Teaser 🥲

1.3K 14 1
                                    

Pratempahan

#SeikhlasCintaKayla

“Abang tak akan ceraikan Kayla kerana selama ni abang tak pernah berniat untuk lepaskan Kayla. Kayla yang pilih untuk hidup dalam keadaan gantung tak bertali. Sekarang Kayla boleh teruskan hidap tanpa berpisah dengan abang. Ini hukuman untuk Kayla.”

Tergamam Kayla.

“Satu lagi, kalau kita bercerai pun, abang akan tuntut hak penjagaan Aidan. Abang tak akan izinkan Kayla berjumpa dengan anak kita jika abang berjaya dapatkan hak penjagaan anak kita.”

Menggigil tubuh Kayla. Tak mungkin! Aidan adalah sebahagian dari nyawanya.

“Tak... tak boleh! Abang tak boleh ambil Aidan. Kayla tak boleh hidup tanpa dia. Kayla yang lahirkan dia... Kayla tak izinkan abang ambil dia...” Meraung Kayla sambil memukul dada Aryan.

Aryan memegang kuat kedua-dua tangan Kayla dari terus memukul dadanya.

“Abang tak peduli. Dia anak abang juga. Cukuplah selama ini Kayla sembunyikan dia dari abang. Abang tak akan mengalah kali ini. Abang lebih mampu jaga dia berbanding Kayla.” Aryan tetap bertegas dengan keputusannya.

Kayla pantas melutut dan memegang kedua-dua kaki Aryan.

“Abang... tolong jangan buat Kayla macam ni. Kayla dah tak ada sesiapa pun lagi. Kayla hanya ada Aidan. Tolong jangan ambil Aidan dari Kayla. Kayla merayu sangat...” Teresak-esak Kayla menangis sambil memeluk kaki Aryan.

Air mata Aryan turut mengalir perlahan. Dia sendiri juga tidak sanggup mendengar rayuan isterinya tetapi ini jalan yang dipilih oleh Kayla.
Tanpa menghiraukan tangisan Kayla, dia melangkah keluar dari bilik itu. Dia perlu tenangkan dirinya kerana risau akan terus menyakitkan hati Kayla.

Kayla masih lagi terduduk lemah di atas lantai. Hatinya benar-benar sakit kerana suaminya sanggup bertindak kejam untuk merampas Aidan daripadanya.

😭

Apalah yang buat Aryan marah sangat masa ni ?

Apalah yang buat Aryan marah sangat masa ni ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now