BAB 15

52 6 0
                                    

Jemari Ivan digenggam erat bagai tidak mau dilepaskan.

"Bangunlah hubby. Kesian kat Angel dan baby kita."

Tidak lama kemudian, Adam pula muncul.

"Hey, kau okay?"

Angel senyum seraya menjawab, "Aku okay."

Tiba-tiba dia merasakan jari-jari Ivan mula bergerak dan kening Ivan berkerut. "Ivan?" Panggilnya. Adam yang melihat segera bangun dan memanggil doktor.

Setelah melakukan pemeriksaan, doktor menyarankan agar Ivan segera melakukan rawatan susulan sekiranya dia ingin sembuh.

"Itulah kau degil sangat. Kalau aku jadi Angel dah lama aku kurung kau dalam bilik radiotherapy tu." Sedar-sedar dari pengsan, terus disembur oleh Adam. Ivan sengih dalam payah.

Tidak lama kemudian pintu wad terbuka dan wajah mama dan papanya muncul di ruang mata. Mummy dan daddy juga ada.

.
.
.
.

Sudah dua bulan Ivan menjalani rawatan radiotherapy. Dan sepanjang dua bulan itu juga dia dan Angel berulang alik ke hospital.

Selain daripada check-up kandungan, seorang tambah darah, yang seorang lagi jalani sesi radiotherapy. Atas paksaan orang tua, mereka kini tinggal bersama mama dan papa. Supaya ada orang yang menjaga dan memantau kata mereka.

"Hubby cepatlah siap. Nanti lambat."

"Yalah. Kejap." Sahut Ivan pula. Dia yang ingin bangun terbantut apabila merasakan pening kepalanya yang semakin menjadi-jadi. Rasa mual yang dia rasakan membuatkan dia memuntahkan segalanya di dalam tandas.

Pantulan dirinya yang semakin hari semakin gugur rambutnya dia lihat di cermin dengan satu senyuman yang pahit.

"Hey, Mr. Botak. Are you done?" Angel sudah tersembul di bilik mandi.

"Sampai hati."

"Takpa. Botak-botak pun Angel tetap sayang." Sengihnya. Tangannya segera menarik Ivan untuk keluar dari bilik mandi. Langkah kaki dibawa ke katil dan dia dudukkan Ivan di birai katil. Minyak angin dicapai dan disuakan pada Ivan.

"Nah. Hidu. Angel dengar hubby muntah tadi." Ujarnya.

"Thanks sayang." Hanya senyum yang Angel berikan.

Kemudian mereka turun untuk bersarapan walau takda selera pun nak makan sebelum ke hospital.

.
.
.
.

Riuh-rendah rumah keluarga Ivan pada malam itu dengan kehadiran Puan Hanna dan Encik Faris. Tidak ketinggalan juga Adam, Geisha dan Natasha.

Makan malam pada itu berlansung penuh dengan gurauan dan tawa.

"Wehhh beb. Kau letak situ pinggan tu. Kau letak sekarang. Nanti biar aku dengan Sha yang buat. Kau pergi duduk sana." Marah Natasha bila dia lihat Angel sudah bersedia untuk mencuci piring yang mereka gunakan.

"Entahnya. Kau pergi duduk sana. Syuh syuh..." Halau Geisha pula. Angel hanya tersenyum. Kemudian tanpa kata dia berlalu dari sinki dan duduk di meja.

"Orang kalau sakit tu buatlah cara sakit. Jangan nak menyibuk aje nak buat kerja." Perli Geisha sebelum dia berlalu menghantar pencuci mulut ke ruang tamu.

"Alaaa aku bukannya apa. Korang kan tetamu aku. Tak sepatutnya korang yang buat kerja." Ujar Angel sambil menyuapkan epal ke dalam mulutnya.

"Ohhh myy...Angel sebut kita tetamu lahh. Terharu i." Perli Natasha sambil tangannya lincah mencuci pinggan.

Angel hanya tayang giginya yang cantik tersusun.

"Sha, kau tau, Angel kata kita ni tetamu dia so tak patut buat kerja macam ni." Adu Natasha apabila Geisha menyertai mereka berdua di dapur. Perkataan tetamu dia tekankan.

"Wahhh. Kita tetamu? I baru tau. Ohh my heart." Geisha pura memegang jantungnya dengan nada sedih yang sengaja dibuat.

"Cehhh! Tetamulah sangat." Mata dia julingkan ke atas. "Dulu siap kata 'siapa cakap korang tetamu aku. Rumah aku pun kiranya rumah korang juga. Takda-takda. Korang hanya boleh balik lepas korang tolong aku cuci piring dan kemas rumah' " Geisha mengajuk ayat Angel suatu ketika dulu. Memang dia dan Natasha selalu di buli oleh Angel jika ada makan-makan di rumah Angel.

Angel hanya sengih. "Alaaa kisah lama tak payah la nak ungkit."

"Tak payah ungkit konon. Kau tu mengandung. Nanti aku dan Sha yang kena marah dengan mummy nanti kalau dia tau kau buat kerja." Ujar Natasha. Dia dan Geisha memang memanggil Puan Hanna dan Encik Faris dengan panggilan mummy dan daddy seperti Angel.

"Dia takkan tau kalau korang tak bocor mulut. Lagi satu banyak bergerak nanti boleh mudahkan proses bersalin tau." Ujar Angel sambil mengunyah sepotong lagi epal.

Geisha dan Natasha hanya mencebik. Selepas siap mencuci segala peralatan, mereka menyusul yang lain yang berada di ruang tamu.

.
.
.
.

😪

MEMORY (C)Where stories live. Discover now