Teaser💔💔

3K 34 1
                                    

“Kenapa ni?” Cemas Aryan bertanya.

“Dia jatuh dari atas tangga,” jawab salah seorang pekerja yang berada di situ.

Tergamam Aryan saat melihat gadis yang cedera dan tidak sedarkan diri itu adalah Husna. Aryan terus menerpa ke arah Husna untuk membantu gadis itu.

  “Jangan usik dia tuan. Kami takut cik ni ada kecederaan dalaman,” tegur seorang pegawal keselamatan yang berada di situ.

“Aryan... itu bukan ke...” Amirul menunjuk ke arah seseorang yang sedang berdiri tegak di atas tangga.

Lekas Aryan mendongak memandang ke arah tangga. Jantungnya berdebar kencang saat melihat isterinya ada di situ sambil memandang wajahnya dengan renungan yang tajam.

“Kayla...” Hampir tak terkeluar suara Aryan.

“Tadi Puan Kayla ada bergaduh dengan cik ni,” jelas pegawal keselamatan itu.

“Jangan-jangan cik ni jatuh sebab...” Kata-kata itu tidak dihabiskan oleh pekerja di situ apabila melihat renungan tajam Aryan.

“Call ambulan sekarang!” gesa Aryan.

Selepas itu, dia lekas menaiki tangga menuju ke arah Kayla. Amirul turut sama mengikut Aryan. Tangan Kayla diheret menuju ke kawasan yang lengang.

“Apa yang Kayla buat ni?” Bergema suara Aryan kerana terlalu marah.

Kayla masih berdiam diri. Hatinya puas setelah berjaya mengenakan Husna.

“Abang tanya ni? Jawab!” tengking Aryan hilang sabar sambil memaut kedua-dua bahu isterinya.

“Bertenang Aryan,” celah Amirul apabila melihat Aryan sudah hampir hilang kawalan.

Kayla tersenyum sinis. Kedua-dua tangan Aryan ditepis dengan kasar.

“Abang masih ada hubungan dengan dia, kan?”

“Apa?” Hampir tak terkeluar suara Aryan kerana terkejut dengan tuduhan isterinya.

“Apa yang abang dah rancang di belakang Kayla? Abang ingat Kayla tak tahu sebelum ni abang ada jumpa dia di rumah umi. Abang tipu Kayla! Sampai bila abang nak bodohkan Kayla!”

💔

Berminat boleh piemmm tepi. Nk lg jimat, kombo dgn buku akak yg lain👏🏼👏🏼

Wasap 0129284568

Wasap 0129284568

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now