Terhenti langkah Diora apabila ada sebuah kereta berhenti di hadapannya. Dia yang lagi baru sudah selesai kuliah dalam perjalanan pulang ke bangunan kolej Dahlia. Kerana hari ini Seera tiada kelas di fakulti, dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja tanpa meminta dijemput oleh teman serumahnya itu. Lagipun, kedudukan bangunan fakulti dengan bangunan kolej tidaklah jauh. Malah, dengan cara ini dia bolehlah menggerakkan otot-otot yang malas. Maklumlah, dia bukannya sejenis yang rajin beriadah di taman riadah.
Berbalik kepada pacuan empat roda yang muncul tiba-tiba di hadapannya, Diora mengerling ke arah nombor plat pada kenderaan tersebut. Kenal benar dengan nombor plat tersebut, dia membuat keputusan untuk menyambung semula perjalanannya yang tergendala. Tetapi, kakinya tersepak batu membuatkan tubuhnya tersadung. Nasib baik menyebelahinya apabila ada tangan kekar yang berjaya menyambut tubuhnya. Kalau tidak, tak ke macam buah cempedak jatuh atas tanah. Sakit dapat malu pun dapat.
"Cuba jalan tu hati-hati."
"Cuba bawa kereta tu elok-elok macam manusia."
"Menjawab."
"Ada mulut, kenalah jawab."
"Tengok tu, ada sahaja jawapannya."
"Kau buat apa dekat sini?"
"Aku nampak kau, aku berhentilah."
"Gila?"
"Gilakan kau, ya."
"Osiris!" Diora jeling tajam jejaka itu yang tayang riak selamba tidak peduli.
"Sampai bila kau nak pegang aku ni?"
Osiris meletak betul posisi tubuh Diora agar berdiri baik.
"Jom."
"Jom ke mana?"
"Jangan lupa kau ada kelas dengan aku malam ni, Diora."
"Aku tak lupalah."
"Good girl." Osiris senyum apabila wajah Diora garang memberi amaran kepadanya. Tangannya yang ingin bawa menggosok kepala gadis itu terbatal begitu sahaja. Tapi kerana dia suka mengusik. Dia menggosok kepala Diora.
"Osiris!"
"Jangan comel sangat boleh tak?"
Muka Diora dah berubah. Dia pandang Osiris yang seperti disampuk jin entah mana. Sejak dari malam perlawanan hoki minggu lepas, tingkah dan tindak tanduk Osiris sukar ditebaknya. Sudahlah sebelum-sebelum ini Osiris, orangnya yang sukar dijangka inikan pula sekarang. Dia tidak tahu nak memberi riak balas seperti apa kerana semuanya buat dia terkedu, terkelu dan terkesima.
"Kau nak hantar aku ke Dahlia dulu atau angkut aku ke Basileia terus?"
"Ada apa-apa ke kau nak ke Dahlia?"
"Kalau kau tak rush, aku ingat nak mandi tukar baju sekejap."
"Dekat Basileai pun kau boleh mandi dan tukar baju. Guna bilik aku."
Diora tidak membalas apa-apa. Kerana sejak dari kes dia diugut untuk dipotong markah, tiga malam berturut-turut dia akan bertandang ke Basileia untuk menjadi anak didik Osiris. Jejaka itu kerap juga menjemputnya sama ada di fakulti atau di Dahlia. Tengok pada keberadaan dia.
Tadi dia keluar dari fakulti, dia tidak nampak kelibat Osiris. Sebab itulah dia bercadang untuk pulang ke Dahlia dulu kerana ada masih berbaki masa untuk dia berehat dan membersihkan diri sebelum kelas yang akan dibuat pada waktu malam.
"Diora, termenung apa lagi dekat situ. Masuk dalam kereta." Osiris sedang berdiri memegang pintu penumpang hadapan yang terkuak.
Seperti biasa, beg galas yang tersangkut pada bahunya berpindah pada Osiris. Sebaik dia masuk ke dalam perut kereta dan Osiris menutup pintu kereta, jejaka itu meletakkan beg galas nya di tempat duduk belakang.
YOU ARE READING
Diora
RomanceDiora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sah...