Bab Tujuh

285 34 2
                                    

Diora baru sahaja selesai sesi kuliah. Kuliah petangnya hari ini habis agak lewat daripada biasa. Telefon pintar yang disimpan di dalam poket hoodie nya dikeluarkan. Skrin telefon dilihat dia. Jam sudah pun menginjak masuk 7 petang. Masih berbaki beberapa jam untuk dirinya sebelum bergerak ke Basileia. Dia tidak pasti sama ada dia perlu pulang ke biliknya terlebih dahulu atau bagaimana. Kalau hendak pulang, pastinya nanti kalau dah jumpa katil empuknya, dia malas nak bergerak lagi kerana badan yang letih ini mahukan rehat. Tapi kalau hendak terus ke Basileai, masih terlalu awal. Diora bingung.

Malas mengusutkan kepala, Diora mendail nombor teman serumahnya. Siapa lagi kalau bukan, Seera.

"Hallu."

"Hallu~" Orang di sebelah sana menyambut panggilannya.

"Kau dah makan, Seera?"

"Dah. Aku bungkus lauk lebih tadi lepas habis kuliah pukul 1 tadi."

"Oh la ya ke." Kecewa bunyi intonasi Diora.

"Eh, kenapa ni babe?"

"Tak ada la. Aku ingat saja la call kau nak ajak makan."

"Bukan kau kata nak ke Basileai ke?" Seera tahu tentang dirinya yang dipaksa menjadi 'mentee' kepada Osiris.

"Awal lagi ni. Ingat saja la nak makan dengan kau dulu. Baru la gerak ke sana."

"Tak ajak Osiris teman kau pula? Bukan korang ada kelas sama ke?"

"Dia tak masuk kelas ni. Tak ambil bahasa."

"Eh lupa pula. Dah tu macam mana ni? Kau nak aku jumpa kau kat sana ke?"

"Tak apa. Tak payah susah-susah. Lagipun, kau dah makan. Okey la, aku nak gerak ke kafe dulu. Lepas dah isi perut, terus ke Basileai."

"Dah habis sesi tutor nanti, kau minta tolong Osiris hantar balik Dahlia tau. Kalau Osiris tak boleh hantarkan suruh yang lain. Make sure jangan gatal-gatal balik jalan kaki sorang-sorang." Pesan Seera dengan nada tegas.

"Ya, ya." Diora terharu dengan sikap Seera yang satu itu. Hubungan mereka ibarat adik-beradik kandung. Risau dan prihatinnya Seera memang ada ciri-ciri seorang kakak.

"Jaga diri baik-baik. Apa-apa call aku. Sorry tau, DD."

"La, kau nak sorry pasal apa. Aku tanya je dulu. Aku bukan nak makan benda berat pun. Cari air beg kertas dengan wafel coklat je."

"Uish, sedapnya." Kecur pula air liur Seera di corong sebelah sana membayangkan wafel rangup kafe yang menjadi pilihan nombor satu mahasiswa-mahasiswa di universiti itu.

"Aku ada kelas pukul 8 nanti dengan Sir Emran, kalau tak boleh call, whatsapp." Titip Seera, baru teringat kelas mayanya.

"Okey, all the best for the class."

"Thank you!" Mereka menamatkan panggilan. Telefon pintarnya dimasukkan semula di dalam poket hoodie nya.

Kaki comel yang bersarung sneaker putih itu menapak ke arah kafe universiti yang berada tidak jauh dari kedudukan bangunan fakultinya.

Sebaik sampai di bangunan kafe, Diora mencari gerai nombor 12.

"Abang Fuad!"

"Diora! Lama tak nampak." Pemilik gerai nombor 12 itu membalas sapaan.

"Abang buka gerai petang, memanglah tak nampak saya. Semester ni kelas saya banyak pagi dengan tengah hari je. Tak macam sebelum ni."

"Hari ini je la ada kelas petang?"

"Satu-satunya kelas petang semester ni."

"Nak order apa? Macam biasa ke?"

"Of course!"

DioraWhere stories live. Discover now