Bab Tiga

321 37 1
                                    

Diora keluar berkemban tuala dari bilik mandi. Lega dan segar rasa tubuhnya. Hilang rasa penat dan letih. Tak sia-sia dia dan Seera keras hati untuk kekal duduk di dalam rumah itu. Hanya rumah yang diduduki mereka ada tub mandi di dalam bilik mandi. Kalau di rumah-rumah lain cuma ada pancuran air biasa sahaja yang dilengkapi dengan pemanas air.

Sempat la juga dia memanjakan diri berendam dalam tub mandi beberapa minit. Sengaja dia nak guna bath bomb terakhirnya. Kononnya meraikan kepenatan mental yang diguna untuk menjawab kuiz bagi subjek Puan Maria. Entah kenapa la dia kena ambil juga subjek Puan Maria itu. Malas dia fikirkan. Nanti elok daripada tenang jadi huru-hara pula kalau asyik difikirkan. Biarlah yang lepas, lepas.

Diora mencapai pakaian tidur dan sarungkan pada tubuhnya. Duduk di depan meja solek, dia tidak lupa memakai pelembap muka untuk memastikan kulit wajahnya terjaga. Maklumlah, kulitnya agak sensitif dan perlu dibelai serta dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Kalau tidak dijaga, habislah naik seketul dua ketul 'cik jerawat' di mukanya.

Tuala yang membalut tubuh tadi dah berpindah ke atas kepala membalut rambutnya yang basah. Dia mencapai botol air kosong di atas meja solek dan melangkah keluar dari kamarnya. Suara-suara dari televisyen menarik perhatiannya.

"Seera?"

"Eh, Diora. Kau dah balik? Bila balik?"

"Aku patut tanya soalan tu dekat kau. Bila kau balik?"

"Bila masa pula aku keluar?" Seera bingung.

"Kau ada dekat rumah je la dari aku keluar pergi kampus untuk jawab kuiz?"

"Haah."

"Mana telefon kau?"

"Tengah caj dalam bilik."

"Kau silent kan ya?"

"Rasanya. Kenapa?"

"Patutlah aku call kau tak berangkat."

"Kenapa?"

"Aku hilang kunci."

"Lagi?"

Diora tayang sengih. Seera bukan tak tahu sikap lalainya.

"Kenapa kau tak tekan loceng?"

"Ya Tuhan, aku lupa!" Diora tepuk dahi sendiri. Macam mana la dia boleh tak terfikir nak tekan loceng rumah. Kalau dia tekan loceng rumah tadi mesti Seera di dalam bilik dengar dan sedar dia di luar.

"Ish, kau ni Diora. Aku tutup lampu semua. Nak tinggalkan lampu dekat rak kasut tu terpasang pada mulanya. Tapi dah kelip-kelip macam disko, aku pun teruslah tutup. Sakit pula mata bila tengok terkelip-kelip."

"Patutlah. Aku ingat tak ada sesiapa kat rumah sebab bergelap gelita."

"Sorry."

"Tak apa. Aku pun salah sebab kunci bagi hilang. Esok aku kena buat laporan dekat polis bantuan la pasal kunci hilang."

"Muak polis bantuan menghadap muka kau. Asyik kunci hilang, muka kau. Asyik muka kau, kunci hilang."

"Janganlah bebel aku macam mak-mak."

"Benda dah besar panjang tapi careless mengalahkan budak tadi. Itu kalau badan boleh cabut-cabut, semua tinggal tepi. Tangan, kaki, hidung, mata."

"Okey, okey. Sabar, Cik Seera yang manis."

"Sabar lagi ni. Esok kau tukar lampu atas rak kasut tu."

"Baik, Cik Seera. Ingatkan aku la pasal beli mentol."

"Ya, aku dah letak dalam list barang. Incase nak keluar cari barang bila-bila, kita beli je la nanti. Sementara ni, malam pasang lampu dapur."

"Beres. Aku nak ke dapur kejap. Nak apa-apa tak?"

"Boleh juga. Tolong bawa ais segelas."

"Okey." Diora pergi ke dapur. Dia ingin isi air dalam botol kosongnya dan ambilkan ais segelas untuk Seera.

Dia kembali ke ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa bersebelahan Seera.

"Bila kau order pizza? Tak roger aku pun."

"Bukan aku order."

"Dah tu siapa order hantar dekat kau sampai 4 kotak piza ni?"

"Bukan kau ke yang order? Aku ingat kau order banyak sebab ada kupon promo."

"Mana ada aku order. Lagipun, kedai piza mana buka lagi lepas jam 11."

"Kedai piza yang kau order ni buka 24 jam, Diora."

"Mana kau tahu?"

"Oh, aku google tadi."

"Macam mana pula kau tahu aku yang order? Maksud aku, macam mana kau cakap aku yang order sedangkan aku tak order apa-apa dan aku tak tahu pun nama kedai piza ni. First time aku dengar."

"Ini, bukan ke nama kau?" Seera angkat kotak piza dan tayangkan depan mata Diora. Jelas tertulis nama Cik Diora pada stiker yang tertampal di kotak piza. Kebiasaannya memang begitu pun kalau order piza. Mesti kedai piza ambil nama sebagai maklumat pelanggan. Lagi-lagi kalau pesanan yang dibuat secara dalam talian atau panggilan.

Diora membelek tiga kotak piza yang lain. Jelas tertulis namanya pada stiker putih atas kotak piza. Yang berbeza pada stiker putih itu cuma jenis nama piza sahaja. Tapi keempat-empat piza ada kegemarannya iaitu nanas. Ekstra nanas pula tu. Memang kegemarannya!

"Piza ni sampai bila?"

"Masa kau dalam bilik tengah mandi tadi kot. Sebab aku terjaga pun sebab bunyi loceng. Buka-buka pintu terus disapa dengan kotak piza bertingkat." Diora mengangguk mendengar bicara Seera. Memang kalau dia masuk dalam bilik mandi, dah tak dengarlah bunyi loceng kalau ada yang tekan dari luar.

"Dah siap bayar?"

"Dah. Itu sebab aku terima je dengan hati yang terbuka kotak-kotak piza ni. Tak tanya banyak."

Diora mula berasa lapar mula mencapai sekeping piza sebelum disumbatkan ke dalam mulut. Soal siapa yang tempah piza-piza itu di bawah namanya ditolak ke tepi. Biarlah hari-hari esok dia fikir siapa yang 'baik hati' belanja dia piza ini semua. Penting sekarang ini, perut yang berkeroncong perlu terisi.

Hilang terus kononnya nak makan esok pagi dan mahu tidur. Jawabnya sampai pukul berapa la dia melepak makan piza depan televisyen bersama Seera. Lagi-lagi cerita yang ditayangkan di skrin televisyen sangat menarik untuk ditonton.

[Nantikan sambungannya pada hari Jumaat minggu hadapan]

Thanks for the supports, votes, comments and loves. 💋

DioraWhere stories live. Discover now