teaser gedik

3K 50 4
                                    

Seikhlas Cinta Kayla💕

Teaser 11 ( versi belum edit)

Aryan membuka peti sejuk dan mengambil botol air minuman. Terasa kering tekaknya setelah hampir dua jam dia membuat ulangkaji. Setelah menghabiskan air minuman, gelas dibawa ke singki. Ketika dia sedang membasuh gelas, tubuhnya tiba-tiba dipeluk seseorang.

“Abang...” Bisik Kayla di telinga Aryan.

Meremang bulu roma Aryan dengan perbuatan Kayla. Tangan yang berada di pinggangnya dilerai dengan kasar. Aryan segera menoleh menghadap Kayla. Keadaan di dapur ketika ini samar-samar sahaja. Hanya lampu di luar rumah sahaja yang terpasang.

Hampir terbuntang biji mata Aryan melihat tubuh Kayla yang sangat seksi dengan pakaian tidur tanpa lengan dan kain separas peha. Sudahlah Aryan hanya memakai seluar separas lutut dan bersinglet sahaja. Masak Aryan jika orang tuanya melihat mereka berdua dalam keadaan begini.

“Kayla buat apa ni?” Tegur Aryan dengan nada yang keras.

Matanya memandang ke arah pintu dapur. Risau jika ada ahli keluarganya yang masih belum tidur.

“Kayla cuma nak minum air.”  Kayla tayang wajah tak bersalah.

Aryan merengus perlahan. Sudahlah turun dari bilik dengan pakaian tidak cukup kain.

“Kalau nak minum air pun janganlah pakai macam ni. Nanti umi dan walid nampak, tak manis.”

Aryan cuba tidak memandang ke arah Kayla kerana tidak sanggup melihat tubuh Kayla yang agak terdedah itu. Dia juga lelaki normal. Ada perasaan ke arah itu.

Kayla menilik baju di tubuhnya. Baginya tidak ada apa yang salah.

“Apa yang tak kena?” soal Kayla pula. Selamba sahaja dia mengambil air di dalam peti sejuk dan menuang ke dalam gelas yang berada di tangan Aryan. Dia meneguk air itu sehingga habis.

“Ehem... tak apalah. Abang naik dulu…”

Aryan segera ke bilik. Bimbang jika dia gagal mengawal tingkah lakunya. Lebih-lebih lagi melihat Kayla dalam keadaan menggoda itu.

Tiba-tiba Aryan terdengar derap kaki seseorang sedang menghala ke arah dapur. Laju dia menarik tangan Kayla dan bersembunyi di sebalik kabinet dapur. Wajah Kayla melekap kemas di dada Aryan. Pinggang Kayla dirangkulnya dengan erat.

“Siapa pulalah yang minum air tak basuh gelas ni?” Rungut Datin Yasmin.

Aryan masih lagi bersembunyi sambil melindungi tubuh Kayla. Kayla tidak melepaskan peluang ini dengan memeluk erat pinggang Aryan. Tergamam Aryan dengan perbuatan Kayla. Bau wangian yang melekap di rambut Kayla semakin menggetarkan naluri lelakinya. Malah dia dapat merasai setiap lekuk di tubuh Kayla.

🙈

Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now