Bab Lapan Belas

237 43 3
                                    

Diora sedang berjalan sendiri di kaki lima. Tiba-tiba, langkahnya terhenti bila mana hoodie yang dipakainya tiba-tiba sahaja ke depan dan menutup matanya. Saat dia menolak semula sarung hoodie ke belakang, wajah kacak Osiris menerpa di hadapannya dengan senyuman paling segak.

"Hai?"

"Ada kelas ke?"

"Tak ada."

"Oh, then why are you here?"

"Aku nak pergi library, ada nak cari buku for assignment. Why?"

"Nothing, just tanya."

"By the way, why are you here? Bukan lagi beberapa hari ada game ke? Selalunya time ni sibuk dengan training."

"Good girl. You always know." Diora biarkan sahaja tingkah selamba Osiris mengusik kepalanya.

"Hah, kenapa di sini? Kenapa bukan di stadium?"

"Rehat kejap. Lari sini sebab tu, ada orang teringin nak wafel."

"Gigihnya lahai."

"Biasalah, sorang je teringin. Tapi yang lain pula sibuk-sibuk nak sama. Last-last, dengan coach sekali nak. Itu yang aku ikut teman Drazhan."

"Hari ni training sampai malam lagi ke?"

"Unfortunately. Tapi dont worry. Aku dah inform madam, kelas tambahan kita dah ditangguhkan untuk seketika. Madam pun faham."

"Okey. Tak apa. Sementara kau sibuk dengan training, latihan soalan yang kau bagi, aku tak lupa untuk buat. Dah siap satu set nanti, aku bagi dekat kau untuk semak."

"If kau ada soalan, yang ada nak tanya, just dm or whatsapp me. Aku akan balas bila aku tengok telefon. Okey?"

"Okey."

"Drazhan dekat kafe, kenapa kau boleh ada dekat kaki lima ni?"

"Aku nampak kesayangan aku mestilah aku datang tegur. I miss you."

Diora terdiam tak tahu hendak balas apa. Dia hanya senyum sahaja. Osiris seperti faham dan tidak mahu gadisnya tidak selesa membuat keputusan menukar topik.

"Cuti semester tak lama lagi. Kau balik tak?"

"Osiris."

"Aku tanya, incase kau balik dan nak minta aku tolong hantarkan. Aku boleh tolong tumpangkan sebab kita satu jalan, Diora."

"Tapi kau tahu kan yang aku tak pernah balik setiap kali cuti semester."

"Mana tahu, this semester different."

"I don't think so. Still same."

"Okey. If kau tukar fikiran, just inform me. Aku akan tolong tumpangkan kau."

"Thank, but no thanks."

"Diora."

"Yes?"

"Rumah family aku ada bilik kosong."

"Hahaha, thanks but no thanks too. I know how to take care of myself. This is not my first time tinggal duduk dekat kolej during cuti semester."

"Okey, okey."

"Osiris."

"Yes, dear?"

"Ni kenapa aku boleh ikut kau ke kafe?" Diora dah menjegil mata ke arah Osiris. Osiris hanya balas dengan tawa sehingga menarik mata-mata yang ada di ruang kafe fakulti.

"Hello, its not my fault okey."

Diora dah boleh agak sebab dia asyik sangat berbual dengan jejaka itu sehinggakan dia tidak sedar langkahnya menurut langkah Osiris.

DioraWhere stories live. Discover now