BAB 3

54 6 0
                                    

Suasana yang ramai di restoran itu tidak menghalang tiga sekawan itu daripada melangkah masuk.

"Itu! Tu meja kosong!" Ujarnya kemudian berlari-lari anak ke arah meja kosong itu. Takut kena kebas punya pasal. Tidak dihiraukannya orang sekeliling yang memandang.

"Aduhhh! Malulah sikit Sha." Ujar Angel lalu menutup wajahnya dengan sling begnya manakala sahabatnya yang seorang pula hanya menggelengkan kepalanya.

"Kau nak makan apa?" Tanya Geisha.

"Kenapa? Kau nak belanja ke?" Ujar Angel sambil keningnya diangkat-angkat.

"Orang kalau dah tanya macam tu memang nak belanjalah tu kan?" Tambah Natasha pula.

"Cepatlah. Lambat order nanti bayar sendirilah ehh." Ugutan Geisha membuatkan keduanya mula membuat pesanan.

"So ada gosip latest tak?" Tanya Angel membuka bicara.

"Kau sabar jap. Tunggu makanan sampai nanti kita story-story ehh. Baru syok!" Ujar Geisha membuatkan Angel mencebikkan bibirnya.

Natasha pula hanya tersenyum sambil membalas mesej dari pujaan hatinya.

Tidak menunggu lama, makanan yang mereka pesan itu sampai. Tiga sekawan itu kemudiannya mula menyantap makanan yang dihidangkan.

"Eh, kau tau kan si Nurin tu?" Geisha mula membuka bicara. Tanpa sedar, kedudukan mereka bertiga semakin rapat.

"Yang dekat tempat kerja kau tu ke?"

"Ha'ah lahh dia tu. Korang tau kan dia punya perangai memang jenis yang nak menang je kan?" Kedua sahabatnya hanya mengangguk.

"Haritu, anak bos aku mula gantikan tempat papa dia. Kau tau punyalah gatal minah sewel tu boleh pula dia pergi goda si bos tu." Bersungguh betul Geisha bercerita.

"Ohh ehh. Cuba cerita macam mana?" Tanya Natasha sambil bibirnya sudah tersenyum senget.

"Haaa macam ni..." Tiga sekawan itu semakin merapatkan kedudukan mereka.

"Seriouslah dia buat macam tu?" Tanya Angel tak percaya. 'Berani betul' Desis hatinya.

Geisha hanya mengangguk kemudian dia menyambung semula ceritanya. Memang kena pecatlah si Nurin tu. Kacau bos lagi. Padan muka.

Di kejauhan malam, mereka saling berbagi cerita. Terkadang terdengar suara tawa yang bergema sehingga menarik perhatian orang yang sekitar itu.

Selepas puas berbagi cerita dan menghabiskan makanan, mereka kemudiannya menapak keluar dari restoran itu dan pulang menuju ke rumah masing-masing.

.
.
.
.

"Adam kau free tak malam ni?"

"Aku free je. Kenapa?"

"Aku nak jumpa kau. Ada hal aku nak bagitau kau."

"Okay jumpa kat tempat biasa." Kemudian panggilan dimatikan.

Sampai saja Ivan di restoran, dia melihat bahawa Adam telahpun duduk di penjuru restoran. Melihat kelibat Ivan, Adam terus angkat tangan melambai ke arahnya.

"Aku orderkan kau sekali jus oren." Ivan hanya mengiyakan.

"So apahal kau nak jumpa aku ni? Tak cukup ke jumpa kat office.Rindu ehh?" Sakat Adam.

"Ha'ah rindu. Kawin jom." Sahut Ivan membuatkan Adam rasa ingin hempuk kepalanya.

"Hoii aku masih normal lah bangang!"

"Dah tu yang kau tanya aku rindu kau tu dah kenapa? Mental dah?" Perli Ivan.

"Orang tanya je la bodoh." Sahut Adam kemudian mencebikkan bibirnya. "So cepatlah bagitau." Desaknya pula.

"Kau sabarlah kejap. Aku duduk kerusi ni pun tak panas lagi. Bagilah aku masa nak catch up nafas dululah gila." Ujar Ivan sambil menyedut jus orennya.

"Bagi masa konon. Sampai bila? Sampai bang Jamil mampus?"

"Ish! Yalah-yalah. Aku bagitau la ni." Dia jeda seketika. "Aku..."

"Aku, aku. Aku apa? Aku nak kawin?" Potong Adam.

"Aku....Ada kanser otak tahap 2." Perlahan saja nada suaranya. Adam yang mendengar pula terkedu.

"Wehhh! Kau jangan main-main." Ujar Adam.

"Kau ada nampak muka aku macam main-main ke sekarang ni?" Soal Ivan pula. Melihat akan kesungguhan yang terlakar di wajah Ivan membuatkan Adam terhenti berkata seketika. Otaknya masih memproses maklumat yang baru saja diterimanya.

"So aunty dan uncle tau tak pasal ni?" Adam bersuara selepas diam sejenak.

"Tak. Aku tak bagitau." Sahut Ivan sambil geleng kepala.

"Kenapa kau tak bagitau. Aunty dan uncle tu berhak untuk keadaan anak mereka kau tau tak?"

"Lepas tu apa? Biarkan je mereka risaukan aku? Biarkan je mereka sedihkan hidup aku yang dah tak lama ni? Orang lain mungkin mampu, Dam. Tapi aku tak. Sebab aku tak nak diaorang sedih walau sikit pun untuk aku." Perkataan yang keluar dari bibir Ivan itu membuatkan Adam tak jadi nak memarahi sahabatnya itu.

"So apa plan kau? Masih boleh dirawatkan sakit kau?" Adam menukar topik mereka.

"Kata doktor masih dengan cara chemotherapy dan radiotherapy."

"Okaylah tu. At least ada peluang untuk kau sembuh."

"Tapi kau kan macam mana kesan rawatan tu nanti?" Soal Ivan.

"Aku tau. Sebab tu aku nak tanya apa plan kau?"

"Aku cadang nak pindah rumah. Kau duduk dengan aku ehhh. At least bolehlah aku susahkan kau. Yalah manalah tau kan kot-kot ajal aku sampai dulu." Adam menumbuk bahu sahabatnya ketika mendengar hal itu.

"So kau dah jumpa dah rumah tu?"

"Dah. Semalam lepas balik dari hospital aku terus cari. Aku cari dekat kawasan yang berdekatan dengan hospital tapi jauh dari rumah parents aku."

"Apa kau nak bagitau aunty dan uncle nanti kalau kau nak pindah?"

"Nanti pandai-pandailah aku nak kelentong diaorang." Ujar Ivan sambil menyedut airnya.
"Bilalah kau mulakan rawatan kau tu?"

"Lagi sebulan dari sekarang. So adalah masa aku untuk pindah." Adam hanya menganggukkan kepalanya. "Eh, tapi freekan aku duduk dengan kau?" Tanya sambil tersengih.

"Kalau kau nak bayar sewa pun apa salahnya. Boleh juga aku dapat duit lebih." Jawab Ivan menyebabkan Adam memutarkan bola matanya.

.
.
.
.

otak i tepu sudah🥲 ingatkan banyak idea hari ni rupanya hmmm..

apa-apa pun stay young, stay happy and babai uolls😘

MEMORY (C)Where stories live. Discover now