Teaser SE 3

1.5K 13 1
                                    


“Permintaan you tu buat I terkejut. Kan kita dah bincang sebelum ni.”

“Sampai bila? Dah setahun kita sembunyikan hubungan kita. I tak nak daddy desak I setuju dengan rancangan mereka.”

Eric tergelak besar. Berkerut dahi Iman. Dalam keadaan serius, boleh pula lelaki itu ketawa.

“Daddy you tu duduk zaman bila? Nak kahwin pun, kena ikut aturan keluarga.”

“You perlekehkan daddy I?” Tak percaya Iman. Dia paling tak suka ada orang lain menghina ahli keluarganya.

“I cakap benda yang betul. Zaman sekarang ni, mana ada lagi perkahwinan aturan keluarga.”

“Jadi you masih nak rahsiakan hubungan kita.”

“Buat masa ni, I memang tak nak keluarga you tahu. Kalau mereka tahu, dah tentu mereka desak I masuk agama you cepat-cepat. I tak nak.”

Terus berubah wajah Iman. Terkejut dengan jawapan yang diberi oleh lelaki itu.

“Jadi untuk apa kita bersama selama ni? You tak pernah ikhlas dalam hubungan kita.”

Hampir saja Iman menangis. Eric yang tersedar sudah terlepas cakap, segera meraih tangan Iman. Gadis itu mahu mengelak tetapi jari jemarinya digenggam erat.

“I sayangkan you. Bagi I masa. I janji, dalam masa terdekat, I akan jumpa keluarga you.”

Iman pandang ke arah lain. Sakit hatinya mendengar alasan yang sama. Betullah orang cakap disebabkan cinta, manusia boleh jadi bodoh.

“You pun berubahlah. You cakap nak kenal agama I. Tapi you masih ke kelab malam.”

“I ke sana tapi tak minum. You know me?”

Iman hela nafas panjang. Susah betul bercakap dengan Eric. Genggaman lelaki itu ditarik lembut.

👉👈

Dah cakap, Iman ni lebih nakal dari Kayla. 

Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now