Selesai saja makan malam, Angel terus berlalu ke biliknya. Di balkoni dia termenung memikirkan kata-kata sahabatnya petang tadi.
“Rahsia? Rahsia apa?” Tanya Geisha.
Angel hanya tersenyum pahit memandang kedua sahabatnya.Seketika kemudian, bersama air mata, dia menceritakan memori pahitnya kepada kedua sahabatnya. Meski malu dan pahit untuk dia ceritakan, Angel gagahkan jua hatinya.
Natasha yang mendengar lantas menarik Angel ke dalam pelukkannya.
Di sini, di tepi pantai ini, Angel luahkan segala sakit yang penat untuk dia simpan sendiri. Geisha menggenggam erat jemari Angel menyalurkan kekuatan. Jijik? Oh sudah tentu tidak. Malah dia sangat kagum dengan kekuatan sahabatnya itu.
“Kau tau kan, Angel? Kisah aku dan Natasha pun lebih kurang samanya dengan kau. Cuma bezanya kau diperlakukan seperti itu saat kau masih kecil jadi itu bukan salah kau. Tapi aku dan Tasha ni diperlakukan seperti di saat kami meningkat remaja. Kalau bukan kekuatan dari kau, aku rasa kau hanya melihat kubur kita orang saja saat ni.” Tutur Geisha perlahan.
Air matanya juga tidak dapat dia tahan. Dia menoleh ke arah Natasha yang juga sudah merah matanya sebelum menyambung katanya.
“Kalau lah betul dia sayangkan kau, dia akan terima kau seadanya. Kalau betul dia ikhlas, dia takkan persiakan kau. Cuma satu je. Kau perlu kuatkan diri untuk kau jujur dengan dia. Dan kalau kau takut bersendirian, aku dan Tasha akan temankan kau.” Angel hanya mampu menangis di bahu temannya.
“Cerita ni biarlah sampai sini saja. Cukup hanya korang yang tau.” Terbata-bata Angel mengeluarkan kata dalam tangisnya.
“Ceh, kau macam baru kenal kita orang semalam je. Kita orang tau lah. Cuma kau tu, ingat kena jujur.” Angel hanya anggukkan kepalanya.
Hari itu pantai itu menyaksikan tiga sahabat itu saling berpelukkan menyalurkan kekuatan antara satu sama lain. Cukuplah air mata untuk hari ini.
Angel menghela nafasnya. ‘Nanti-nantilah aku bagitau dia.’ Langkah kakinya diatur menuju ke katil. Bolehkah kalau nak rehat untuk selamanya? Penat sudah dengan dunia.
.
.
.
."Bro, sorry hari ni aku tak dapat hantar kau. Papa aku suruh balik rumah dia ada benda nak bincang.” Katanya saat panggilannya bersambung.
“Erm..Takpalah nantilah aku minta tolong dengan buah hati aku.”
“Ye ye je kau. Orang tu setuju pun tak lagi.”
“Yakin tu penting.” Ujarnya lalu menamatkan panggilan dari Adam.
Nombor contact Angel dicari dan didail. Tidak menunggu lama dia terus menyampaikan hajatnya.
“Hello, Angel, maaf ganggu. Saya nak minta tolong sikit boleh tak?” Sopan tu kena ada kalau nak ambil hati orang. Gituuu.
“Tolong apa tu?”
“Tolong hantar saya ke hospital boleh? Hari ni saya chemo. Adam ada hal sebab tu saya minta tolong awak.”
“Ohhh boleh je. Nanti awak send location rumah awak.” Kemudian talian pun diputuskan.
Tidak lama kemudian kereta Almera Angel memasuki halaman rumahnya. Setelah itu mereka sama-sama menuju ke hospital.
Rawatan chemotherapy kali sangat sakit dia rasakan tidak seperti rawatan-rawatan yang sebelumnya. Kini dia dan Angel sedang duduk di kantin hospital untuk mengisi perut bagi mengembalikan kekuatannya.
“Ehem, Angel awak dah fikirkan tak apa yang saya cakap hari tu?”
“Pasal apa ehh? Ohh pasal perabot kayu jati? Client saya suka dengan kualiti perabot tu so boleh lah nanti saya akan teruskan untuk purchase perabot tu.” Angel mengelak untuk menjawab.
“Angel saya tau awak nak mengelak.”
“Tak masalahnya sekarang ni awak dah sembuh ke? Belum kan? So?” Angel menaikkan keningnya.
“Orang tanya je.” Tanya pun tak boleh. Tanpa sedar Ivan memuncungkan bibirnya. Entah kenapa dia terasa ingin merajuk sekejap. Mengada betul. Angel yang melihat hanya tersenyum.
“Nantilah. Lepas tu saya ada something saya nak bagitau awak. Tapi saya harap awak bersedia secara mentallah ehh.” Tak jadi Ivan nak merajuk lebih lama tatkala mendengar kata-kata Angel. Hmm…Takpalah nanti dia bagitau juga aku nanti.
“Tapi sebelum tu saya nak tanya.”
“Tanya apa?”
“Awak suka saya tak?”
“Suka je. Kalau saya tak suka dah lama saya tinggalkan biar awak makan sorang-sorang kat sini. Dah lah makan sikit sangat. Membazir je lebih.” Mak aihh. Lain yang orang tanya lain yang dia jawab.
Ivan memutarkan bola matanya mendengar jawapan Angel.
“Takpa-takpa. Tak nak jawab ehh. Takpa. Saya punya sesi chemo tinggal 4 sesi je lagi. Bila habis je sesi rawatan saya, saya akan tanya balik. Masa tu saya cuma nak dengar perkataan yes je dari awak.” Ujar Ivan dalam geram.
Angel? Dia sengih je. Cute je pandang Ivan yang tengah merajuk sekarang ni. Erk??? Dah jatuh hati ke? Cepat sangat.
.
.
.
.kwn yg ada masa susah dan senang memang susah nak cari. so hargailah klau ada kwn yg mcm tu💐
-stay young, stay happy and babai uolls 😘-
YOU ARE READING
MEMORY (C)
Romance"Sial. Kalau macam ni buat apa aku hidup. Baik mati je."- Ivan Zachary "Jadilah kuat untuk orang-orang yang tersayang."- Angel Imani "Kau ni biar betul, Ivan. Tu anak orang tu. Bukan anak patung. Masih ada mak bapak tu." - Adam Fakri "Sakit tu bukan...