Usai mengisi perut menjamah lauk masakan air tangan Osiris, Diora menyambung sesi kelasnya di ruangan atas. Tutornya tiada kerana ada urusan yang perlu diselesaikan di ruang bawah bersama ahli Basileai yang lain. Dia yang sudah menyiap set latihan kedua, mula terasa bosan menunggu. Dari duduk, Diora bangun berjalan merapati rak buku yang penuh dengan bermacam jenis bahan bacaan. Satu diambil, dia letak semula dan ambil yang lain. Tiba-tiba, dia terasa ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Dia masuk ke dalam bilik Osiris menggunakan tandas dalam bilik tersebut.
Osiris yang sedang memanjat tangga mengintai ruang atas. Pelajarnya tiada di meja. Melihat pintu biliknya terkuak, dia agak gadisnya sedang berada di dalam tandas. Dia duduk bersila di meja dan mengambil set latihan yang sudah diselesaikan Diora. Dia mengambil pen merah dan mula menanda latihan tersebut. Satu-satu soalan yang dijawab Diora mula menampakkan prestasi yang baik. Dia bangga dengan gadisnya.
"Osiris." Diora mengambil tempat duduk berhadapan Osiris.
"Kau siap-siap. lepas aku habis tanda ni, aku hantar kau balik Dahlia."
"Eh tak apa la. Aku boleh balik sendiri."
"Kau datang tadi Seera hantarkan? Tak akan nak balik jalan kaki pula. Kalau kau drive sendiri ke sini, aku lepaskan kau balik sendiri. Tapi, kalau jalan kaki, a big no."
"Okey." Diora mencapai beg galasnya yang berada di tepi kaki meja. Barang-barang miliknya disumbat ke dalam beg. Siap-siap mengemas.
"Okey, done. Let's go." Beg galas di atas riba Diora diambil dan digalasnya pada bahu.
"Latihan ni aku dah tanda. Yang tadi pun sama. Mana yang ada salah, buat pembetulan dan snap hantar dekat aku, untuk aku semak. Boleh?"
"Bila kau nak?"
"Hari Jumaat atau Sabtu."
"Jumaat boleh kot. Sabtu ada program dekat stadium."
"Program? Program apa?"
Sambil pasangan itu berbual, sambil mereka menuruni tangga.
"Hari Usahawan. Aku dengan Seera cadang nak jual air atau makanan."
"Berdua je?"
"Haah. Sebab ni Seera sewa tapak sendiri. Yang bawah persatuan, dah ada tapak dan buat jualan lain. Yang tu aku tak join sangat tapi kena bertugas jaga booth. Korang team hoki bukan ada tapak juga ke?"
"Ada kot. Aku tak tahu lagi pasal tu. Mungkin dorang lupa nak inform."
"Mungkinlah kot."
"Kau cari apa?" Diora bertanya melihat Osiris yang buka satu per satu laci meja kecil tepi pintu seperti sedang mencari sesuatu.
"Kunci kereta aku. Tadi ada tersangkut dekat sini. Tak ada pula. Takut ada yang campak letak dalam laci, tu aku cuba cari dalam ni."
"Meh sini aku tolong cari sama." Diora mencari di laci yang lain. Tetapi yang ada cuma surat-surat dalam sampul dan kertas-kertas bil. "Tak ada dekat sini."
"Kejap ya." Osiris menyelak langsir. Berkerut dahinya melihat kereta hitam miliknya yang terparkir di luar, tiada. Lesap entah ke mana.
"Tak silap aku, kereta kau tadi ada parking dekat luar kan?" soal Diora yang turut tertanya. Sebab kalau tak silapnya, masa dia sampai Seera hantar tadi memang ada kereta hitam Osiris di luar Basileai. Begitu juga dengan kereta Drazhan dan Rory. Tapi tika ini, satu jenis kereta pun tiada. Kosong di depan Basileia.
"Ada yang guna kereta kau kot?" kata Diora.
"Sekejap. Aku telefon dorang."
Osiris menelefon Drazhan. "Bro." Nasib baik panggilannya dijawab.
YOU ARE READING
Diora
RomanceDiora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sah...