Bab Sembilan

238 35 0
                                    

"Diora."

Gadis itu membisu.

Osiris sedang menyusun kata.

"Kadang-kadang, benda yang kita rasa susah, memang akan susah. Tapi tak mustahilkan benda yang susah itu boleh bertukar jadi senang dengan kehendak kita sendiri?"

Diora berdiam diri. Tak mengiakan apatah lagi menidakkan katanya.

Dia menyambung, "Ada perkara dan tindakan yang kita buat, perlukan masa. Tiada istilah lambat buat orang yang ingin belajar dan berjaya. Inikan pula orang yang ingin menukar nasibnya sendiri. Kau belum terlambat lagi, Diora."

Osiris bangun dari duduknya. Kepala sang gadis diusap lembut dengan tangan kekarnya.

"Don't push yourself too hard, D."

Memberi ruang buat Diora, dia meninggalkan ruangan itu.

Mendengar bunyi pintu dikatup, Diora mengangkat kepalanya. Dia memandang tubuh Osiris dari belakang di sebalik pintu lut sinar yang menutup ruangan belajar mereka. Dia nampak tindak-tanduk jejaka itu yang sedang memijit dahi. Seakan ada suatu yang berat yang sedang difikirkan Osiris tika itu. Diora percaya dialah puncanya. Serba salah dia jadinya.

Matanya dibawa ke arah kertas yang berada di atas meja. Kertas yang pada asalnya bersih sudah pun berconteng dengan pen merah. Menandakan yang ia telah pun disemak. Siapa lagi yang menyemak kalau bukan tutornya iaitu Osiris.

Air mata yang bertakung di tubir mata akhirnya melimpah jua. Diora tidak dapat menahan rasa yang menyebu dalam dirinya ketika ini. Tidak tahu kenapa dia menangis tapi dia tahu puncanya. Fikirannya berserabut ketika ini.

Terbayang kembali di mindanya tentang apa yang berlaku satu jam yang lepas.

Satu jam bersamaan 60 minit. Namun, satu jam tadi seakan lari dari kiraan matematik itu. Terasa seakan lama dan panjang. Satu jam paling lama dan panjang dalam hayatnya. Berbaur perasaannya.

Bermulanya sesi kelas mereka, Osiris tidak lagi dalam mod main-main. Osiris menjadi Osiris yang serius dan sedikit menakutkan. Riak yang bermain di wajah Osiris ketika itu hanya boleh dilihat ketika jejaka itu berdiri di atas padang ais. Seakan ada satu set sudah ditetapkan dalam diri jejaka itu bila dan bagaimana mod serius.

Diora mula rasa lain tapi dia cuba abaikannya.

Baru dia hendak bertanyakan tentang aktiviti mereka malam itu, Osiris meletakkan satu kepil kertas di hadapannya. Dia diarahkan untuk menjawab kesemua soalan dan tidak boleh tinggalkan satu pun soalan. Membawa pandangan ke arah kertas tersebut, dia membelek satu demi satu helaian. Kertas itu mengandungi 50 soalan.

Diora menyambut pensel kayu yang dihulurkan Osiris. Dengan menarik nafas dalam, dia pun mula menjawab soalan-soalan tersebut. Namun, mendarat sahaja pada soalan pertama, Diora membeku. Seakan-akan otaknya hilang. Apa yang dipelajarinya di dalam dewan kuliah seakan lesap. Segala tip dan nota yang dibekalkan pensyarah seakan terbang melayang entah ke mana.

Sekejap-sekejap, matanya mengerling ke arah muka Osiris dan kertas di atas meja. Melihat riak serius yang terlakar di muka ketat jejaka itu, Diora tarik niat untuk bertanya. Dia simpan dalam-dalam soalan yang bermain di dalam mindanya berkenaan soalan yang bercetak di atas kertas.

Dengan berbaki niat ingin memperbaiki markah subjek tersebut, Diora cuba lakukan sehabis baik.

Berjaya menjawab kesemua soalan, dia pulangkan semula kertas tersebut kepada Osiris. Osiris mencapai pen merah yang ada di atas meja dan mula menanda kertas. Lincah mata dan tangan jejaka itu dalam membaca dan menanda kertas. Tapi, bagai nak melayang rohnya apabila setiap kali bola dakwat pen merah itu menyentuh kertas, setiap kali itu juga nombor soalan ditindih dengan tanda pangkah. Pangkah, pangkah, pangkah...

DioraWhere stories live. Discover now