Bab Empat

329 40 0
                                    

Diora bersandar di meja pulau menunggu air yang dijerang di dalam cerek. Jarinya meleret di atas skrin telefon pintar miliknya. Satu ke satu video pendek ditonton dia. Aplikasi telefon satu ini memang membuatkan dia ketagih dan tidak sedar akan masa berlalu. Sampaikan Seera yang keluar bilik dan berdiri di ruang dapur tidak disedari olehnya.

"Kau ada kelas pagi ni, Diora?"

"Ada." Kepalanya didongakkan ke atas memandang Seera yang menyapa.

"Patut la awal pagi lagi kau dah tercongok dekat dapur."

"Tahu tak apa. Kalau tak ada kelas, kuasalah aku nak menapak ke dapur. By the way, kau nak air? Aku tolong bancuh." Pelawa Diora.

"Boleh juga. Nescafe. Thanks."

Diora mencapai dua muk yang terletak di atas para kabinet dapur. Botol kaca berwarna hitam merah turut dicapai. Satu sudu kecil serbuk Nescafe dan dua sudu kecil gula diletakkan ke dalam muk Seera. Air panas dituang ke dalam muk Seera dan seterusnya ke dalam muknya. Dua muk di atas para dipindahkan ke atas meja pulau. Satu muk ditolak ke arah Seera yang sedang asyik membelek skrin iPad. Pen digital di tangan kanan gadis itu lincah menconteng di atas skrin gajet tersebut.

"Kau tidur tak malam tadi, Seera?" Tanya Diora sebelum menyisip air coklat kegemarannya.

"Tidur la. Aku tak stay up pun."

"Mana tahu. Ingatkan kau ada kerja kena hantar."

"Ada la kerja sikit. Bukan untuk pensyarah tapi untuk klien. Klien nak design yang simple, so aku tak stay up. Sebab klien dah ada contoh spesifik design apa yang dia nak."

Seera angkat iPad nya dan tunjukkan kepada Diora.

"Cantik dan simple!" Seera tak pernah gagal dalam menghasilkan apa-apa rekaan. Sentiasa kemas, cantik dan elegan.

"Kau buat task klien ni, kau tak ada kelas lagi ke?"

"Tak. Bilik-bilik kuliah dekat fakulti aku kebanyakannya tengah dalam renovation."

"Bukan ke selalunya renovation building buat time student tengah dalam cuti semester?"

"Kan? Aku pun tanya benda yang sama. Tapi dah nak buat macam mana. Tak akan nak masuk kelas dengan bunyi-bunyi bising kontraktor tengah buat kerja. Pensyarah pula stres nanti kalau suara dia tak dengar sampai ke pelajar. Jadi untuk 'menghormati' kerja masing-masing, pensyarah mengalah untuk buat kelas secara online. Tapi mengalah tu pun masih merungut bising tak puas hati."

"Nak buat macam mana. Pihak universiti nak bagi bilik kuliah yang selesa. Pensyarah pula nak mengajar. Kontraktor pun nak cari duit. Jadinya, pelajar ni ikut je la mana yang patut. Nasib baik course kau pun boleh buat kelas online. Cuma tu la tak seronok sebab tak ada face to face punya session."

"Tahu tak apa."

"Kau punya kelas pukul berapa?"

"Sekarang pukul berapa?" Diora mengerling ke arah jam di pergelangan tangan. "Ya Tuhan, nasib baik kau tanya. Aku gerak dulu ya. Jumpa kau tengah hari nanti kat kafe."

"Sure. Take care of yourself. See you later. Pape whatsapp."

"Okey. Eh nanti tolong basuh muk aku ya. Thanks!" Diora hilang di sebalik pintu. Tidak sempat pun Seera nak tahan.

"Dia lupa la tu pasal kunci." Kata Diora sendirian.

Seera menaip sesuatu di telefon pintarnya.

Seera menaip sesuatu di telefon pintarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DioraWhere stories live. Discover now