Bab 3

10.4K 744 106
                                    

ARYAN masih ralit menyiapkan latihan yang diberi oleh guru mereka. Tahun ini merupakan tahun yang sangat penting buat Aryan kerana bakal menghadapi peperiksaan SPM.

“Yan, petang ni lepak rumah aku,” ajak Irwan dengan tiba-tiba.

“Tak bolehlah. Kebetulan adik angkat aku, nak ikut aku balik rumah,” jawab Aryan tanpa memandang Irwan.

“Adik angkat? Maksud kau, si Kayla tu ke?” Laju Irwan menyoal.

Aryan mengangguk perlahan. Wajah Irwan sudah beriak ceria.

“Kalau macam tu, aku nak ikut. Boleh jumpa dengan gadis idaman aku tu,” pinta Irwan tanpa rasa malu.

Aryan menoleh memandang Irwan di sebelah.

“Tak payah nak menyibuk,” bantah Aryan. Bukan dia tidak tahu Irwan masih ingin mencuba memikat Kayla. Banyak kali juga Kayla mengadu tidak suka diganggu oleh Irwan.

“Kenapa pula?”

“Kalau Kayla tahu kau nak ikut, tak pasal-pasal merajuk budak tu dibuatnya. Pening kepala aku ni nak memujuk...”

Cemberut wajah Irwan.

“Eleh, yelah tu. Kayla tu sombong sangat dengan aku. Dengan kau, bukan main lagi manja. Aku ni suka gila dekat dia tapi langsung tak pandang,” sindir Irwan.

Tergelak Aryan dengan bebelan Irwan.

“Dari awal lagi aku dah cakap, Kayla tu susah sikit nak berkawan dengan orang lain. Dia rapat dengan aku pun sebab kami dah kenal sejak dari kecil.”

Irwan memandang Aryan dengan rasa curiga. Sudah lama dia mengesyaki.

“Kau memang tak ada perasaan dekat Kayla ke? Dia tu dah lah lawa, putih gebu, body mantap. Kalau aku, perghhh! Memang untunglah dapat awek macam tu...”

Kenyataan Irwan itu membuatkan wajah Aryan berubah tegang. Dia tidak suka cara Irwan bercakap tentang tubuh badan Kayla.

“Kau cakap tu bertapis sikit. Aku tak suka kau cakap macam tu,” tegur Aryan dengan nada yang mendatar.

Tersengih-sengih Irwan memandang Aryan. Sedar dia sudah melampau batas.

“Sorry. Aku bergurau aje. Cuma aku dapat rasa Kayla tu macam sukakan kau...”

Terdiam Aryan. Kenyataan Irwan itu sedikit menganggu fikirannya ketika ini.

“Merepeklah. Kau aje yang fikir macam tu. Daripada aku melayan kau, lebih baik aku selesaikan kerja ni. Ingat sikit, tiga bulan lagi kita nak SPM.” Aryan cuba berlagak tenang.
Irwan mengangguk perlahan. Dia sendiri tahu prinsip Aryan yang tidak suka bercinta selagi mereka belum tamat belajar. Walaupun ramai pelajar perempuan yang meminati Aryan, Aryan tidak pernah mengambil kesempatan ke atas mereka.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

SUDAH hampir 15 minit Adel menunggu Kayla di hadapan pintu pagar sekolah. Walaupun mereka berada di dalam tingkatan yang sama, Adel dan Kayla berbeza kelas. Kayla berada di kelas yang tercorot berbanding dengan Adel.

“Mana pula Kayla ni? Aku dah panas duduk dekat sini,” rungut Adel.

“Bah!”

“Ooo... mak kau meletup!”

Berdekah Kayla ketawakan Adel.

“Kau ni teruklah Kayla. Terkejut aku. Dahlah aku tunggu kau lama dekat sini.” Bengang betul Adel dengan telatah Kayla yang suka mengenakan orang.

“Muda-muda lagi dah melatah. Nak merajuk konon. Jomlah gerak. Mana kereta?”

Cekak rambut di kepala dibetulkan sedikit. Tidak mahu kelihatan selekeh di hadapan Aryan. Dia langsung tidak menghiraukan wajah mencuka Adel.

Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now