Hujung belakang pensel digigit-gigit. Dahi si gadis berlipat berkerut seolah sedang memikirkan masalah dunia. Lensa mata cantik masih melekat pada kertas di atas meja belajar. Yang ada cuma soalan tanpa jawapan.
Diora pandang ke hadapan. Tutornya tiada. Jejaka kacak itu sedang sibuk menukang di bawah. Sementara menukang di dapur, dia diberi set latihan untuk disiapkan.
"Susah ke?"
Kus semangat Diora bila dia disapa secara tiba-tiba dari sebelah kiri. Kepalanya ditoleh dan disapa dengan dua wajah yang sedang menyengih tak bersalah. "Rory. Maxim."
"Hai, Diora." Mereka menyapanya serentak.
"Meh sini aku tengok soalannya." Maxim mengambil tempat duduk berhadapannya. Rory pun turut bersila di sebelah Maxim.
Maxim menilik soalan di kertas sambil mengusap-ngusap dagu yang tidak berjanggut. Gayanya macam reti sangat. Diora juga turut berharap yang teman Osiris itu boleh bantunya.
"Biar kosong je la Diora. Cikgu sekolah aku cakap, kalau tak reti, jangan buat-buat reti. Biar jujur tak reti." Itu jawapan Maxim menolak semula kertas latihan ke arahnya semula.
"Kau bukan tak reti, kau tak tahu." Kata Rory.
"Hah, itu betul. Aku kan bidangnya lain. Matematik dengan aku, tak kamceng. Musuh besar."
Ehem! Ehem!
Tiga kepala menoleh ke arah orang yang berdehem. Diora mengatup mulutnya dengan tangan. Tak percaya melihat Osiris, lelaki sasa kacak itu sedang berapron dan memegang senduk di tangan. Comel dan melucukan.
"Uish gaya macam abah-abah la kau, Osiris." Rory bangun menepuk-nepuk bahu Osiris.
"Korang berdua buat apa dekat sini? Tak ada kerja ke?"
"Tak ada."
"Mana yang lain?" Soal Osiris bertanyakan Drazhan dan Khaos.
"Tak tahu. Mungkin kelas, mungkin merayap. Tak pun ada dalam bilik tengah gaming." Jawab Maxim yang masih duduk bersila di depan Diora.
"Dah, jangan kacau Diora. Aku bagi latihan nak dia buat bagi siap. Macam mana korang boleh ada dekat sini? Aku dah cakap awal-awalkan yang malam ni ada kelas dekat group."
"Aku ikut Rory je. Kau macam tak biasa. Dia kan suka usik kau."
"Dah, dah. Pergi turun ke masuk bilik ke. Buat la apa-apa, as long, tak di sini. Bagi Diora ruang buat latihan dia. Dia kena siapkan sebelum habis masa sesi."
Tawa Diora yang ditahan terhambur juga dek melihat tangan sebelah Osiris sudah singgah di pinggang, bergaya cekak pinggang. Hatinya digeletek.
"Diora."
"Kejap, kejap. Bagi aku habis gelak."
"Diora." Tangan yang memegang senduk pun dah singgah pinggang. "Comel." Tanpa sedar isi hatinya terluah.
"Rory, Maxim. Move." Seperti faham situasi, dua lelaki tadi mula bergerak meninggalkan Diora dan Osiris berduan.
"Tak mula lagi, Diora?"
Diora tayang sengih menggeleng kepala.
"Kejap, bagi aku 5 minit."
Seperti yang dijanjikan, 5 minit kemudian, Osiris muncul semula tanpa apron dan senduk.
"Alaa, mana attire tadi." Diora mengusik.
"Aku tahu aku hensem, Diora."
"Masuk bakul angkat sendiri nampak."
"Kena la angkat sendiri sebab tahu kau tak akan angkatkan."
"Kuasa la aku nak angkat."
Osiris mengambil tempat duduk di sebelahnya. Pensel yang ada padanya sudah bertukar tangan. "Fokus sini, bukan muka aku, Diora." Jari diketuk-ketuk pada kertas di atas meja.
"Ya, ya. Aku pandang kertas la ni. Bila masanya aku pandang kau?"
"Diora."
"Apa?"
"See, kau tengok aku kan?"
Pap! Mendarat telapak tangan Diora di belakang tubuh Osiris.
"Sakit kan?"
"Tak. Sedap, sayang "
"Osiris. Kertas."
"Tapi cantik manis lagi orang depan aku ni, macam mana ya?"
"Ha ha ha. Cepatlah, aku lapar ni."
"Alolo, kesiansayang kita lapar. Okey. Fokus sini. Cepat kita buat, cepat sayang kita isi perut dan kenyang."
Diora juling mata menyampah. Dia mengambil pensel lain kerana penselnya tadi pada Osiris. Osiris yang tadinya nakal mengusik mula serius mengajarnya. Satu demi satu penerangan disampaikan dengan terang dan jelas didengarnya. Mana-mana tips dan info yang berguna dicatatnya dalam buku nota sebagai rujukan masa akan datang.
"Hah, bagus. Macam tu caranya. Faham kan?"
"Faham, faham. Terima kasih, Osiris." Ucap Diora ikhlas dengan senyuman di bibir. Berasa senang dengan dirinya yang berjaya membuat beberapa soalan dengan bantuan daripada tutornya. Ada juga daripada itu dibuatnya sendiri tapi dalam pantauan Osiris.
"Kau siapkan lagi lima soalan ni sementara aku turun kejap siapkan hidangan. Boleh?"
"Boleh."
"Good girl. Nanti aku naik balik, panggil kau turun makan."
"Okey."
Osiris bangun dari duduk dan turun ke ruang bawah bagi menyiapkan hidangan untuk dijamu. Beberapa minit kemudian, Osiris muncul semula. "Siap dah, Diora?"
"Dah."
"Jom turun makan dulu."
"Kau tak nak semak dulu latihannya?"
"Jom. Yang tu kemudian-kemudian. Walaupun, aku senang nak tengok riak garang comel rimau kau, aku tak nak kau lapar. Jom." Tangan Diora dipimpin menuruni tangga dan berjalan ke meja makan.
[Nantikan sambungannya pada hari Jumaat minggu hadapan]
Aisy minta maaf sebab entry malam ni terlalu pendek. Aisy sempat update ni je for tonight and insya Allah, as ganti balik, Aisy akan update 2 bab for next week. Okie. Sorry and thanks.
HAPPY READING!
I'm not sure if story ni masih valid diterima pembaca ke tak. But, I hope there is certain reader that will love this kinda story. If ada apa-apa komen untuk membetulkan dan menambah baikkan lagi penulisan aisy, please jangan segan-segan untuk tinggalkan komen di bawah. Aisy harap semua senang dan santai dengan story seperti Diora.
Thank you so much!
Thanks for the supports, votes, comments and loves. 💋
I hope you guys will love it. Dan, maaf kalau ada mana2 yang kurang.
Maaf juga sebab lambat update dari masa yang selalunya. I'm really sorry 🙏 But, please don't worry. Insya Allah, memang Aisy akan update on Friday, cuma lambat atau tepat jam 9. Thank you for understanding. :)
YOU ARE READING
Diora
RomanceDiora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sah...