Bab Sembilan Belas

427 51 4
                                    

Jurulatih pasukan Phoenix Qube sedang memberikan taklimat kepada pemain-pemain. Rata-rata semua sedang memberi fokus sepenuhnya mendengar maklumat yang disampaikan. Tangan Coach Alfa bergerak ke sana ke situ di atas papan putih. Sekejap-sekejap papan putih itu diketuk-ketuk dengan pen marker yang berada di tangan. Bunyi ketukan itu membuatkan mata milik Osiris mencuri pandang ke arah satu tubuh yang sedang duduk di salah satu tempat duduk yang ada di stadium hoki.

Bibirnya mengukir senyum bila mana Diora sedang tunduk membuat latihan yang diberikannya. Kerana dirinya yang sibuk dengan latihan sejak dua menjak ini, dia membuat keputusan untuk adakan juga sesi tutor sekali seminggu sekurang-kurangnya. Selain daripada alasan sesi kelas tutor, dia juga sebenarnya mahu melihat wajah cantik Diora. Rasa seakan kurang bila mana tiada wajah itu muncul di hadapannya.

Pada mulanya cemberut juga Diora tidak berpuas hati dengan keputusannya. Gadis itu pasti menyangka yang kelas sesi tutor mereka akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada dia memberi fokus kepada perlawanan yang bakal berlangsung tak lama lagi. Memang awalnya dia nak beri cuti kepada Diora tapi bila dia dapat laporan daripada rakan serumah Diora yang gadisnya itu hanya melayan Netflix, buat sesi marathon melayan drama, dia terus ubah keputusan. Mentang-mentanglah musim kuiz dan tugasan sekarang dah kurang, lagi sukalah Diora berpesta suka ria.

Tapi, nasib baik juga gadisnya itu tidak keluar malam-malam untuk bersuka ria. Kalau tidak pasti risau dia dibuatnya. Hati tidak senang. Minda pun jadi tidak fokus dengan latihan kerana risau memikirkan Diora.

"Osiris!"

Diora yang tadinya ligat membuat soalan-soalan latihan mula membawa kepala ke arah padang hoki ais. Dia nampak Coach Alfa dah bercekak pinggang memandang tajam Osiris. Tangannya dibawa ke bibir menahan tawa. Osiris masih di dalam dunia sendiri. Tidak sedar lagi gunung lava mahu meletup.

Pap! Papan nota di tangan Coach Alfa menyinggah di kepada Osiris. Terhambur tawa Diora memenuhi ruang stadium. Semua mata mula memandang ke arahnya. Diora mengetap bibir menahan tawanya. Tangan diangkat tanda mohon maaf menganggu. Apabila matanya bersabung dengan mata Osiris, jejaka itu mengenyit mata nakal. Diora menjuling mata ke atas, menyampah.

"Aduh, sakitlah, coach."

"Tahu pula sakit. Sakit hati aku ni bila aku bercakap panjang lebar kau boleh meliar mata ke arah lain."

"Baik sikit, coach. Saya dengar ya apa yang coach cakap. Mata ni je yang tak nak diam nak pandang sana je, coach."

"Banyaklah kamu. Kamu jangan saya tak benarkan kamu bawa sesiapa, Osiris."

"Eh, janganlah macam tu, coach. Saya tak tahu bila lagi nak gantikan kelas sesi tutor. Ini je cara yang ada."

"Ya, ya je kamu."

"Ala, coach. Coach pun tahu kan. Tak akan la coach nak saya kecewakan hati isteri coach. Kalau boleh Madam Maria nak sangat Diora skor paper subjek dia tau."

"Hmm, pandailah kamu petik nama Madam Maria."

"Betul cakap Osiris tu, coach. Nanti kesian coach nak cari idea pujuk hati Madam Maria."

"Kamu tu ada saja nak backup Osiris, Maxim. Dah, dah. Mulakan latihan. Panaskan badan kamu semua dulu. Gerak, gerak!"

"Baik, coach!" sahut semua pasukan Phoenix Qube menerima arahan.

Satu per satu pemain Phoenix Qube keluar meluncur mengelilingi padang ais. Laju gerak-geri mereka tanpa ada cacat sedikit pun. Tidak aneh kalau pasukan ini sentiasa menjadi bual mulut bukan sahaja di universiti sendiri tapi juga di universiti-universiti luar. Malah, pasukan-pasukan besar yang mewakili negeri dan negara juga maklum tentang kewujudan pasukan Phoenix Qube. Yang lebihnya lagi, pasukan universiti sebelum ini tidaklah sehebat seperti sekarang ini. Lain macam aura Phoenix Qube sejak diketuai oleh Osiris.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DioraWhere stories live. Discover now