BAB 16

61 5 0
                                    

“Weh beb, kau dah beli baju baby belum?” Tanya Natasha. Angel geleng kepala.

“Kalau kau tanya aku, memang aku belum beli baju baby. Yalah aku kan selalu ‘check in’ kat hospital. Mana ada masa.” Jawab Angel lalu menyedut jus epal di depannya.

“Wehhh, kau belum beli? Habis anak kau keluar nanti nak pakai apa? Takkan nak pakai baju kau kot.” Tersedak Angel mendengar ayat Geisha. Tak sanggup dia bayangkan kalau anaknya pakai bajunya. Kalau gegurl okay lagi tapi kalau boboy, errr…

“Bodoh la kau. Kalau korang tanya aku memanglah aku belum beli. Tapi kalau kau tanya mummy dan daddy…tu haa penuh satu almari diaorang beli. Itu baru mummy dengan daddy. Korang belum tengok lagi papa dan mama.”  Angel tersenyum tatkala mengingat telatah orang tua mereka. Excited sangat. Tapi tak hairan pun untuk anak aku juga bukan anak orang lain.

“Ceh! Cakap je la sudah ada.” Geisha menjulingkan matanya ke atas. Menyampah siaaa..

“Eh, hello. Korang tanya dah BELI. Bukan tanya dah ADA atau BELUM.” Sengaja ditekankan perkataan itu.

“Aku kan dah lama tak belasah anak orang. Karang tak pasal-pasal ada headline berita pasal ‘bini orang terberanak kerana dibelasah member sendiri.’ Kau jangan.” Natasha menjeling ke arah Angel yang tersengih-sengih di depannya.

“Ni apa kes kau ajak kita orang lepak kat sini ni?” Tanya Geisha setelah beberapa ketika mereka senyap.

“Takdalahh aku bosan je.” Yalah nak keluar pun malas rasanya tapi lepak rumah sorang-sorang pula bosan. Nasib baik ada balaci dia yang setia ni.

“Bosan? Dah tu apa ke bangangnya kau ni. Pergi la keluar jalan-jalan.”

“Alaaa aku malas la nak keluar.”

“Bodohnya la kau ni. Kau tau tak yang aku sekarang ni tengah kerja?” Geisha jegilkan matanya pada Angel. Kalau gaji aku kena potong siap kau.

“Elehh. Aku dah call Ivan dah tadi. Dia benarkan kau cuti setengah hari.” Nasib baik member tu isteri boss. Kalau tak, memang melayanglah gaji aku. Huhuhu..

“Kau pula Tasha, jangan nak bagi alasan kerja ya.” Dia beri amaran awal pada Natasha setelah dia melihat temannya itu ingin membuka mulut.

“Heii, kau ingat boss takda kerja ke? Banyak cantik muka kau. Tau la kau tu dah jadi penganggur.” Ingat jadi boss takda kerja ke? Banyak tau kerja tu. Nasib baik I ni cantik, adalah kurang sikit kerja tu. Ehh, apa kaitan?

“Aku nak tanya ni. Kenapa Ivan masuk kerja hari ni?” Setahunya Ivan tu belum lagi pulih. Kenapa gatal sangat nak masuk kerja.

“Ada problem sikit dengan projek baru tu. Adam tak dapat buat apa-apa sebab partner projek tu nak juga jumpa boss. So terpaksa la Ivan turun padang. Hari ni je.” Jelas Geisha.

Angel cuma angkat bahu mendengar kata-kata Geisha. Dia sebenarnya tahu tapi malas nak ambil tahu. Bolehkah macam tu?

.
.
.
.


Ivan yang sedang berbaring tu membuka matanya. Segera dia kalih ke sisi apabila merasakan seseorang yang melabuhkan duduk di birai katil. Hilang segala penat Lelah dan rasa sakitnya tatkala melihat wajah itu memenuhi ruang matanya.

“Hubby sakit ke?” Tangannya mengelus lembut kepala rambut-rambut yang masih tersisa di kepala suaminya. Selalunya jika ingin keluar, Ivan akan menggunakan cap.

“Taklah. Cuma penat je.” Dia bangun pula dari pembaringannya.

“Yalah tu. Cepat mandi sana. Lepas tu turun makan. Mama dan papa takda sebab pergi rumah kawan papa. Ada majlis kesyukuran.” Ujar Angel.

“Tak naklah. Hubby tak lapar plus takda selera.” Kepala dia gelengkan. Terasa sangat berat. Rasanya ingin tidur saja.

“Mana boleh ikutkan je rasa sakit tu. Macam mana nak sihat? Ke hubby dah bersedia nak tinggalkan Angel dan baby sendirian. Sampai hati kan?” Matanya sudah terasa panas. Perlahan-lahan air matanya turun.

Ivan mengangkat tangannya menghapuskan air mata itu. Sebak hatinya mendengar kata-kata itu. Siapa je yang nak sakit? Kalau boleh dia nak sangat sihat seperti orang lain. Tapi kalau takdir berkata yang lain dia nak buat macam mana? Satu keluhan dia lepaskan.

“Bukan macam tu tapi hubby memang takda selera sangat ni. Tapi nanti hubby teman sayang makan ya.” Ujarnya seraya menyelitkan anak rambut Angel ke telinganya.

“Fine. Kalau hubby tak nak makan, Angel pun tak nak makan. Biarlah sama-sama lapar.”

“Habis tu, nak biarkan baby pula lapar?”
Angel mengetap giginya.

“Okay-okay. Nanti hubby turun makan lepas mandi.” Surrender lagi. Tak kesian ke dekat aku ni? Dah la sakit tapi nak menang pun tak boleh. Nasib baik sayang kalau tak aku dah buang dah kat taman buaya.

Selesai makan malam, Ivan hanya terperuk di dalam bilik kerjanya. Kalau diikutkan memang dia sudah serahkan semua kerjanya pada Adam sementara menanti dia sihat sepenuhnya.

Tapi untuk projek yang satu ni terpaksa dia turun tangan. Haih laaa inilah yang terjadi bila bekerjasama dengan orang yang tak berapa nak betul soket kepala. Dah tua-tua pun tak reti bahasa. Tak faham ke orang tengah sakit?

Ivan angkat kepala tatkala pintu biliknya terbuka. Angel datang membawa air untuknya.

“Waaa busynyaaa.” Ujar Angel seraya meletakkan cawan di tepi meja kerja Ivan.

“Perli Nampak.” Balas Ivan. Kemudian dia bangun dari duduknya. Bahu Angel dia pegang dan dia dudukkan pada kerusinya. Kemudian dia melutut di hadapan Angel dan tangannya dia bawa pada perut isterinya yang semakin membesar.

I’m sorry.” Ucapnya. Sangat perlahan. Tangannya pula asyik mengusap perut isterinya.

For what?” Pelik Angel rasa.

For not being by your side when you needed me the most. For the times when I couldn’t stay by your side.” Ivan angkat mukanya ketika dia merasakan ada air yang menitis pada tangannya yang berada di perut Angel.

Sedih dia rasakan ketika dia mengenangkan bagaimana Angel terpaksa melalui kepayahan dalam fasa mengandungnya, menjaganya tatkala dia sakit.

You’ve done enough. More than enough and Angel bersyukur sebab you’ve always been there through my thicks and thin.” Ivan senyum ketika mendengarnya. Dapat dia rasakan keikhlasan dari kata-kata Angel.

“Jom tidur. Dah jauh malam ni.” Ivan menarik lembut tangan Angel sebelum memimpinnya ke bilik. Angel hanya mengikuti langkah kaki Ivan menuju ke bilik.

.
.
.
.

sikit 🤏 je lagi
😘

MEMORY (C)Where stories live. Discover now