Tanpa sedar tingkah Diora diperhati Seera. Bibir Seera tersenyum apabila melihat riak yang bermain di wajah temannya. Sekejap-sekejap berubah. Risau, marah, geram, suka. Semuanya ada. Mata pula tak lari dari memerhati pergerakan seseorang itu. Apabila tubuh bidang sasa itu meluncur ke kiri padang ais, begitu juga kornea mata Diora mengikut sama. Begitu juga sebaliknya bila mana Osiris menggenggam kemas kayu hoki mengheret buah hoki ke arah gol pihak lawan.
"Woi, apa main kasar! Apa referee tengok je ke? Buta ke?!"
Seera tidak dapat menahan tawanya.
Diora yang berdiri kembali duduk. Dia pandang sekilas ke arah Seera. Rasa malu dicampak jauh-jauh. Macam mana entah dia boleh terbawa emosi. Ini yang dia lemah kalau dibawa menonton perlawanan sukan terutama sekali perlawanan sukan hoki ais.
"Marah betul kau ya?"
"Bukan aku seorang je, kau tengok penonton lain. Dorang pun marah referee yang buta tu." Diora menuding jari ke arah penonton lain yang tak kurang geram dengan referee.
Seera melihat ke arah penonton lain. Memang ada yang marah dengan referee tapi tak banyak dan tak selantang Diora.
"Apa pandang-pandang? Kau nak cakap apa?"
"Aku tak cakap apa-apa pun."
"Eh, bodoh ke!" Diora kembali berdiri menepuk cermin yang menjadi pendinding di antara pemain di padang ais dengan penonton di tempat duduk.
Osiris di sebalik helmetnya tersenyum sinis. Gembira melihat reaksi Diora yang agak comel bila marah. Sebagai ganti untuk memuaskan hati gadisnya, dia mengejar pemain lawan yang menarik perhatian Diora dan merempuhnya ke dinding pengadang.
Buk!
Referee datang meniup wisel dan memberi amaran kepadanya dengan isyarat tangan. Dia buat tidak tahu dan kembali menyambung permainannya.
Ada baki lagi beberapa minit sahaja untuk permainan mereka tamat. Pasukan Osiris berjaya mengumpul 3 mata lebih daripada pasukan lawan. Nampaknya ada berita gembira untuk pasukan mereka malam ini. Walaupun, mereka sedang di hadapan kerana skor yang tinggi, ini tidak bermakna pihak lawan tak boleh mencantas dan mendahului skor mereka. Justeru itu, dia perlu pastikan pasukannya masih fokus pada perlawanan yang berlangsung dan pastikan pihak lawan tidak mengambil kesempatan mencantas kedudukan mereka.
Dia nampak buah hoki yang lalu di hadapannya terus mengejar. Osiris ingin mengambil peluang untuk menjaringkan gol. Tanpa dia sedar, ada dua pemain dari pasukan lawan sedang mengekorinya rapat dari belakang. Dia cuba sehabis baik untuk melarikan diri dari terus dikejar. Ahli pasukannya juga ada yang cuba melindunginya namun apabila pemain lawan menolak Drazhan, langkahnya jadi terganggu kerana berlanggar. Baru dia ingin menyambung langkahnya semula, datang dua pemain tadi merempuhnya kasar di dinding pengadang.
Prit! Bunyi wisel dan jaringan gol berbunyi serentak. Dia bernasib baik kerana buah hoki berjaya dihantar kepada Maxim.
Dari sebalik helmetnya dia nampak teman-temannya sedang meluncur ke arahnya. Dua pemain pasukan lawan yang menghimpitnya tadi ditarik kasar oleh Rory dan Drazhan ke tepi. Maxim datang meluncur ke arahnya dan menghulurkan tangan. Dia menyambut dan bangkit dari duduknya.
"Kau okey?"
"Okey, tak okey." Osiris menayang sengih menunjuk darah yang ada di jarinya sebaik menyentuh dahinya yang terasa pedih.
"Kita menang malam ni."
"Wohoo!" Pasukan Osiris bersorak. Begitu juga dengan sorakan dari penonton yang menyokong pasukan mereka.
YOU ARE READING
Diora
RomanceDiora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sah...