BAB 6

49 6 0
                                    

Berbulan-bulan meluangkan masa bersama di tempat kerja mahu pun di hospital, menumbuhkan satu rasa yang aneh pada Ivan. Sehingga dia memutuskan untuk bertanya lansung kepada tuan punya badan.

“Angel, kita kawin jom.” Itu bukan pertanyaan namun sebuah pernyataan.

“Hah?” Terlepas sudu dari genggaman Angel. Siapa yang tak terkejut jika diajak kawin secara tiba-tiba.

“Awak jangan main-mainlah Ivan. Ingat ni macam main pondok-pondok masa kecil dulu-dulu ke?”

“Eh, mana ada saya main-main. Seriouslah ni.”

“Dah takda joke yang lain ke sampai awak buat lawak macam mi sekali?”

“Mana ada saya melawak. Awak ni.” Angel hanya diam.

“So?”

“So apanya?”

“Benda yang saya cakap tadi” Ivan tenung dalam-dalam anak mata Angel. Dengan muka pucat berlagak macho. Ivan terlihat cuba untuk pura-pura tenang sambil membetulkan beanie dikepalanya.

"Err.. saya tak boleh bagi jawapan sekarang.” Jawapan paling selamat yang Angel rasakan sekarang ini.

“It’s okay. Saya boleh bagi awak masa lagipun saya nak habiskan rawatan saya dulu sebelum saya uruskan majlis kita. Itupun kalau awak setuju nanti.” Ujar Ivan. Angel hanya memblas dengan senyuman yang kelihatan sumbang dimata Ivan.

.
.
.
.

Ivan termenung sendirian di balkoni biliknya. Masih terngiang-ngiang di telinganya tentang perbualannya bersama dengan Adam.

“Kau ni biar betul, Ivan. Tu anak orang tu. Bukan anak patung. Masih ada mak bapak tu.”

“Aku betullah. Tentang hal tu aku taulah. Lepas habis sesi chemo aku ni nanti aku terus nak lamar dia.” Adam hanya geleng kepala. Suka hati kau lah kawan asal kau bahagia.

“Berapa lagi sesi chemo kau?” Sakit-sakit pun nak kawin.

“Tinggal 9 sesi lagi. Means dalam 3 bulan lagi”

“Kau sure ke kau larat nanti? Bukan ke lepas chemo kau ada radiotherapy lagi?”

“Kalau dulu memang aku rasa nak menyerah je dalam takdir hidup aku. Kalau dulu aku mengaku aku memang rasa lebih baik mati dari hidup terseksa. Tapi lepas aku jumpa dia hati aku rasa yang aku perlu kuat. Aku dah jumpa sumber kekuatan hidup aku, Dam.” Ujar Ivan. Adam yang mendengar terkedu.

“Tentang radiotherapy tu aku tak cakap pun kat dia.”

“Gila. Apa salahnya kau jujur. Tak lari mana pun Angel kau tu.”

“Eh, biarlah sibuk je.”

.
.
.
.

Angin pantai yang bertiup itu sekali sekala mengusutkan rambut panjangnya.
Kata-kata Ivan sebentar tadi masih terngiang-ngiang di pendengarannya.

“Apahal kau ajak lepak. Tepi pantai pula tu.” Suara Geisha menyentakkan lamunannya.

“Eleh. Apasal tak nak? Kalau tak nak, balik la.”

“Bukan tak nak cuma kepelikkan aje. Kan Tasha?” Geisha menolak bahu Natasha yang melabuhkan duduk di sisinya.

“Saja je.”

Suasana kembali sunyi. Masing-masing menikmati aiskrim di meja yang disediakan.

“Kau ada masalah ke Angel? Aku tengok kau termenung je.” Natasha bersuara apabila melihat sahabatnya itu banyak termenung dari kebiasaannya. Satu hela nafas dilepaskan.

“Sebab tu aku ajak lepak ni.” Angel berusaha menceriakan suasana suram itu.

“Eh, jom main ombak.” Ujar Geisha lalu menarik tangan kedua sahabatnya.

Dengan bertelanjang kaki mereka bertiga menyusuri gigi air. Semakin lama mereka berjalan, semakin jauh mereka dari keramaian yang ada.

“Okay cuba cerita.” Suara Geisha memecah keheningan.

“Kau taukan Ivan?” Angel mula membuka ceritanya. Kedua temannya angguk kepala.
“Dia ajak aku kawin.”

“Dia what?”

“Hah?”

Angel hanya tersenyum melihat reaksi temannya. Kalau reaksi temannya begini bagaimana pula ibu bapanya.

“Jadi kau jawab apa?”

“Aku tak jawab apa pun. Dia cuma cakap nanti lepas rawatan dia habis kita bincang balik.”

“Kejap, rawatan? Dia sakit ke?”

“Ha’ah kanser otak tahap 2. Tapi dia boleh sembuh pun tak macam aku.”

Terdiam Geisha dan Natasha ketika mendengar berita itu. Mereka tau akan sakit yang dialami oleh teman mereka itu.

“Aku nak tanya kau. Kau suka dia tak?”

“Sukalah sikit. Sebab dia kiut-kiut hensem gitu.” Jawab Angel sambil tersenyum gatal.

“Amboi kau.” Ucap Natasha seraya menolak lembut bahu Angel.

“Tapi dia kan sakit. Kau sanggup ke? Aku bukan apa aku tak nak kau menyesal je.”

“Sakit tu bukan penghalang untuk bahagialah, Sha.” Ujar Natasha.

“Aku tau tu.”

“Heh! Korang ni aku belum bagi jawapan lah kat dia.” Sanggah Angel. Bicara temannya bagaikan dia sudah setuju dengan lamaran Ivan.

“Kau belum bagi jawapan sekali pun, secara tak lansung kau dah memberi harapan kat anak orang. Kau cakap apa tadi? Bincang lepas dia habis rawatankan? Tu bukan harapan ke tu?” Ujar Geisha. Angel hanya tersengih. Macam tu pun boleh ke?

“Kau fikir-fikirkan lah dalam masa yang dia sendiri bagi pada kau. Kalau kau tanya kita orang ni, kami setuju je apa pun keputusan kau.” Ujar Natasha dan dibalas anggukkan dari Geisha.

“Ada satu lagi yang menjadi batu penghalang aku. Yang menjadi kebimbangan aku untuk terima dia.” Ujar Angel.

“Pasal apa? Sakit kau tu ke?”

“Tak. Kalau sakit aku tu dia dah tau dah. Ada satu rahsia yang selama ni aku pendam sorang-sorang. Rahsia yang tak sorang pun tau.” Mendengar hal itu Geisha dan Natasha berpandangan sesama sendiri.

Kemudian wajah sayu Angel diperhati. Angel hanya membuang pandangan ke arah matahari yang kian menghilang di kaki laut.

.
.
.
.

okeyy, smpai sini dulu✌️tata

stay young, stay happy and babai 😘

MEMORY (C)Where stories live. Discover now