Sampai di Basileia, Osiris memanjat tangga menuju ke aras satu di mana bilik Drazhan berada. Daun pintu tersebut diketuk dari luar. Beberapa saat kemudian, muncul tuan empunya bilik di depan pintu dengan gaya yang tidak semenggah. Temannya itu tidak berbaju hanya berseluar pendek paras lutut. Rambut pula mengalahkan sarang burung, tidak bersikat rupa orang tak mandi sebulan. Osiris mampu menggeleng kepala sahaja melihat gaya Drazhan. Tapi malas dia nak isu kan hal itu. Tanpa mahu membuang masanya, Osiris menyerahkan beg kertas kepada temannya.
"Apa benda ni?" soal Drazhan, keliru. Dia pandang Osiris dengan beg kertas tersebut bersilih ganti.
"Kau lupa atau kau hilang ingatan?"
"Tak. Serius, apa benda tu?" Drazhan tidak ambil hati pun dengan nada sarkastik Osiris. Sudah lali dan terbiasa.
"Barang-barang yang kau pesan dekat Diora."
"Ooh, okey." Drazhan baru teringatkan perkara itu.
"Eh, kau nak ke mana?" tanya Osiris apabila Drazhan masuk semula ke dalam bilik. Dia menghalang temannya itu daripada menutup pintu bilik dengan kakinya.
"Tu, semua barang kau."
"Huh? Bukanlah. Diora cakap ini barang-barang kau."
"Bukan barang-barang aku. Barang kau. Tapi memang ya, aku yang pesan dia tolong belikan."
Osiris cuba mencerna apa yang baru diperkatakan Drazhan. Dia faham tapi kurang jelas dan kepastian. Kerana apa yang dia tahu, Diora kata barang-barang ini barang dipesan Drazhan. Jadi sepatutnya barang ini, barang Drazhan la bukan barangnya. Macam mana boleh pula jadi barangnya?
"Barang kau, Osiris."
"Barang aku?"
"Kau ingat tak beberapa hari lepas, kau ada pesan dekat aku tolong belikan toileteries kau?"
"Ada."
"Hah, tu la barangnya semua dalam beg kertas tu. Aku minta tolong Diora." Drazhan garu kepala melihat Osiris yang masih bingung-bingung. "Aku dengar Seera nak keluar dengan Diora pergi mall. Jadi, alang-alang tu, aku minta la tolong daripada Diora belikan barang kau."
"Kenapa Diora?" itu yang Osiris tak faham. Kenapa Drazhan tak maklumkan sendiri yang barang-barang dipesannya tempoh hari tidak dapat dibelikan? Kalau dia tahu, dia boleh beli sendiri. Tak adalah susah-susahkan Diora.
"Aku tak sempat nak keluar dari hari kau pesan tu. Bukan lupa." Drazhan maklum lagi. "Kau pun malas nak beli sendiri kan? Itu yang kau minta tolong aku. Aku bukan tak nak tolong tapi dari hari tu, aku tak sempat keluar nak tolong belikan. Percayalah cakap aku."
"Eh, aku pula yang kena. Aku bukan malas. Aku cuma minta kau tolong sebab masa tu, kau sendiri yang tanya, ada sesiapa nak pesan tolong belikan apa-apa tak, sebab kau sendiri nak beli barang kau. Aku cuma menumpang beberapa barang."
"Drazhan."
"Ish, kau ni tak rileks la. Ya, ya. Bagi sinilah semua barang tu. Biar aku simpan dan guna. Susah-susah Diora dah tolong belikan ada pula orang tu tak sudi. Bukannya nak berterima kasih. Nanti aku cakap dekat Diora yang kau tak suka dia-"
"Siapa cakap aku nak bagi dekat kau. Ini barang aku kan."
Drazhan sembunyi senyum. Senang sahaja nak hasut Osiris ni. Sebut sahaja nama Diora mesti mengalah punya. Semua orang di Basileai tahu tentang hakikat nan satu itu.
"Terima kasih." Ucap Osiris walaupun terima kasih itu sepatutnya dikatakan kepada Diora dan bukannya Drazhan. Drazhan ni cuma sekadar orang tengah a.k.a posmen tak berbayar.
"Jangan risau. Yang bayar semua barang kau tadi Seera."
"Kalau tahu, bagus."
"Cukup tak barangnya?" tanya Drazhan sekadar ingin tahu.
YOU ARE READING
Diora
RomanceDiora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sah...