“Kau yakin ke kau tak preggy?” Soal Geisha apabila dia menceritakan berkenaan haidnya. Di antara mereka betiga memang tiada apa yang diselindungkan. No secrets konon.
Angel yang mendengar terkedu. Tak pernah terlintas pula.
“Tak semua lah orang yang lambat haid tu mengandung. Dulu pernah je aku satu bulan tak datang.”
“Oii bongok. Itu dulu sebelum kau ada laki. Sekarang kau dah ada laki. Pengalaman kau tu dah tak relevan.” Cantas Natasha. Sesedap mi maggie dia bongokkan anak orang. Takpa bestie sendiri.
Kerana perbualan dia dengan temannya tadi pagi, dia memutuskan untuk membuat pregnancy test. 15 minit dia menunggu di dalam tandas namun masih tiada perubahan pada alat itu.
Seketika dia berputus asa. Okay last aku pandang kau. Matanya dia pejamkan mana tahu buka mata terus double line. Hehehe….Tak logik sungguh.
Satu.
Dua.
Tiga.
Dia buka mata dan… Tadaaa! Dua garis. Angel ukir senyuman. Rupanya ada penghuni di rahimnya.
Dengan sabar dia menantikan kepulangan Ivan untuk mengabarkan berita itu. Penantian memang menyeksakan ehh?
.
.
.
.“Tahniah. Puan Angel hamil. Hampir sebulan.” Ucapan tahniah dari doktor Wanita itu di sambut dengan ucapan syukur oleh Angel dan Ivan.
“Tapi..” Doktor itu menyambung bicaranya.
"Dengan keadaan kesihatan Puan Angel yang ada, pihak kami mencadangkan agar kandungan ini digugurkan.” Tersentak pasangan itu mendengarnya.
“Tapi kenapa doktor?” Soal Ivan.
“Selain daripada keadaan janin yang tidak berapa kuat, keadaan Puan Angel juga merupakan faktor utama. Puan Angel tidak mempunyai sel-sel darah yang mencukupi untuk menampung bayi dan dirinya sendiri. Pendek kata Puan Angel mengalami iron deficiency anemia. Sepanjang kehamilan Puan Angel akan mengalami gejala pening kepala, system immune yang rendah, keletihan dan sebagainya.” Terang doktor itu lagi. “Pendek kata Puan Angel akan mengalami sakit yang berkali ganda sepanjang kehamilan.” Tambahnya lagi.
“Tak boleh ke lakukan transfuse darah doktor?” Soal Ivan. Angel disebelahnya hanya mampu terdiam.
“Boleh tapi hal itu akan menganggu perkembangan bayi dan boleh menyebabkan berlaku pelbagai komplikasi nanti.” Jelas doktor itu. Terdiam pasangan dihadapannya ketika itu.
“Takpalah Encik Ivan berbincanglah suami isteri. Saya tau ini bukanlah satu keputusan yang mudah untuk encik berdua.” Kata doktor itu apabila melihat tiada balasan daripada pasangan di hadapannya itu.
.
.
.
.
Berita kehamilan Angel itu dikongsikan kepada kedua orang tua mereka. Apa lagi gembiralah orang-orang tua tu nak dapat cucu. Lepas tu dapat cicit pula ehh? Namun hal yang selebihnya dirahsiakan.“Ivan, saya tetap nak simpan anak ni.” Ujar Angel ketika mereka sedang bersendirian di kamar.
“Tapi sayang tau kan yang nyawa sayang juga terancam kalau kita teruskan.”
“Tapi awak sampai hati ke nak bagitau parents kita pasal ni? Awak nak hancurkan ke kegembiraan mereka? Kegembiraan saya?”
Ivan yang mendengar terasa berbagi hati. Sekeping hatinya sayang akan kandungan isterinya. Itu adalah anaknya, darahnya. Tapi sekeping lagi dia tak sanggup untuk menghadapi kehilangan Angel sekiranya iu berlaku nanti.
YOU ARE READING
MEMORY (C)
Romance"Sial. Kalau macam ni buat apa aku hidup. Baik mati je."- Ivan Zachary "Jadilah kuat untuk orang-orang yang tersayang."- Angel Imani "Kau ni biar betul, Ivan. Tu anak orang tu. Bukan anak patung. Masih ada mak bapak tu." - Adam Fakri "Sakit tu bukan...