan dunia sejenak. Ketukan di pintu menyadarkan dia kembali ke realiti."Ivan jom turun makan. Mama dah siap masak dah."
"Iyaa ma. Kejap lagi Ivan turun." Balasnya.
Kakinya dibawa menuju ke bilik air untuk mencuci mukanya yang sudah terlelap untuk beberapa seketika.
Kemudian dia mula menapak menuju ke meja makan..
.
.
.kalau hero dan heroin dua-dua sakit, ada ending ka juga nanti ni cerita?😏
anyways, stay young, stay happy and babai 😘
p/s: memohon aku sama kamu punya vote disitu😂
YOU ARE READING
MEMORY (C)
Romance"Sial. Kalau macam ni buat apa aku hidup. Baik mati je."- Ivan Zachary "Jadilah kuat untuk orang-orang yang tersayang."- Angel Imani "Kau ni biar betul, Ivan. Tu anak orang tu. Bukan anak patung. Masih ada mak bapak tu." - Adam Fakri "Sakit tu bukan...