BAB 17

77 5 0
                                    

Sedar tak sedar kandungan Angel sudah mencecah 9 bulan dan hanya menunggu hari untuk melahirkan.

"Weh beb, kau dah ada nama ke untuk baby kau?" Tanya Natasha ketika berada di ruang tamu saat minum petang.

"Belum ada nama penuh lagi tapi aku ada terfikirkan nama belakangnya." Ujar Angel seraya menyuap sepotong epal.

"Hah..apa namanya?" Tanya Geisha pula.

"Aku plan nak letak nama belakang dia Imary." Angel sudah tersenyum membayangkan dirinya memanggil anaknya dengan nama itu.

Menurut CT scan yang dilakukan beberapa bulan yang lepas, jantina anaknya adalah lelaki.

"Imary?"

"Yala gabungan nama aku dan laki aku la. Takkan nak letak nama korang pula. Kalau nak pergi la beranak sendiri."

"Budak ni kalau aku hempuk ni kang." Kecil besar saja Angel di mata Natasha tika itu. Angel dan Geisha hanya mentertawakan sahabat mereka itu. Tau la dah break dengan kekasih hati.

"Weh laki kau mana?" Tanya Geisha. Dari mereka sampai dia tak melihat kelibat Ivan.

"Dia ada sesi radiotherapy hari ni."

"Eh belum habis ke? Setahu aku kan dua tiga bulan je siap sudah." Ujar Natasha.

"Itu kalau kau buat secara berterusan la. Ivan tak nak. Katanya dia tak nak terlalu lemah nanti tak dapat nak jaga aku. Itu yang dia buat secara berkala tu." Terang Angel.

"Siapa yang hantar dia?"

"Adam kan ada. Biarlah dia jadi driver Ivan hari ni. Aku pun bukannya larat nak drive sekarang." Angel mengusap perutnya sambil tersenyum.

Seketika dia merasakan ada yang basah di celah pahanya. Dengan wajah yang berkerut dia memandang kedua temannya.

"Kau dah kenapa buat muka macam tu? Dah nak bersalin ke?" Natasha jadi gelisah dibuatnya.

"Aku rasa nak terberanak sudah ni. Bawa aku ke hospital." Terbata-bata Angel mengeluarkan ayat kerana menahan sakit.

"Okay-okay jom." Angel dipimpin masuk ke dalam kereta.

Kemudian Natasha memandu dengan kelajuan yang luar biasa membelah jalan raya. Tidak dihiraukan hon yang dia dapat daripada pemandu lain akibat melanggar lampu isyarat.

Setiap kali Angel mengerang kesakitan, setiap kali itu pedal minyak ditekan berkali-kali.

"Tasha, aku tak nak mati awal." Ujaran Geisha membuatkan Natasha melihat ke dashboardnya. 190km/j. Perlahan-lahan dia cuba mengurangkan kelajuannya.

.
.
.
.


Keadaan di ruang menunggu di hadapan labour room itu dipenuhi dengan keluarga Angel dan Ivan.

"Macam mana keadaan Angel mama?" Ivan yang baru saja menyelesaikan rawatannya tiba. Dengan patient gownnya yang tidak diganti.

"Angel masih di dalam." Balas papanya.

Seketika pintu kecemasan dibuka dan seorang doktor keluar.

"Boleh saya berjumpa dengan keluar yang terdekat?"

"Saya suaminya." Sahut Ivan. Tidak dihiraukan pandangan hairan doktor itu tatkala melihat dia menggunakan baju pesakit berkerusi roda.

"Begini encik, isteri encik mengalami komplikasi yang tidak memungkinkan dia bersalin secara normal. Pihak kami memerlukan persetujuan daripada pihak encik untuk melakukan pembedahan ke atas isteri encik." Terang doktor itu.

"Buat apa saja doktor asalkan isteri dan anak saya selamat." Putus Ivan.

"Baiklah nanti akan ada nurse berikan borang yang perlu encik Ivan sign." Ujar doktor itu lalu masuk kembali ke ruangan labour.

Penantian yang dirasakan begitu menyiksakan. Ketika pintu terbuka, Ivan mengharapkan bahawa ada berita yang dibawakan namun hampa apabila hanya para jururawat yang keluar mengambil berpek-pek darah untuk dibawa masuk.

Setelah hampir tiga jam menunggu, pintu terbuka dan seorang doktor menapak keluar. Seketika dia membuka masknya sebelum mulai berbicara.

"Tahniah isteri encik telah melahirkan seorang anak lelaki yang sempurna sifatnya." Ucapan doktor itu di sambut dengan penuh gembra dan syukur oleh semua yang ada.

"Isteri saya macam mana doktor?" Tanya Ivan. Suasana kembali senyap dengan pertanyaan Ivan.

"Kami minta maaf. Pihak kami sudah cuba sedaya upaya tapi kami gagal menyelamatkan isteri encik. Dia mengalami kehilangan banyak darah." Sayu suara doktor itu ketika menyampaikan berita duka itu.

Semua yang mendengar terdiam. Terpukul dengan apa yang didengar oleh mereka.
Seketika Ivan merasakan dunianya gelap dan tidak terlihat lagi wajah-wajah yang ada dihadapannya. Dia hanya sempat mendengar namanya dipanggil sebelum semuannya gelap.

.
.
.
.

goodbye angel🥲
😘

MEMORY (C)Where stories live. Discover now