Bab Lima

313 46 3
                                    

Seera yang ingin keluar dari kotak lif tidak jadi melangkah. Tubuhnya dihalang Diora. "Kau ni dah kenapa, D?"

"Seera, tu bukan ke rumah kita?" soal Diora meminta kepastian. Dia takut matanya yang salah. Tapi besar firasatnya mengatakan dia tidak salah. Keberadaan rumah mereka bukanlah jauh mana dari kedudukan lif.

"Haah, betul la tu rumah kita. Kau dah kenapa, Diora? Tak akan rumah sendiri pun dah tak ingat?"

"Bukan aku tak ingat. Tapi, kau nampak tak apa yang aku nampak ni?"

"Apa yang kau nampak?" Seera masih tidak faham apa yang cuba ingin disampaikan oleh teman serumahnya itu.

"Tu, rumah kita bogel!"

"Bogel? Siapa bogel?" Seera yang memang rabun dan malas memakai cermin mata cuba mengecilkan mata mencari arah yang ditunding oleh Diora.

"Itu la kau. Dah rabun tapi berlagak konon tak nak pakai cermin mata, kan dah buta. Rabun buat cara rabun. Aku suruh beli mata, kau tak nak. Bagi alasan leceh la apa la." Setepek Diora bagi kepada Seera.

"Ish, kau ni bebel ke aku pula. Jom. Aku dah penat ni, nak cari katil, nak golek-golek." Seera keluar juga dari kotak lif membiarkan Diora sendiri di belakang.

"Amboi kau. Dekat dalam mall tadi tak ada pula ingat katil ke, bantal ke. Ini dah sampai Dahlia, barulah ingat semuanya. Acah ya kau." Diora mencuit geram bahu teman serumahnya otu.

Sampai sahaja di depan rumah mereka, Seera dan Diora saling berpandangan sebelum membawa kornea mata ke hadapan semula. Pintu kayu rumah yang berwarna coklat selalu menjadi sajian mata mereka kini lesap entah ke mana. Yang tinggal kini cuma dinding bingkai pintu. "Diora, mana pintu kita?"

"Kau tanya aku, macamlah aku tahu. Patutnya soalan tu, aku yang tanya dekat kau. Kau kan yang terakhir keluar rumah."

"Eh, sebelum aku ambil kau dekat fakulti, pintu rumah ni ada lagi tau."

"Dah tu, tak akan dia ada kaki berjalan sendiri."

"Amboi, ayat kau macam mak-mak sangat."

"Dah tu?"

"Kau ada nampak pintu rumah kita dalam bonet kereta kita ke tadi? Tak ada kan? Kosongkan?"

"Mana la tahu kau lipat-lipatkan dia dan selit tepi mana-mana."

Seera pandang Diora macam nak telan hidup-hidup. Diora tayang sengih tak bersalah. "Memang pintu rumah kita tu tikar mengkuang boleh lipat 20."

"Hahaha. Marah nampak, kak." Diora masih lagi ingin mengusik Seera.

"Okey la, okey. Kali ini, aku serius. Mana pintu rumah kita? Tak akan rumah kita kena rompak? Melampau benar perompak angkut sekali dengan pintu-pintu."

"Weh! Kau jangan! Aku dah la main tinggal gitu je iPad dengan laptop aku atas island table sebelum keluar tadi."

"Hah!"

"Mak kau hilang pintu terbang!" Seera melatah kerana terkejut disergah tiba-tiba.

"Khaos!" Beg-beg kertas yang dipegang di tangan dicampak ke tepi. Tangannya memukul geram tubuh Khaos. Habis melekat tamparan Jepun di belakang tubuh jejaka itu.

Khaos mengaduh sakit. "Sakitlah, siot!"

"Kau yang meminta ya." Seera jeling tajam ke arah Khaos.

"Khaos? Kau buat apa di sini?"

"Oh. Hai, Diora." Hilang rasa sakit Khaos digantikan dengan senyuman paling kacak menyapa Diora. Seera di sebelah Diora dijeling tanda masih berdendam dia dengan tepukan 'manja' yang singgah di tubuhnya. Pasti berbirat.

DioraWhere stories live. Discover now