"Kenapa kita dekat sini?" Soal Diora apabila melihat pemandangan pantai di depan mata. Osiris di sebelah sudah mematikan enjin kereta dan menyuap kentang goreng ke dalam mulut. Riaknya selamba mungkin. Seolah-olah destinasi mereka ini belakang universiti. Walhal hakikatnya, mereka sudah merantau agak jauh untuk sampai ke tempat yang berdekatan dengan pesisir laut.
"Kau nak duduk dalam kereta atau kita keluar?" Tidak sempat dia menjawab, Osiris menyambung, "Aku lapar." sebelum keluar dari perut kereta meninggalkannya sendiri.
Diora yang ingin ikut keluar, tidak sempat membuka pintu sendiri kerana pintunya dibuka dari luar oleh Osiris. Dia yang juga baru ingin menjejakkan kaki ke tanah bumi dihalang jejaka itu. "Kejap."
Pergelangan kakinya dipegang kemas oleh Osiris. Tingkah jejaka itu diperhatikannya sahaja. Tali kasutnya dileraikan sebelum kedua-dua kasutnya ditanggalkan dan diletakkan di lantai kereta.
"Kalau kau jalan pakai kasut, pasir masuk. Nanti tak selesa. Lebih baik berkaki ayam sahaja. Kau jangan risau. Aku dah pastikan pasir dekat pantai sini selamat kalau tak berkasut atau berselipar. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini, kata benda yang sama. Okey?"
Diora mengangguk faham. Tidak sangka begitu panjang penjelasan Osiris kepadanya. Beg kertas McD di ribanya sudah bertukar tangan, dibawa oleh Osiris. "Jom."
"Tapi-" tak sempat dia habiskan kata, Osiris mencelah.
"Kenapa? Tak nak jalan? Nak aku dukung?"
"Eh bukanlah." Apa Osiris ingat dia tak ada kaki ke, tak boleh jalan sendiri. Dia bukannya budak-budak apatah lagi kekasih yang mengada-ngada ingin didukung persis bayi.
"Nak dukung, cakap. Tak payah nak malu."
"Aku boleh jalan sendiri. See. Even I can dance." Diora melompat turun keluar dari kereta dan berpusing-pusing sambil menari seperti penari balet.
"You look so pretty when you smike, D." Diora terus berhenti menari. Tak menjangka lansung pujian yang meniti di bibir Osiris.
"Kata lapar. Jom makan. Kita nak duduk mana?"
"Follow me." Diora tak perasan langsung bila dan mana datangnya bakul anyaman di tangan kiri Osiris.
Mengambil tempat di bawah pokok rendang, Osiris mengeluarkan tikar dan bentangkan di atas pasir pantai. "Duduk la. Buat apa berdiri tercongok dekat situ. Ke nak bantal?"
"Eh tak perlu la. Melebih benar berbantal bagai."
"Aku tanya sebab ada, cumanya bantal tu dalam kereta."
Diora terus labuhkan punggung di atas tikar yang dibentangkan oleh Osiris. Takut-takut kalau Osiris betul-betul bangun pergi ambil bantal untuk baginya duduk. "Makan." GCB diserahkan kepadanya. Sos cili siap diletakkan pada lapisan roti. Air botol mineral diletakkan di hadapannya. Air manisnya sudah habis dihirup di dalam kereta sebelum dia tidur dalam perjalanan mereka tadi.
"Kau tak suka ke tempat ni?" Soal Osiris mencipta perbualan.
"Suka. Suka sangat. Terima kasih Osiris."
"Aku cuba elak tanya soalan berkaitan kuiz mengejut Madam Maria tadi tapi aku tak dapat halang rasa ingin tahu plus aku risau."
Diora senyum. "Jadi, kau nak tahu aku okey ke tidak?"
Osiris mengangguk. Diora dalam hati puji tingkah Osiris tika ini. Comel pula di matanya macam grizzly bear. Dalam tegas, garang dan serius tapi ada sisi menggebukan. Kira cakap senang, dalam hati ada taman juga rupanya si pemain hoki seorang ni.
"Jujur aku cakap, aku tak okey. Tapi madam baik. Dia bagi semangat dekat aku yang tinggal seorang dalam dewan kuliah masa kuiz tadi. Dan yang paling penting, aku ingat tips dan pesanan kau masa buat semua soalan tadi. Buat perlahan-lahan, jangan gelojoh. Kalau tak tahu soalan tu, skip dulu. Buat soalan lain. Dah siap soalan yang boleh jawab, baru patah balik ke soalan yang ditinggalkan. Waktu tu fokus dekat soalan susah tu, gariskan klu dan apa informasi yang rasa berguna. Walaupun mungkin nampak tak lenting garis atau bulat je."
YOU ARE READING
Diora
RomanceDiora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sah...