"Semua dah sampai?" tanya Madam Maria kepada semua pelajarnya yang berada di dalam dewan kuliah.
"Dah, madam." Jawab kesemua 87 pelajar serentak.
"Okey kalau macam tu, buku atau nota yang ada di atas meja sila masukkan ke dalam beg masing-masing. Hanya keluarkan alat tulis sahaja dan kalkulator."
"Kenapa, madam?" tanya salah seorang pelajar.
"Hari ini saya nak bagi awak semua kuiz."
"Huh?!" bukan pelajar tadi sahaja yang terkejut. Malah semua yang ada di dalam dewan kuliah pakat terkejut dengan apa yang barusan keluar dari mulut Madam Maria. Lebih-lebih lagi Diora.
Osiris yang mengambil tempat duduk belakang sekali mula meliar mencari gadisnya. Apabila orang yang dicari ditemukan, Osiris dilanda sedikit rasa risau. Memanglah kelas tambahan mereka setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat masih berlangsung seperti biasa tapi dia masih risau. Risau kalau-kalau Diora tidak bersedia. Namun, dia percayakan gadisnya yang memang jelas menunjukkan prestasi baik dalam latihan yang mereka lakukan bersama semasa dalam sesi kelas.
Dia mengerling ke arah telefon pintarnya yang duduk di atas meja. Tiada notifikasi atau mesej Whatsapp daripada Diora. Nampaknya, gadisnya benar-benar masih lagi terkejut dan seperti tidak percaya.
"Agihkan kertas-kertas ni kepada semua. Pastikan semua dapat, sampai belakang."
Pelajar di hadapan mula mengagih kertas soalan kuiz kepada rakan-rakan kuliah yang duduk di belakang. Yang duduk di kiri juga tak kurang mengagih ke rakan-rakan kuliah yang duduk di kanan.
Diora memandang kosong kertas soalan kuiz yang berada di atas mejanya. Pensel mekanikal di tangan digigit-gigitnya menunjukkan rasa gelisah, tidak senang. Dia yang baru nak selak kertas, tidak jadi kerana suara Madam Maria.
"Hah. Kertas soalannya jangan dibuka lagi. Saya belum bagi kebenaran."
Madam Maria menyambung lagi, "Semua dah dapat kertas soalannya? Ada lagi sesiapa yang masih belum dapat? Kalau tak cukup, dekat depan atas meja saya ni ada lagi."
"Cukup, madam. Kami di belakang ni, semua dah dapat." Maklum salah seorang rakan kuliah yang duduk di belakang sekali sebaris dengan Osiris.
"Okey, kalau semua dah dapat, bagus. Okey, jam saya sekarang pukul 11.30. saya bagi awak semua masa dalam 1 jam setengah untuk jawab kesemua soalan. Okey?"
"Okey, tak okey. Soalan kuiz dah madam buat. Kami kena la jawab. Ya, tidak madam." Ujar pelajar yang bertanya tadi dengan nada bergurau. Madam Maria senyum, sudah terbiasa. Maklumlah, ini bukan kali pertamanya bergelar pensyarah kepada mahasiswa universiti.
"Betul apa kata si Jaman ni. Jadi, saya harap semua dapat jawab dengan baik. Sebab apa yang keluar dalam kuiz, semuanya yang dah saya ajarkan. Cuma atas awak sahaja, sama ada study atau buat latih tubi tidak. Okey, saya tak nak ambil masa awak semua lagi, mari kita mulakan sesi kuiz kita."
Semua pelajar termasuk Diora mula menyelak helaian kertas pertama.
Satu jam sudah pun berlalu. Mereka masih ada baki masa 30 minit untuk menjawab kuiz Madam Maria. Diora menoleh ke kiri dan kanannya. Rakan-rakan kuliahnya pada mula meninggalkan dewan kuliah kerana telah berjaya selesaikan soalan-soalan kuiz. Daripada 87 pelajar, rasanya sekarang yang tinggal cuma lebih kurang 30 ke 25 pelajar, agak Diora sahaja.
Diora masih berada di soalan nombor 15 dan dia ada lagi baki 5 soalan yang masih belum berjawab. Diora tak rasa soalan-soalan Madam Maria susah tapi tak juga senang. Kira kalau nak bagi rate, dia rasa soalannya campur-campur susah dan senang. Tapi, melihat pada gaya-gaya rakan kuliahnya meninggalkan kelas, dia agak soalannya senang cuma dekat dia sahajalah susah. Maklumlah, dia bukanlah seorang pelajar yang cerdik sangat pun.
YOU ARE READING
Diora
RomanceDiora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sah...