BAB 20

100 4 0
                                    

Sudah puas Puan Salwa mengetuk pintu anaknya namun tiada sahutan. Tangisan Daniel Imary pada subuh hari membangunkannya.

Dia kehairanan kerana tidak pernah Ivan membirakan anaknya menangis terlalu lama seperti itu. Tangisan Daniel Imary yang semakin menjadi-jadi membuatkannya bagun dari pembaringan.

“Ada tak kuncinya?” Tanya pada suaminya ketika sampai di hadapan pintu bilik anaknya.

“Ada. Kejap saya bukakan.” Ujarnya lalu memasukkan anak kunci ke dalam tombol pintu.
Ketika pun terbuka, Puan Salwa lantas berlari menerpa ke arah cucunya manakala suaminya mencari suis lampu. Setelah menenangkan cucunya, Puan salwa lantas menuju ke arah katil anaknya.

“Ivan.” Puan Salwa menggoncang lembut tubuh anaknya. Namun tiada jawapan daripada Ivan.

“Ivan bangun sayang.” Ujarnya lagi.

“Awak…” Terketar-ketar bibirnya memanggil suaminya. Encik Fahmi dengan segera bertindak pantas menelefon ambulan.

Tidak lama setelah itu kedengaran bunyi siren yang memenuhi Kawasan perumahan itu.

.
.
.
.


“Fahmi, macam mana keadaan Ivan?” Tanya Encik Faris ketika dia dan isterinya sampai di hospital.

“Keadaan dia sangat lemah dan kritikal sekarang ni. Doktor masukkan dia ke dalam wad ICU. Sel-sel kanser dia dah mula merebak semula sejak dia hentikan rawatan radiotherapy dia setengah jalan hari tu.” Encik Faris menghela nafas yang panjang ketika mendengar penjelasan daripada besan yang memerangkap sahabatnya itu.

“Salwa, rehatlah dulu. Daniel biar nanti saya tolong jagakan ya.” Pujuk Puan Hanna lalu kemudian mengambil cucunya dari dukungan Puan Salwa. Dapat dia lihat raut keletihan pada wajah tua itu.

“Kamu berdua baliklah dulu. Biar saya dan Hanna pula yang berjaga di sini. Segarkan diri dulu.” Tambah Encik Faris pula. Setelah itu pasangan suami isteri itu berlalu pergi.

“Kesiannya nasib cucu kita.” Ujar Encik Faris seraya mengusap pipi cucu tunggalnya.

“Tapi Daniel kuatkan sayang.” Ujar Puan Hanna seraya mengagah Daniel Imary.

Tidak lama kemudian Adam muncul dengan wajah yang cemas.

“Uncle, aunty.” Sapanya lantas bersalaman dengan mereka.

“Macam mana keadaan Ivan?” Encik Faris memberitahu apa yang disampaikan oleh Encik Fahmi padanya sebentar tadi. Terduduk Adam tatkala mendengarkan hal itu. Kau memang nak tinggalkan dunia ni kan Ivan? Desis hatinya.

“Uncle Fahmi dan Aunty Salwa mana?” Tanyanya pula.

“Uncle suruh mereka balik bersihkan diri dulu. Kesian dari subuh lagi mereka di sini.” Sahut Encik Faris. Adam hanya menganggukkan kepalanya tanda memahami.

.
.
.
.


Doktor hanya membenarkan seorang saja untuk masuk melawat pada satu-satu masa. Mereka memutuskan untuk menjaga Ivan dan Daniel Imary secara bergilir.

Keadaan Ivan yang terlantar sangatlah memeritkan untuk dilihat. Dengan wayar yang berselirat disegenap tubuhnya dan mask oksigen yang senantiasa melekap pada wajahnya membuatkan hati seorang ibu hancur melihatnya.

Minggu ini genap tiga minggu Ivan koma tidak sedarkan diri. Selama itu juga mereka tidak pernah putus datang melawat dan menjaga Ivan dengan harapan dia akan sedar.

“Bro, lama lagi ke kau tidur? Tak kesian ke kat Daniel tu cari kau. Panggil kau tiap hari.” Ujar Adam ketika dia melawat Ivan pada hari itu. Seketika dia melihat jari-jemari Ivan seakan bergerak.

“Kau kena kuat untuk kau sendiri, untuk Daniel.” Sambungnya lagi. Kali ini kelihatan mata Ivan terbuka separuh.

Melihat akan hal itu, Adam segera memanggil jururawat yang bertugas.

“Encik boleh keluar sebentar. Pihak kami ingin melakukan pemeriksaan lanjut.”Arah seorang daripada jururawat yang datang bersama dengan seorang doktor. Adam segera patuh.

Doktor itu segera melakukan pemeriksaan terhadap Ivan. Setelah berpuas hati dengan kondisi Ivan yang stabil itu, doktor itu mengukir senyuman. Namun begitu senyumannya mati apabila mesin EKG Ivan berbunyi nyaring dan menujukkan tekanan jantungnya yang turun mendadak.

Dengan pantas doktor itu segera melakukan tindakan kecemasan dengan defibrillator untuk mengembalikan detak jantung Ivan. Namun semuanya sia-sia apabila skrin monitor menunjukkan satu garisan lurus yang panjang.

Sementara di luar wad ahli keluarga Ivan sudah berkumpul apabila menerima khabar daripada Adam.

Pintu wad yang terbuka menarik perhatian semua yang ada disitu.

“Macam mana doktor? Anak saya dah sedar?” Tanpa basa-basi, Puan Salwa terus mengajukan pertanyaan.

“Kami mohon maaf puan. Kami tidak dapat selamatkan nyawa anak puan. Dia meninggal kerana cardiac arrest.” Jelas doktor yang bertugas.

Terasa gugur jantung tuanya mendengar penjelasan itu.

“Tak mungkin doktor. Baru je tadi saya tengok jari dia gerak-gerak dan mata dia pun celik.” Adam pula cuba menafikan kebenaran. Doktor muda itu hanya menepuk perlahan bahu Adam memberikan kekuatan.

Ruangan kecemasan itu seketika dipenuhi dengan ratap tangis daripada Puan Salwa. Suami yang menenangkannya juga turut mengalirkan air mata.

Pintu kecemasan terbuka dan kelihatan dua orang jururawat yang menyorong keluar katil yang pesakitnya sudah ditutupi mukanya mengunakan kain putih. Meraung kembali Puan Salwa tatkala melihat itu.

Tergetar-getar tangan tua itu menurunkan kain yang menutupi wajah itu. Terlihat jelas wajah anaknya yang pucat tidak bernyawa.

Adam yang di sisi Puan Salwa juga mengalirkan air matanya. Tidak diduga kawan sepermainannya akan pergi meninggalkan mereka buat selamanya. Kini tiada lagi gurauan senda daripadanya. Tiada lagi yang akan menjadi tempat dia berkongsi masalah.

“Kalau aku dah takda nanti, kau tolong jagakan mama, papa dan Imary untuk aku.” Pinta Ivan ketika mereka dalam perjalanan pulang daripada tanah perkuburan beberapa minggu yang lepas. Tidak disangka oleh Adam bahawa Ivan akan pergi secepat ini.

.
.
.
.

babai juga ivan🥲
😘

MEMORY (C)Where stories live. Discover now