Teaser Bad girl

2.9K 34 10
                                    

“Kayla, aku nak beritahu kau pasal Kak Zatul?” Tiba-tiba Dhiya berbisik di telinga Kayla.

Berdebar dada Kayla saat nama itu muncul. Sudah hampir dua bulan juga dia tidak mendengar berita mengenai  Zatul.

“Kenapa dengan budak tu?” soal Kayla dengan nada mendatar.

“Dia dah datang sekolah macam biasa pagi tadi. Kan hari ni majlis restu ilmu untuk pelajar tingkatan lima,” jelas Dhiya lagi.

Kayla hanya tersenyum sinis.

“Kaki budak tu dah elok ke?”

“Tadi aku nampak, dia berjalan masih pakai tongkat.”

“Baguslah. Ingatkan dah lumpuh budak tu,” kata Kayla tanpa rasa bersalah.

Terkejut Dhiya. Tidak sangka sehingga sekarang Kayla masih lagi marahkan Zatul. Salah Zatul juga kerana tidak bersikap jujur.

“Ikut aku.” Kayla mengeluarkan beg kertas dari laci meja belajar. Tangan Dhiya ditarik supaya mengikutnya keluar dari kelas. Terpinga-pinga Dhiya dibuatnya.

“Eh, kita nak ke mana ni?”

“Aku nak buat perhitungan dengan budak tu.”

Dhiya terpaksa mengikut Kayla sehingga mereka berada berhampiran dewan sekolah. Dari jauh Kayla sudah ternampak kelibat Zatul sedang berjalan sambil dibantu oleh rakannya.

Sebaik sahaja dia melihat Zatul ditinggalkan keseorangan, Kayla tersenyum penuh makna. Dia mahu memastikan Zatul mengambil iktibar dari perbuatannya dulu.

“Kau duduk sini. Aku nak ke sana.”

Terkulat-kulat Dhiya ditinggalkan keseorangan. Risau juga jika Kayla melakukan sesuatu perkara yang boleh buruk terhadap Zatul.

Zatul masih menunggu Amira mengambil beg sekolah mereka di dalam kelas. Kaki Zatul masih belum kuat lagi selepas dibuka balutan simen beberapa hari yang lepas. Dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat untuk sementara waktu.

“Teruk sangat ke kaki tu sampai kena pakai tongkat?”

Terkejut Zatul. Wajah Kayla ditatap dengan pandangan keliru. Sebelum ini, belum pernah lagi mereka berdua bertegur sapa. Dia pernah terdengar gadis ini sangat rapat dengan Aryan.

“Buat masa ni, kena pakai tongkat. Kaki Kak Zatul masih tak kuat untuk berjalan tanpa sokongan,” ramah Zatul bercerita.

Kayla tayang wajah meluat. Mujurlah Zatul tidak memandang ke arahnya.

“Macam mana boleh jatuh?”

“Errr... Kak Zatul pun tak pasti sebenarnya sebab kemalangan tu berlaku secara tiba-tiba”

Kayla tergelak sinis.

“Kesian. Nasib baik tak patah dua-dua kaki.”

Tergamam Zatul. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Kayla. Kayla menghampiri Zatul dan meletakkan tangannya di atas bahu Zatul. Bibirnya sengaja didekatkan di telinga Zatul.

“Lain kali, jangan cuba nak rapat dengan Aryan. Takut kaki yang sebelah lagi terima nasib yang sama.”

Pucat wajah Zatul apabila menerima ugutan itu. Lidahnya menjadi kelu.

“Jadi... hari tu... “ Tergagap-gagap Zatul ingin menghabiskan ayatnya.

Kayla memeluk tubuhnya sambil ketawa mengejek.

“Aku yang tolak kau.” Akui Kayla tanpa rasa bersalah.

Menggigil tubuh Zatul menahan marah.

“Ambil ni! Good luck untuk exam nanti.” Kayla terus berlalu pergi selepas meletakkan beg kertas di atas riba Zatul.

Zatul masih kaku di tempat duduknya. Perlahan-lahan dia membuka beg kertas itu untuk melihat isi kandungannya. Mulutnya ditekup perlahan. Berkaca tubir matanya sebaik saja melihat pemberian Kayla.

“Kayla...”

☺️

Ready st0 ck. Boleh piemm akak 0129284568.
Utk penghujung akhir tahun ni, akak ada buat promo free postage utk kombo mania (Kayla+dosa)

Rm60 sm
Rm65 ss

Harga promo ni sehingga 31/12/2020.

Harga promo ni sehingga 31/12/2020

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now